Saturday, January 17, 2015

Jawapan Salahuddin Ayub jauh lebih bijak dari.......

Jangan Kaitkan Saya - Mat Sabu
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengambil jalan selamat dengan enggan membuka mulut apabila beliau sekali lagi dikhabarkan bakal menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu.

Walaupun diasak dengan pelbagai soalan berhubung wujudnya usaha untuk menggulingkan Hadi pada pemilihan parti itu Jun depan, Mohamad yang lebih mesra dipanggi Mat Sabu berkeras untuk tidak mengulas.

"Tanya penulis blog, tak ada kena mengena dengan saya.

"Anda pergi tanya juga bekas Exco Pemuda PAS yang buat kenyataan mengenainya, tanya orang yang buat kenyataan itu. Jangan tanya saya...saya tak ada kena mengena," katanya ringkas pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat di sini, Isnin.

Menjelang pemilihan PAS pada Jun depan, wujud gerakan di media sosial yang membayangkan bahawa Mohamad akan menawarkan diri menentang Hadi sebagai presiden.

Lebih menggemparkan apabila bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff pada Ahad secara terbuka menggesa supaya Hadi tidak dicalonkan semula sebagai presiden.

Sebaliknya Zulhazmi mencadangkan supaya Hadi menggantikan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur sebagai Mursyidul Am PAS.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS sentiasa terbuka jika ahlinya menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti.

"Jawatan dalam parti terbuka untuk dipertandingkan. Jadi terpulang kepada ahli di peringkat kawasan untuk menentukan pencalonan.

"Tapi buat masa ini belum sesuai nak cakap mengenai pemilihan. Nanti rakyat anggap politik seolah-olah tak mengenal keutamaan. Pada masa ini kita fokus kepada usaha bantu rakyat yang terlibat banjir," katanya.

5 comments:

  1. Satu je keistimewaan mat sabu...satu sel dgn LIm Guan Eng....selama mereka didalam satu sel tu mereka ni banyak bertukar-tukar pendapat samada mat sabu berjaya mengubah LGE kearah ISLAM atau mat sabu diubah oleh LGE kearah komunisma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pulak LGE masuk PKM? LGE sekarang ni me ggantikan Chi Peng ke? Ishh...agaknya aku terlepas berita ni kot!

      Delete
    2. Kahkahkahkah..comunislisme, liberalisma,sosialisma just manifestos corak memerintahan..China negara Communist ya itu betol!!! Dari satu sudut economics geo politic China menjana hasil berbilion setahun dan dijangka akan datang bisa seiring berdiri megah di pentas globalis.Gwe agui dan saya hahahaha..uhok!3 tui!!!Gwe akui Dan saya tersantap-santap lalu ilusi gwe melayang2 bahawa negara yg ber'idelis communism mempunyai muslimin Dan muslimat antara teramai didunia?wow ajaipnya..tuntutlah ilmu sampai negira China..kau akan temui sesuatu, jangan pergi Kuala kubu kau akan temuinama di atas batu!..apa2 fahaman politics keperdulian,ketulusan,sikap,discipline, bertolak ansur dan kerja sama...maka disitulah terletaknye takdir Allah...............wabilahitaufikwalhidayah..asalamualaikum.

      Delete
  2. Macam mana PAS nak laksana hukum hudud. Dalam parti berpecah....berebut jawatan...tak Islamik langsung.
    Kalau mereka boleh tarbiahkan LGE dan Paul Eriksen sokong hudud aku bagi tabit spring.

    ReplyDelete
  3. Tok lebai bkn saja sibuk berpolitik malah berperang.. Org lain disuruh berpegang pada tali Allah tp geng depa dok keah satu sama lain.. Slagi ulamak duinia ni jd pemimpin selagi tu pas xkemana... Nak bawa dunia tok leh ... Akhirat xtau le... Kita jupo akhirat nanti... Ustaz xda keje loni.. Sibuk buat keje ore lain.. Sibuk ngurut... Sibuk dok berjampi ... Sibuk dok main politik... Sibuk main tino... Last ly anak ustaz main k pop....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa