Wednesday, December 24, 2014

Kelantan: 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik

Kelantan dilapor bakal 'lumpuh'
1:00PM - 24 Dec 2014
Kelantan dilapor bakal "lumpuh" sepenuhnya ekoran situasi banjir yang melanda negeri itu.

Keadaan tersebut bakal berlaku memandangkan Kelantan Selatan meliputi Gua Musang dan Kuala Krai ditenggelami air serta terputus hubungan darat, lapor Utusan Malaysia.

Malah, operasi untuk menghantar bantuan melalui udara ke Gua Musang juga dilapor tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Keadaan Bandar Lama di Gua Musang pula seperti sebuah pulau.

Malah, 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik ketika mereka cuba membawa keluar mangsa daripada kawasan sekitar Resort Kesedar Inn.

Pada masa sama, akhbar Umno itu melaporkan, bahagian utara Kelantan terutama daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh pula diancam fenomena air pasang besar.

Hujan lebat yang turun di bahagian selatan sejak beberapa hari lalu juga menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai dan Gua Musang termasuk kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Laluan Lebuh Raya Timur-Barat dari Jeli ke Gerik, Perak pula ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh.

Berikutan itu, beberapa sungai utama di negeri itu iaitu Sungai Galas, Dabong; Sungai Lebih, Tualang; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan terus meningkat melebihi paras bahaya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.

5 comments:

  1. Kenapa tak guna Scorpene ???

    Banjir tak perlu selam selam pun.

    ReplyDelete
  2. Bisa brrcanda lagi dalem gawat.
    Ngga prihatin. Bego

    ReplyDelete
  3. Hey! Do you know if they make any plugins to assist
    with Search Engine Optimization? I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing very good success.
    If you know plenty of fish dating site of free dating any
    please share. Thanks!

    ReplyDelete
  4. Good post. I learn something totally new and challenging on sites I stumbleupon on a daily basis.
    It's always interesting to read articles from other authors and practice a little something from other websites.



    Review my blog post - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa