Friday, December 19, 2014

MH370: "Wira" yang cakap kosong!

Apa terjadi dengan cakap berdegar-degar mengenai MH370?
Dikemaskini 05:09PM Dis 19 2014
Ng Kee Seng

KOMEN: Pesawat MH370 dengan 239 orang penumpang telah hilang pada 8 Mac, dan hingga kini ia masih tidak ditemui. 
Tiga individu utama dalam kes ini – Perdana-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tony Abbott, dan Pemangku Menteri Pengangkutan dahulunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein – telah banyak bercakap mengenainya. 
Tetapi mereka terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan kosong dan menganggap yang mereka adalah "wira", tanpa menyedari bahawa mereka menambah derita keluarga-keluarga mangsa MAS Boeing 777 itu. 
Mereka semua bercakap besar, berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan memaparkan keyakinan dan memberi harapan palsu kepada keluarga yang sentiasa mencari apa-apa bukti mengenai pesawat penumpang yang hilang itu.
Sewaktu jam terus berdetik, harapan menjumpai apa-apa bukti semakin malap tetapi adakah sesiapa telah dip ertanggungjawabkan bagi pesawat yang hilang itu?
Tiada siapa dalam MAS atau mana-mana pegawai kerajaan telah dipertanggungjawabkan atas pengendalian proses mencari dan menyelamat (SAR) yang cacat. 
Dua ratus tiga puluh sembilan nyawa terkorban tetapi tiada siapa yang bertanggungjawab. Menakjubkan, tidakkah begitu? Tidak ada satu peletakan jawatan dari MAS atau kerajaan. 
Menakjubkan, tetapi tidak menghairankan di Malaysia Darul Boleh!
Dan lebih banyak pendedahan telah dilaporkan oleh The West Australian pada 15 Disember dengan tajuk berita utama "Malaysia Airlines menolak data penting", mengenai ketidakcekapan SAR yang dipimpin Malaysia.
Laporan itu mendakwa bahawa tempoh berhari-hari kritikal telah hilang dalam pencarian MH370, kerana pihak berkuasa Malaysia pada mulanya menolak bukti dari sebuah syarikat satelit British bahawa pesawat itu berada di selatan Lautan India.
Sumber-sumber British memberitahu The West Australian bahawa dalam masa 24 jam dari kehilangan pada 8 Mac, Inmarsat menasihatkan pihak berkuasa Malaysia berkaitan penemuan mereka, tetapi telah ditolak. 
"Malaysia Airlines telah menolak data penting. Mereka tidak mahu tahu," kata sumber itu. 
Mengapa? Mungkin untuk menutup konspirasi mengenai kargo "sensitif" (manggis dan bateri litium) yang diangkut MAS?
Inmarsat kemudian pergi kepada Cawangan Siasatan Kemalangan Udara British dengan data itu, dan ia dengan segera mengiktiraf kepentingannya. 
Inmarsat telah diminta untuk menyediakan pautan data satelit kepada armada pesawat MAS, dan terus mendapat isyarat dari MH370 setiap jam sehingga jam 08:19, masa WA.
Isyarat itu diterima dari satelitnya yang berada 38,000km di atas Lautan Hindi dan disampaikan melalui stesen bumi di Perth.
Pihak berkuasa Malaysia terpaksa mengambil serius penemuan itu apabila AAIB bekerjasama dengan Inmarsat dalam menyampaikan semula data MH370 itu, lima hari selepas pesawat itu hilang. 
Data pengesanan radar tentera Malaysia juga mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Ia menunjukkan MH370 menukar laluannya dan terbang merentasi Malaysia ke arah Laut Andaman, tetapi carian diteruskan di Laut China Selatan, timur negara itu. 
Pada 16 Mac, pencarian telah dipindahkan ke selatan Lautan India, dengan carian udara yang pertama dijalankan dari Perth pada 18 Mac, 10 hari selepas MH370 hilang.
Pakar-pakar kaji lautan bersetuju bahawa apa-apa peluang untuk mengesan kawasan serpihan utama telah hilang.
Selepas 10 hari, serpihan yang terapung akan dimasuki air dan tenggelam atau dipecahkan ombak kuat. Laut dan arus akan menyebarkan serpihan-serpihan ini dengan jauh dan luas. 
Terdapat banyak perdebatan tentang data satelit Inmarsat yang merupakan asas pencarian yang dilakukan di Lautan Hindi. 
Walau bagaimanapun, unit-unit penyiasatan nahas udara berwibawa, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, AAIB, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dan BEA Perancis, dan juga Boeing dan pengeluar enjin Rolls-Royce, bersetuju bahawa data ini sah. 
Presiden Emirates Tim Clark telah mendakwa bahawa terdapatnya usaha menutup kemalangan itu oleh pihak antarabangsa.
Selepas beberapa bulan berlalu, Najib dan sepupunya Hishammuddin masih tidak mahu bertanggungjawab atas kegagalan SAR? Itulah kewibawaan Malaysia.

5 comments:

  1. Tragedi MH370? Dah basi pd pandangan umum, kecuali keluarga & rakan mangsa. Mereka sengaja melengah-lengahkan masa sehingga berita menjadi benar2 sejuk, suam sikit pun tidak.

    ReplyDelete
  2. TAKAN TAK FAHAM FAHAM LAGI INI. PEMINPIN PEMINPIN TERUTAMANYE PEMINPIN MALAYSIA SEMUA NYE PENYANGAK HARTA NEGARA.JADI INI BILA DAH SANGAK.KEMUDIAN BUAT CERTA MACAM MH370 NI AGAR CERTA SAPU HARTA NEGARA BOLEH DITUUTUP CERTA MEREKA WALAU PUN RAKYAT MATI ATAU TERKORBAN,MACAM KES AL TANTUYA, KAPAL SELAM ,LEMBU ,PKFZ,IC DAN BANYAK LAGI TANG KITA DENGAR.MEREKA BERKUASA SURUHNYE MACAI MACAI POLIS TENTERA KAKIYANGAN KERAJAN NI MENIPU DAN BAGI RASUAH.CERTA UMPAM NI SELAU DAH DENGAR

    ReplyDelete
  3. Tak terkena ke batang hidung setan 2 ekor ni. Cuba kena mesti sibuk nk ambil kisah

    ReplyDelete
  4. Tak terkena ke batang hidung setan 2 ekor ni. Cuba kena mesti sibuk nk ambil kisah

    ReplyDelete
  5. Budak Bahalol , gaya saja lebih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa