Wednesday, January 14, 2015

Di kala kita dilanda musibah, negara kapir bantu tapi di mana Arab?

Saudara kitakah mereka?
Menang jenis haramjadah
Semasa Palestin diganyang Yahudi juga mereka diam
Malah Mesir pula banyak bantu Yahudi

Di mana negara Arab ketika kita dilanda musibah?

SEKILAS PANDANG: Kawan di saat menangis sukar dicari. Kawan sejati adalah mereka yang berada di sisi ketika kita di dalam kesusahan. Sama juga dengan hubungan negara.
Tahun 2014 mendatangkan banyak ujian kepada Malaysia. Kehilangan pesawat MH370, nahas pesawat MH17 dan pesawat AirAsia QZ8501, serta banjir yang antara terburuk melanda negara untuk beberapa dekad, meragut 23 nyawa dan lebih 200,000 mangsa.
Melalui ujian ini, Malaysia juga melihat sekutunya tampil untuk bersama-sama menempuhi saat-saat getir ini. 
Banjir tahun lalu menggemparkan negara, dengan anggaran kerugian infrastruktur berjumlah kira-kira RM2 bilion. 
China tampil menawarkan bantuan dan wang, bersama-sama syarikat dari negara itu yang turut memberi sumbangan kepada negeri yang dilanda banjir. 
Singapura, Amerika Syarikat dan China juga dilaporkan menghantar bantuan kemanusiaan, malah Amerika juga bertanya Malaysia tentang keperluan lain untuk membantu mangsa banjir. 
Pada 13 November lalu, The Malaysian Insider melaporkan kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa sejumlah RM33.46 bilion dibelanjakan untuk 3,000 penyelamat dalam usaha mencari dan menyelamat MH370 yang hilang Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai. 
Australia yang mengetuai pencarian MH370 dilaporkan membelanjakan $80 hingga $90 juta bagi operasi itu. 
Tetapi di manakah negara-negara Arab yang kaya-raya?
Bukankah Malaysia anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)? 
Pengerusi Jihad for Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj berkata, beliau tidak terkejut melihat kebanyakan negara Arab dan anggota OIC tidak menunjukkan simpati terhadap tragedi atau bencana alam yang menimpa negara lain.
“Mereka akan datang apabila semuanya selesai.
“Malah dalam konflik Bosnia, Malaysia adalah antara negara Muslim pertama yang menyuarakan bantahan terhadap penghapusan etnik di sana, diikuti dengan bantuan dan penempatan pelarian.
“Dengan kekayaan yang dimiliki dan cara mewah negara-negara Arab membelanjakannya, mengapa mereka tidak membantu? Raja Arab Saudi dikatakan penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah. Mereka sepatutnya menunjukkan contoh agar menjadi ikutan negara lain, namun mereka lebih sibuk untuk menguatkuasakan ‘undang-undang’,” katanya kepada Semut Harian.
Bagaimana dengan “solidariti Islam” dan “persaudaraan Islam”? 
Bukankah negara-negara muslim yang patut paling awal menawarkan bantuan kepada “saudara” mereka yang memerlukan? 
“Negara Arab telah mencemarkan istilah ‘persaudaraan Islam’. Ia kini dikaitkan dengan ekstremisme dan terorisme. 
“Persaudaraan sebenar tidak seharusnya terbatas kepada agama dan kaum. ‘Persaudaraan’ sepatutnya universal. Kita tidak lihat siapa yang menjadi mangsa. Etnik dan kaum mereka sepatutnya tidak menjadi soal. 
“Kita perlu melihat satu sama lain sebagai insan manusia. Kalaulah negara Arab dan OIC memahami ciri asas kemanusiaan ini,” kata Thasleem.
Beliau tetanya sama ada negara Arab menghantar ucapan takziah kepada Malaysia, berikutan tragedi pesawat dan banjir yang berlaku. 
“Saya tidak ingat ada membaca ucapan takziah daripada negara Arab dan OIC, apatah lagi memberikan sumbangan. Kecuali jika ia memang tidak dilaporkan.
“Bagi saya, ini menunjukkan seolah-olah negara Arab hidup dalam dunia gasar. Mereka hidup dalam kota ultra-moden, namun masih terkurung dalam minda dan pemikiran gasar mereka,” katanya lagi.
Untuk berlaku adil, kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan menyumbang 150,000 pasang pakaian baru untuk kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun di negeri yang dilanda banjir. 
Namun di manakah negara Muslim yang lain? Adakah sumbangan mereka tidak dihebahkan? 
Adakah makna “tolong” bagi mereka hanya melibatkan perjuangan mempertahankan agama mereka? Adakah itu tidak termasuk membantu saudara yang memerlukan?
Merekalah sepatutnya yang paling awal menghulurkan tangan kepada saudara yang memerlukan. Tiada sebab untuk menghala kritikan kepada Barat, apabila negara-negara di sana lah antara yang paling awal membantu ketika kita memerlukan.
Bukankah mengeluarkan kata-kata itu memang mudah. Perbuatanlah yang memberi makna pada akhirnya.

2 comments:

  1. arab dh bantu masa banjir di kuantan. tp puak haramjadah buat pergi melancong dan main golf.

    ReplyDelete
  2. Mcmn Arab nak bantu lg,hilg dah kepercayaan dari tragedi banjir Pahang 2 tahun lps.Stlh lebih setahun bantuan diberi tp tak smpai2 kpd penerima yg sepatutnya..macamana lg nak tolong lah hai.Tengku Mahkota Pahang pun boleh jadi hairan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa