Friday, January 16, 2015

Bas terbakar petanda dendam roh?

Biarkan mereka dengankepercayaan khurafat mereka kerana mereka bukan Islam
Namun begitu bagi Muslim adalah haram dan sesat

Penduduk Kuala Gula anggap tragedi bas terbakar petanda buruk
TRP - PUBLISHED: Jan 16, 2015 11:00pm
Pihak berkuasa memeriksa bas terbakar yang tinggal rangka, dalam kemalangan yang meragut lapan nyawa, pada awal pagi Khamis. - Foto TRP/ Azrol Ali

BAGAN SERAI, 16 Januari: 
Masyarakat berketurunan Cina di perkampungan nelayan Kuala Gula, menyifatkan tragedi bas di kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pada awal pagi semalam yang meragut nyawa tiga penduduk kampung itu, sebagai permulaan tahun baru yang tidak baik.
Malah, menurut mereka, kematian tiga penduduk kampung dalam insiden penuh tragis itu, mungkin ada kaitan dengan insiden menimpa seorang wanita yang merupakan penduduk kampung berkenaan, yang rentung dalam kebakaran di rumahnya, akhir tahun lalu.
Berdasarkan kepercayaan, mereka menganggap roh wanita itu tidak tenteram dan nahas bas semalam mungkin ada kaitan dengan kematian wanita terbabit.
Seorang bekas nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 47, berkata, dia percaya ada roh jahat yang akan mengganggu manusia, kerana tidak tenteram dengan kehidupan di alamnya.
Katanya, perkara itu boleh terjadi, kerana mangsa korban tidak redha dengan cara dia mati, justeru rohnya mungkin mengamuk.
“Bulan lepas, ada seorang wanita yang juga penduduk kampung ini rentung dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumahnya.
“Saya bimbang, kalau rohnya mengamuk dan mahu orang yang masih hidup, mati sepertinya,” katanya.
Tan Siok Pin, 54, pula berpendapat, kejadian yang menimpa tiga kenalannya itu merupakan petanda tidak baik, yang mungkin berulang lagi tahun ini.
Katanya, permulaan 2015 yang disambut dengan kematian tiga rakan karibnya itu, seolah-olah satu permulaan tahun baru yang akan dilalui dengan rentetan musibah.
“Kawan-kawan saya yang mati itu, sememangnya sangat rapat dan merupakan teman sepanjang masa.
“Kami akan minum dan ketawa bersama, tetapi hari ini, mereka semua sudah tiada dalam sekelip mata sahaja.
“Saya tidak tahu apa lagi akan terjadi selepas ini. Mungkin kami kena adakan satu upacara doa, bagi meminta kesejahteraan dikembalikan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi Khamis, sebuah bas persiaran membawa 30 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau ke Genting Highlands, terbalik dan terbakar.
Siasatan awal mendapati, bas berkenaan dipercayai melanggar sebiji tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan di lokasi kejadian, sebelum merempuh belakang sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan.
Akibatnya, tujuh penumpang bersama seorang pemandu bas itu rentung, manakala 22 lagi cedera.
Pada 21 Ogos 2013, sebuah bas ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands yang dinaiki 53 penumpang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands, menyebabkan 37 maut.
Nahas yang disifatkan terburuk dalam tempoh 17 tahun di kawasan terbabit dan dalam sejarah negara ini, turut menyebabkan 16 penumpang cedera.

2 comments:

  1. Ia adalah khurafat tapi demi menjaga sunnah rasul keprcayaan mereka dihormati dan tidak dihina.
    Indah sungguh ajaran mu Ya Rasulullah.

    ReplyDelete
  2. Ambik numbor bas beli ekor boleh kaya jugak.

    Orang orang Melayu rata rata ada jugak main ekor.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa