Wednesday, January 21, 2015

Kalau betul tak minat, belah ajerlah......

Kalau benar-benar tak minat lebih baik belah daripada buka pekung yang busuk dan otak kolot pada khalayak melalui media
Kalaulah bertekak dengan cara berdepan (debat) adalah lebih baik kerana rakyat boleh menilai dengan bebas

Di bawah ni kata Phahrolrazi. Entah hanya tuduhan atau benar tak tahulah.....
Orang politik seperti Phahrolrazi yang ada sejarahnya, bukannya boleh dipakai sangat!

'Hadi macam tak minat dengan Pakatan'
mk -1:46PM - 21 Jan 2015

Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah “tak berminat lagi" berada dalam Pakatan Rakyat kerana kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan parti itu.

Jawatankuasa tersebut masih belum bermesyuarat sejak pilihan raya umum pada Mei 2013.

DAP pula berkeras agar Hadi hadir sendiri ke mesyuarat tersebut dan tidak menghantar wakil.

"Saya tengok (beliau) macam tak minat lagi dalam Pakatan Rakyat kerana sudah ada perbezaan pendapat.

“Tiga isu yang mereka tak boleh satu pendapat. Dulu ada juga perbezaan pendapat tetapi tak begitu besar, boleh diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tak ada siapa.

"Ketua parti kena hadir mesyuarat tu, sebab bila beliau hadir, dia akan iltizam pada keputusan-keputusan yang dibuat," kata ADUN PAS Pengkalan Kundor itu.

"(Ia) lebih baik dari hantar orang bawahan, dia tak boleh buat keputusan. Dan kena tangguh dulu (keputusan). Jadi masalah dan melambatkan proses (membuat keputusan)," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini pada Isnin.

Hubungan Hadi dengan rakan dalam Pakatan dilihat retak apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Phahrolrazi menyifatkan perkara tersebut sebagai "salah faham" yang mana ia dengan mudah dapat diselesaikan jika pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dengan teratur.

Pakatan lemah

Beliau turut mengeluh mengenai kelemahan Pakatan selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, gabungan parti pembangkang itu perlu lebih tersusun, sebagai organisasi berdaftar supaya dapat menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu lambang.

"Rakyat nak lihat Pakatan yang wujud. Mesyuarat pun dah tak ada, mungkin dalam konvesyen PasMa akan diutarakan perkara ini.

"(Iaitu) supaya Pakatan (Rakyat) wujud sebagai satu pertubuhan yang ada struktur untuk hadapi politik dan dapat keyakinan dari rakyat," katanya.

Bekas exco Kedah itu berkata pengundi juga mahu melihat kepimpinan yang ditawarkan dan pakatan pembangkang itu mesti bersedia untuk menamakan calon perdana menteri dan barisan Kabinet untuk menguasai Putrajaya.

"Orang tak mahu tengok (Pakatan) masuk (Putrajaya) dengan cara masing-masing – tak boleh. Keyakinan rakyat tak boleh dapat dengan cara itu," katanya.

Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tewas dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan yang mungkin menyebabkan  ketua pembangkang itu berdepan hukuman penjara yang panjang.

Kritikan lantang para pemimpin PAS, terutamanya ke atas peranan parti itu dalam krisis MB Selangor menyebabkan Hadi berhati-hati dengan PasMa, malah menyifatkan persatuan itu sebagai "spesies yang entah dari mana".

Naib Presiden Datuk Husam Musa turut menafikan terlibat dengan NGO itu, dan PasMa pula berulang kali menafikan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menjatuhkan PAS.

PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa.

“Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah,” katanya.

Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes.

Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya,” tambahnya lagi.

8 comments:

  1. Xnk komen najib dgn ketum nk bercium mulut? Itupun klu ente blogger bertelur yg telus yg ikhlas yg syg pr dan yg penting...tidak berbyr....

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat jangan dok retak...orang belah sana tepuk tangan gembira kalau sesama kita tak setuju angin...so jangan termasuk perangkap malaun belah sana....

    ReplyDelete
  3. HambaAllah ni asyik main lagu yang sama sejak pasma ditubuhkan. Tidak ada ke isu terbaru yang melibatkan TGHH? Apa lagi isu lain yang serius selain isu yang sama dimainkan dari dulu hingga sekarang sehingga boleh memaksa PAS keluar dari PR? Azmin pun dah selesa memerintah sekarang hasil dari lagu yang asyik dimainkan sehingga sekarang.

    Macamana pasma nak bergaul dengan DAP kalau berbeza kepercayaan? Sanggupkah pasma merelakan tentangan dan kritikan terhadap hukum Allah Taala? Sanggupkah pasma membutakan mata dan memekakkan telinga? DAP akan menerima sesiapa saja asalkan mereka ni bukan dari golongan Ustaz, Tuan Guru atau Ulama. Pastikan pasma tidak mempunyai Ulama atau Majlis Syura seperti PAS kerana mereka inilah yang akan selalu menghalang sesuatu yang boleh merugikan ISLAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6:45

      PasMa berinteraksi dengan PKR dan DAP berpandukan kepada tahaluf siyasi yang digubal oleh PAS sendiri semasa PAS menyertai PR dulu. Perhubungan dijalin berkisar kepada gagasan yang dipersetujui bersama. Apa masaalahnya?

      Sdra membuat banyak tuduhan yang tidak disertakan hujah. Tidak patut seorang penjuang Islam dan pendokong kepimpinan ulamak bersikap begitu. Antaranya:-

      1. Macamana pasma nak bergaul dengan DAP kalau berbeza kepercayaan? 

      Bagaimana PAS sejak zaman Almarhum Dato Fadhil Nor dulu mdnjalinkan kerjasama dengan DAP melalui BA dulu dan dibawah TGHH - apakah diatas asas ugama? Masa zaman Almarhum Ustaz Fadhil Nor dulu DAP pun menentang hudud dan masih boleh bekerjasama dalam usaha melawan BN? Mengapa pula sejak PAS menyertai PR, PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi sejak serahun 2 ini dah tak boleh?

      Sdra faham tak faham konsep dan asas tahaluf siyasi yang digunakan oleh PAS untuk menyertai PR? Jangan main ikut sedap kepala kita je sedangkan kita tak tahu apa-apa.

      Cara sdra membuat pertanyaan soal perbezaan kepercayaan ini, tahu tak secara langsung sdra membangkitkan isu salah seorang, samada Almarhum Ustaz Fadhil Nor atau TGHH yang silap kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar kep3ntingan bersama yang dipersetujui. Sdra mungkin kata ini bukan maksudnya. Tetapi cara sdra berkata membangkitkan isu ini. Siapa sdra?

      2 Sanggupkah pasma merelakan tentangan dan kritikan terhadap hukum Allah Taala? 

      Sdra kena rujuk balik kepada asas tahaluf siyasi penyertaan PAS dalam PR. Sdra kena ingat tahaluf siyasi itu diluluskan oleh MSU dan DUPP. Bukan pandai2 mat Sabu.

      Bagaimana pula dengan UMNO. Pertama, UMNO hanya menyokong hudud PAS untuk dilaksanakan hanya di Kelantan. UMNO m3nolak hudud dilaksanakan di Terengganu dan di negeri2 yang UMNo kuasai. Ini kita panggil sokong berpilih. Boleh ke pemimpin UMNO yang berugama Islam dan parti melayu Islam pakai pilih-pilih. Setuju jika buat kat tempat hangpa janji hangpa jangan suruh kami buat kat tempat kami....Islam apa macam ni? Kalau DAP yang kapiaq kita pahamlah. Takkan kapiaq akan sokong hudud. Ni yang Islam ni...boleh main pilih2 pulak nak laksana hukum Allah.

      Dalam tahaluf siyasi yang diluluskan oleh MSU dan DUPP, hudud tidak diletakkan dibawah perkara-perkara yang dipersetujui bersama sebagai keutamaan. Namun DAP dan PKR mengakui hudud itu adalah perjuangan PAS.


      3. Pastikan pasma tidak mempunyai Ulama atau Majlis Syura seperti PAS kerana mereka inilah yang akan selalu menghalang sesuatu yang boleh merugikan ISLAM.

      PasMa akan selalu menghalang sesuatu yang boleh merugikan ISLAM - ini satu tuduhan berat dan jahat kerana sdra gagal menjelaskan tuduhan berat ini. Sedih dengan sikap sdra yang mengaku p3ndukung kepimpinan ulamak.

      Tolong jelaskan dengan jelas bagaimana PasMa akan menghalang? Jangan pakai tuduh melulu sahaja dengan tuduhan yang berat mcm ni.

      Delete
  4. pru ni nama yb ni akan 'DIPETI SEJUKKAN'.jangan terkezuz!.Pas akan letak calon2 dari kalangan ustat2 dan dari UG/GU.golongan pro jangan harap la lepas ni.sebab golongan pro ni tak wala'pada ketua dan mengkhianati parti.itu yang saya nampak sekarang.tunggu n lihat!

    ReplyDelete
  5. Betul kata kamu 5sal. Apa yang nak terkezuznya. Pemimpin ni akan bertanding diatas tiket PASma. Presiden tidak akan menumpang parti orang lain selain dari pertubuhan yang tak lama lagi akan jadi parti ketiga PR. Baru ada peluang cerah. Tak nampak hebat la kalau masih menumpang PAS.

    ReplyDelete
  6. X perlu halang ke kalau perkara tu merugikan ISLAM? Ishhkk....isshhkkk

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa