Sunday, January 18, 2015

AirAsia: Bala bertimpa.......

Jururawat Australia saman Airasia selepas pramugari jatuh keatasnya
Agensi |Kemas kini:Januari 18, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 18, 2015 11:42 MYT)

Jururawat Australia saman Airasia selepas pramugari jatuh keatasnya
Jururawat Australia saman Airasia selepas pramugari jatuh keatasnya - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, menyaman syarikat penerbangan AirAsia kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.

Crocker mendakwa kejadian yang dialaminya tahun lalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Memetik laporan akhbar AustraliaHerald Sun, Crocker turut menolak penyelesaian dari AirAsia dan mahu penyelesaian di mahkamah.

Peguam Crocker, Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker berkata, Crocker turut menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, kehilangan kesenangan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan.

"Dia menolak tawaran penyelesaian. Dia juga mengalami keretakan tulang dan ligamen yang memerlukan pembedahan besar yang memerlukannya berehat dari bertugas selama beberapa minggu.

"Crocker juga mengalami kecederaan yang mendalam di bawah lutut kanannya," jelasnya.

Kata Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker lagi, Crocker tidak mahu meneruskan tuntutan selepas menyedari insiden AirAsia yang pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas di Laut Jawa sehingga menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal meninggal dunia.

"Dia kini hanya mahu menuntut hak," jelasnya.

Sementara itu Astro AWANI difahamkan, AirAsia akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.

2 comments:

  1. Mujur juga dia naik AirAsia, masih lagi berpeluang buat tuntutan. Jika naik MH370 dulu, bagaimana nak buat tuntutan?

    ReplyDelete
  2. Akibat doa dr mereka yg teraniaya... Pernah teraniya dek air asia... Xkan naik jika ada yg lain lg...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa