Thursday, January 15, 2015

Anjung Rakyat: Sudah Terang Lagi Bersuluh?

UG-GU - Sudah Terang Lagi Bersuluh ? PASMA Dah Ada Nama 
Khamis, Januari 15, 2015 - Md Tanjong
Mana ada UG Kau kata aku UG yaAku bilang sama mak aku
huwaaaaaaaaaaaaiskiskiskiskiskisksampai hati kau bilang aku UG

wakakaadios(skrip dari www.lusuka.com )
www.lusuka.com 
Makhluk Pilihan Hari Ini - Terserlah UGnya????Hanya dengan umno hudud boleh terlaksana adalah tajuk video Nik Amar ni.Agak-agak kalian terserlahkan keUGan makhluk ini???? Klik pautan untuk lihat videonyaSkrip olehwww.lusuka.com 


Rakyat Bangkit
Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang..Kalau tiada sesuatu masakan tempua bersarang rendah...
KEPADA SIAPA DALAM PAS YANG TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MAKSUDKAN INGIN BERSAMA DENGAN UMNO..? 
TG Nik Aziz: Tiada Penyatuan UMNO-PAS Selagi Saya Hidup - http://greenboc.blogspot.com/2013/05/tg-nik-aziz-tiada-penyatuan-umno-pas.html?m=1

UG masih hidup..Semenjak 2008 sehingga kini.!~#Rakyat_Bangkit

Kredit Imej: www.malaysiakini.com
Geng Ustaz kesal dipantau PAS seperti PasMa
www.malaysiakini.com


Kununnya nak sindir Husam Musa la tu.. Tuan Guru Nik Aziz pun pernah sebut semacam ni.. "Jika nak bergabung dengan Umno tunggu saya tiada.." ~#Rakyat_Bangkit

Husam, LGE dan Mat Sabu 
Husam MB swasta yang jaga air muka Kelantan
MSO
Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan..Continue Reading




SEKILAS IKAN DI AIR
Kenapa harus ada kerjasama UMNO~PAS. Paling penting ialah Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan patut menjalankan tugas bersama mengikut bidang tugas masing-masing. G to G. Kerajaan dengan kerajaan. Bukan parti dengan parti.
Nampak sangat Zuhdi masih berkiblatkan UG untuk membina hubungan Kerajaan Campuran Pas-Umno.. Seolah sudah tiada pilihan lain selain menjadikan Umno sebagai rakan kongsi.
UG dah telan UMPAN Umno bersama dengan MATA KAIL sekali..~#Rakyat_Bangkit


(GANASNYA UG)Himpunan solidariti untuk kawan-kawan di HarakahDinsman...Continue Reading
Add caption
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Mengikut Perspektif IslamSultan Muhammad Al- Fateh ,seorang pemerintah yang adil dalam dunia Islam.Beliau juga merupakan pemerintah pilihan ALLAH sepertimana yang disabdakan Rasulullah:“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]...Continue Reading

Kah Kah Kah
Sedap Label Orang bro ?

Umnuuuuuu tu haraki tang mana?

Imej: Mkini
Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.
Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.. Salahuddin Ayub.  
Baca lagi di sini -  PAS: Tak salah kerjasama PasMa-Guan Eng Satu komen menarik dari seorang kawan dari USM bro ! baca..
PAS dah jadi parti flip flop dan sukar utk mendapat sokongan drpd pengundi bukan melayu..hanya melalui PASMA kepercayaan bukan melayu dpt dipulihkan..golongan ulama tidak berani berdepan dgn bukan melayu secara berdepan..kerjasama baik sebelum ini hancur kerana tindak tanduk golongan ulamak PAS yg mula perasan dan bertindak bersendirian..kononnya mereka kuat tanpa PKR/DAP tetapi berharap kepada UMNO..Rashid Yusof 
Rakyat Bangkit
BANJIR DI KELANTAN:Menteri Besar Kelantan tuding jari kepada pembalakan haram.
ULASAN. See More
***************
Bicara Abe Awang Malaya
Bicara Satu
Dulu, di hujung-hujung tahun 1998 dan di awal-awal tahun 1999, pada saat suasana politik tengah menggelegak dengan isu kezaliman ke atas Anwar Ibrahim, ketika Fadzil Nor menjadi Presiden PAS, ketika Mahathir jadi PM, ketika Anwar dikurung dalam sel penjara dengan kejam, ketika ceramah PAS mendapat sambutan di seluruh negara....... Pada zaman itu, Harakah dijual dengan dijaja dari rumah ke rumah.Masa tu Harakah terbit dua kali seminggu.... Sesiapa yang tinggal di apartment atau flat tahu lah, lepas maghrib atau lepas Isyak, dengarlah suara atas koridor : "Harakah! Harakah! Harakah!"Saya mula berhenti baca Harakah sejak selepas PRU 2004.... Bukan marah ke Harakah atau editor atau ketua pengarang apa, tapi sebab..... tak sedap.... Sejak Fadzil Nor tak ada, PAS macam kehabisan isu politik.... Haji Hadi jadi Presiden, tak best langsung.(nota : Semasa dilantik jadi Presiden, dia sedang memegang jawatan MB Terengganu. Semasa kerajaan PAS Terengganu tumbang, dia Presiden PAS dan dialah Menteri Besar Terengganu..... Semasa kerajaan PAS pimpinan Azizan Razak tumbang di Kedah, Haji Hadi lah juga Presiden PAS..... Semasa kerajaan PAS Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan, memerintah dengan kelebihan 1 kerusi sahaja, Haji Hadi lah juga Presiden PAS.... Semasa Nizar Jamaludin digulingkan di Perak, Haji Hadi lah juga yang jadi Presiden PAS)..

Abe Awang Malaya

Bicara Dua

Orang parti lain puji Husam, tapi orang PAS sendiri kutuk Husam, ini politik bejadah apa namanya....?Nampaknya cara permainan politik PAS lebih kuno dari UMNO lagi...... Alangkah buruknya bila membayangkan sekumpulan lebai yang berserban dan berjubah, bersikap keras dengan rakan sendiri sebaliknya berkasih-sayang dengan musuh, terhegeh-hegeh depan tangga UMNO tunggu dipelawa naik ke atas rumah.Dulu mereka datang malam-malam, jumpa dalam gelap, takut orang nampak.. Tapi sekarang, siang hari buta mereka tersengih-sengih atas beranda UMNO sambil pandang ke rumah sendiri dengan muka eksyen.Haprak punya politik..
Abe Awang Malaya

Bicara Tiga

Kalau lah Pasma didaftarkan sebagai parti politik, dan pemimpin PAS ramai yang keluar parti dan masuk Pasma, kemudian Pasma bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, tinggal ulamak-ulamak muktabar dan tok-tok lebai industri kecil dan sederhana saja dalam PAS, ikut dia lah nak bergabung dengan UMNO atau MIC atau MCA pun...... Kemudian Pakatan sudah boleh mula menyusun gerak-kerja dari sekarang untuk menghadapi PRU 14, terutama dalam soal kuota pembahagian parti yang bertanding dan kawasan-kawasannya..... Itulah yang kita harapkan akan berlaku memandangkan sikap ulamak PAS yang semakin hari semakin menyakitkan hati.
Kalau keadaan PAS berterusan begini, kononnya masih bertahaluf-siyasi dengan Pakatan Rakyat, dan Haji Hadi masih kekal sebagai Presiden.... apakah jaminan bahawa tragedi tindan calon tidak akan berlaku lagi dalam PRU 14 nanti...? Tidak ada jaminan sama sekali, bahkan mungkin akan lebih teruk dari PRU 13 lagi.Itu belum dikira tindakan PAS mengumumkan calonnya bertanding di kawasan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden PR sebagai kuota PKR.Tidak ada cara lain untuk mengelakkan pengkhianatan itu berulang lagi, kecuali dengan menyingkirkan Haji Hadi dan orang-orangnya termasuk Dr Zuhdi dari barisan kepimpinan PAS..Abe Awang Malaya


alhusseyn51.blogspot.com
PAS seolah-olah meronta-ronta mahu keluar dari PR. Bekali-kali ulang kenyataan mahu mengkaji semula tahaluf siyasi. Berkali-kali mengugut mahu keluar PRalhusseyn51.blogspot.com
*************************
Nak jentik ? Nak Sergah orang ?Orang tak jentik sergah demer pun dah bagus bro !Kah Kah Kah


HUSAM ADALAH CONTOH WAKIL RAKYAT DAN MODEL Kameel Abuya via Sheikh Geng UG

akhirkalam
AL-Fatehah Untuk Ustaz Fadhil Nor
Murabbi Yang 'Membakar dirinya'
untuk Perjuangan Islam

6 comments:

  1. Arwah Ustaz Fadhil Nor, tetap jadi legenda. Dia berjaya memperkasakan PAS serta meraih tarikan serta sokongan bukan melayu & bukan Islam juga. Kenapa legasi yg ditinggalkannya dlm keadaan kemas diporakperandakan oleh penggantinya? Sehinggakan nama PAS itu tercemar dikhalayak umum, bodoh sangatkah sehingga tidak mampu berfikir yg mana baik yg mana buruk?
    Al-Fatihah buat ustazku satu ketika dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Ali @ Fadzil Mohd. Nor. yang aku kenal - santun hujjah mantik nya - Ia perpidato bukan berkutbah berbanding ustaz pas yg sedia ada.

      Memimpin tanpa mengira apa aliran mazhab dlm islam yg penting bagi beliau ialah buat kerja utk pas dan ummah.

      Allahyarham senang didampingi oleh kawan dan lawan.

      Zaman beliau UG jadi tikus dan ditikuskan oleh beliau.

      Delete
  2. Pangkat, kuasa dan jawatan menjadi teras perjuangan Pasma, duniawi semata-mata. PAS kehilangan sahabat hanya kerana memperjuangkan tanggungjawab yang dipikul sebagai pemimpin Islam. Tidak ada rakan dan sahabat yang menyokong atau turut serta memikul tanggungjawab ini. Tidak ada UG seperti yang diwar-war kan. Apa itu UG? Anwar dan Lim Kit Siang lebih tahu apa itu UG. Minta pencerahan dari mereka. Jangan memberitakan hal-hal yang tak pasti nanti ianya menjadi FITNAH.

    ReplyDelete
  3. ah abe awe melayu nih...

    zaman pas tak menang-menang siape pulak pres nye?

    ReplyDelete
  4. orang kalu dah benci yang baik pun di cari-cari jahat nye...

    orang kalu dah mabok kepayang kentut busuk pun dikatenya wangian seharum kasturi...

    begitulah lumrah alam kepade sesiape yang mahu mengambil pelajaran...

    ReplyDelete
  5. anon January 15, 2015 at 10:38 PM...

    timpres dia masa tu tak pernah kata "itu pandangan peribadi presiden"...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa