Saturday, December 27, 2014

Tolong selamatkan kami!

Lagi 15 sentimeter rumah saya akan tenggelam
MOHD. HAFIZ. 
ABD. MUTALIB  |  27 Disember 2014 1:42 AM

KOTA BHARU 26 Dis. - “Lagi 15 sentimeter rumah saya akan tenggelam. Tolong selamatkan kami.”

Itu luahan cemas Mohd. Arif Mohd. Arifin, 45, seorang penduduk di Kampung Tok Dokang Jalan Pengkalan Chepa di sini yang terperangkap sejak malam tadi.

Mohd. Arif bersama isteri dan enam anaknya di antara mangsa banjir yang terperangkap di negeri ini khususnya bandar ini yang masih menunggu bantuan untuk diselamatkan.

“Air naik dengan begitu cepat, tinggal sikit sahaja lagi rumah saya akan tenggelam. Keadaan juga bertambah buruk apabila kampung ini turut terputus bekalan elektrik sejak dua hari lalu.

“Bekalan makanan di rumah juga kini sudah hampir habis. Saya harap bantuan akan tiba segera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Arif, selain mereka, masih ramai lagi keluarga lain di kampung itu menanti bantuan tiba terutamanya jirannya yang mempunyai anak kecil.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan banjir di Kota Bharu seandainya Pengkalan Chepa turut dilanda banjir.

“Pada masa ini saya hanya memikirkan soal nyawa dan bertahan menempuh dugaan ini,” katanya.

4 comments:

  1. Sedih lah macam ini.

    Bangsa sendiri biar kan dalam susah susah , pemimpin negeri dan negara enjoy sakan duit rakyat.

    ReplyDelete
  2. Yg msh blm tidur, jom kita solat hajat mohon keselamatan mereka. jom

    ReplyDelete
  3. Padam muka, kan pihak berkuasa dah bagi amaran agar berpindah, nak tunjuk lagak sangat, terimalah padanya.

    ReplyDelete
  4. Ni la kalu last minit baru nok pindoh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa