Wednesday, January 28, 2015

Boleh pakai ker kata-kata Mamat ni?

Setelah sepak terajang, bengkak muka lebam mata. 
Kata tak ada apa-apa?

Tun M dan Najib tidak 'berperang', hanya berbeza pendapat. - MT UMNO
Bernama |Kemas kini:Januari 27, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 27, 2015 19:46 MYT)


Tun M dan Najib tidak 'berperang', hanya berbeza pendapat. - MT UMNO
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu bahawa tiada 'perang dahsyat' berlaku antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pandangan dan teguran dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dianggap kedua-dua pemimpin itu sedang 'berperang', kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata pandangan Tun Mahathir adalah membina walaupun 'pedas' dan kadang-kadang tidak bersetuju, namun kerajaan di bawah pentadbiran Najib terbuka menerima kritikan.

"Saya kira kalau kritikan itu kena pada tempat dan mempunyai asas, kerajaan sentiasa berlapang dada untuk mendengar dan membaiki apa yang patut diperbaiki.

"Kalau nak kata satu 'peperangan dahsyat' yang sedang berlaku (antara Tun Mahathir dan Najib) adalah tidak betul," katanya selepas melancarkan penjenamaan semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada SW Corp di sini Selasa.

Abdul Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung tawaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu menjadi orang tengah mendamaikan Tun Mahahtir dan Najib.

Sambil memberi contoh, Abdul Rahman berkata Tun Mahathir dan Najib ketika menghadiri majlis kelihatan duduk bersama, bercakap dan berbincang.

"Saya tidak fikir wujud sebarang isu besar. Mungkin terdapat perbezaan pendapat," katanya.

2 comments:

  1. Satu cubaan yg baik untuk menutup bangkai supaya tidak kelihatan, tapi baunya tetap menusuk hidung.

    ReplyDelete
  2. Semua nya bahalol nak memcuri harta rakyat...

    Masing masing asal usul orang miskin , malas dan penipu...

    Nak tipu rakyat sampai kiok.... Kesian kan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa