Sunday, December 28, 2014

Msg aku terima dari ahli keluarga melalui WhatsApp tadi: Untuk Nik Amar 'Perati'

Ini aku copy n paste kul 11.++ PM 27.12.14

Catatan peribadi YB Shafie Ngah semasa menerima taklimat drp pegawai bilik gerakan banjir Kota Bharu, 3.30 ptg, 27 dis 2014;

1. Banjir kali ini lebih buruk drp banjir Kelantan tahun 1967

2. Kawasan tinggi & ulu Kelantan, yg tidak pernah banjir juga turut banjir, sprt Gua Musang.

3. Punca fenomena alam yg boleh diukur oleh manusia ialah;

a. Kadar hujan yg sgt lebat di seluruh Kelantan, selama tiga hari berturut-turut, iaitu sebanyak lebih 500mm, yg mana kadar tersebut adalah sama dgn 37 hari kadar curahan hujan biasa di negeri itu.
b. Pada masa yg sama, keadaan air laut berlaku air pasang besar, tanggal 28, 29 & 30 haribulan hijriy, menyebabkan kadar air hujan yg sgt lebat itu tidak boleh mengalir keluar ke laut.

4. Jangkaan; Kawasan Gua Musang & Kuala Krai adalah yg paling awal merasai air surut, manakala Pasir Mas (termasuk jajahan Rantau Panjang) & Kota Bharu adalah kawasan yg paling akhir air surut disebabkan keadaan demografi negeri itu.

5. Kerjasama Kerajaan Negeri dgn Kerajaan Persekutuan dlm operasi membantu mangsa banjir sudah bermula hari ini.

6. Tiada pengisytiharan Darurat Bencana dibuat pada waktu ini.

7. Semua pihak yg menerima maklumat mengenai banjir di negeri ini diminta tidak menyebarkan khabar yg tidak diketahui kesahihannya bg mengelak salah tanggap atau mengelak panik.

Terima kasih.

Link kaitan: Banjir 1967 lebih buruk – Mohd Amar

3 comments:

  1. Lapuran begini lah professional sikit. Dari sini boleh di jangka prioriti dan lanjutan tindakan bersama.
    Setakat komen amaran tuhan semua orang tahu, mat indon kristian pun ngaku kutukan dewata dalam keadaan ini.

    ReplyDelete
  2. TMB boddo....kkecek guno ppalo lutut! Blawok lebih cekap dari oghe UMNO doh lo ni...sekak2 nok ber UG!

    ReplyDelete
  3. Asal nampak nama Nik Amar ja aku jadi angin. Bapak segala munafik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa