Thursday, December 25, 2014

Orang Kelantan Dan Pornografi: Isu Yang Susah Nak Jawab

Yang memalukan adalah penulis bukan muslim yang bertanya......
Aku rasa ada yang tak kena dengan tujuan article ni!

Siapa boleh jelaskan ketagihan Kelantan terhadap pornografi?
Sonia Ramachandran07:30PM Dis 24 2014

SEKILAS PANDANG: Sukar dipercayai! Warga Pantai Timur rupa-rupanya peminat porno paling tegar, dengan penduduk negeri ‘paling suci’, Kelantan berada di tempat ketiga dalam carta paling lama melayari laman lucah di internet.

Statistik oleh syarikat video atas talian Pornhub mendedahkan, pengguna internet di Kuala Terengganu adalah pelayar pornografi paling tinggi di Malaysia,dengan purata 12 minit 58 saat setiap kali melayari laman lucah, diikuti dengan Kuala Lumpur, dengan 12 minit 29 saat dan Kota Bahru dan Miri ditempat ketiga, mencatat purata 12 minit 27 saat.

Namun mari kita fokus kepada Kelantan yang ditadbir PAS.

Ini adalah negeri yang memisahkan barisan di kaunter-kaunter pasar raya mengikut jantina.

Ini juga adalah negeri di mana pekerja pusat dandanan hanya dibenarkan memotong rambut pelanggan yang sama jantina.

Begitu juga dengan pemisahan jantina di pawagam (pada tahun 1990-an) di negeri itu.

Pada Oktober lalu, media melaporkan tentang peniaga wanita Muslim di Kota Bharu yang perlu menutup ‘aurat’ atau berhadapan dengan denda sehingga RM500, di bawah operasi khas selama 4 bulan oleh pihak berkuasa tempatan. Ia dipanggil ‘Operasi Gempur Aurat’ dan bermula pada September.

Peniaga bukan Islam juga berhadapan akibat lesen perniagaan tidak diperbaharui dan denda RM500, jika pekerja mereka yang beragama Islam dianggap berpakaian tidak sopan.

Pada Ogos lalu, kerajaan Kelantan mengharamkan orang lelaki untuk pergi ke acara sukan wanita.

Di sebalik segala sekatan ini untuk ‘melindungi’ rakyatnya daripada unsur yang tidak diingini, serta memastikan mereka kekal ‘bebas-dosa’, rakyat negeri ini menghabiskan masa ketiga paling lama menonton laman lucah di internet.

Ia adalah lanjutan daripada infografik seluruh dunia yang dikeluarkan Pornhub bertajuk ‘Siapa bertahan paling lama’ yang disusun tahun ini, dan menunjukkan purata masa kunjungan di Pornhub oleh penduduk seluruh dunia.

Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Miri mencatat purata masa pelayaran lebih tinggi di laman itu, berbanding purata negara (12 minit 5 saat) – yang secara sendirinya adalah antara negara tertinggi di Asia Tenggara.

Pada Jun 2013, data yang dikumpul enjin carian seks PornMD.com dilaporkan mendedahkan rakyat Malaysia juga cenderung kepada bahan-bahan tempatan.

Data itu menunjukkan tiga carian tertinggi oleh orang Malaysia dari Ogos 2012 sehingga Januari 2013 adalah ‘malay’, ‘malaysia’, ‘japanese’, dan diikuti dengan ‘malaysian’, ‘asian’, ‘malaysia’, malay (gay)’, ‘rape’, ‘massage’ dan ‘japan’.

Walaupun menonton pornografi adalah dilarang, rakyat Malaysia masih lagi antara yang paling banyak menghabiskan masa melayari laman lucah di Asia Tenggara.

Melihatkan statistik Pornhub itu, pemisahan jantina yang ketat dan undang-undang pengawasan moral di Kelantan seperti tidak memberi sebarang kesan.

Pada September lalu, Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dilaporkan berkata,selepas Selangor, Kelantan mencatat bilangan kes HIV tertinggi untuk tahun 2014.

Beliau juga berkata, rekod bilangan kes rogol tertinggi juga dipegang negeri itu.

Dengan segala yang berlaku, PAS kini ingin melaksanakan undang-undang jenayah Islam dikenali sebagai hudud, yang melibatkan pemotongan anggota badan, rotan dan rejam sampai mati untuk pelbagai kesalahan di sana.

Dengan masih ramai yang hidup dalam kemiskinan dan undang-undang pemisahan jantina di sana seolah-olah tidak berkesan, dan dengan mengambil kira statistik kes rogol dan pornografi, bukankah PAS sepatutnya memperbaiki unsur-unsur itu terlebih dahulu sebelum mengenakan undang-undang yang lebih ketat kepada rakyatnya?

4 comments:

  1. Kekuaran ekonomi dapat menyelesai banyak masalah.

    Orang Kelantan rata2 malas lalu jadi miskin ; ajaran pendidikan agama mungkin tinggi tetapi gagal dalam applikasi harian.

    Nafsu giler jika gagal di bendung , akibat malas dan miskin , tiada wang untuk lepas kan nafsu ; bini mungkin ada tetapi malas dan gemuk tidak ber daya untuk puas nafsu suami.

    Pak Tok Guru Agama hanya pandai hafal2 ayat ayat agama gagal menjana ekonomi untuk tambah wang untuk rakyat.

    Semua ber punca dari pemimpin bahalol yang hanya pandai maksn gaji buta , tiada nilai ekonomi.

    Bodoh doh orang orang klante nih...

    ReplyDelete
  2. Adakah adil artikel ini disiarkan sedang rakyat ini menghadap bencana.
    Sungguh tak ada peri kemanusiaan.

    ReplyDelete
  3. buat survey, kalau x percaya yg ramai tu penyokong umno

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa