Sunday, January 25, 2015

Mampukah Anwar sejukkan keadaan?

Dikesalkan kecoh kerana isu bodoh!
Adakah dengan isu yang dikalutkan ini mampu memakmurkan negara dan melegakan kekangan hidup rakyat?
Nampaknya seolah isu dicipta untuk larikan tumpuan rakyat terhadap isu yang berkaitan rakyat yang lebih besar - kejatuhan nilai ringgit, harga minyak jatuh dan penderitaan hidup rakyat akibat harga keperluan harian meningkat.
Kalau dituduh ada hidden agenda pun logik

Anwar: Itu cuma 'kenyataan peribadi' Hadi
mk - 4:23PM - 25 Jan 2015

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya tempatan berpotensi mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei 1969, adalah pandangan peribadi presiden PAS itu.

Beliau berkata pelaksanaan pilihan raya itu perlu mengambil kira pandangan semua kaum.

Katanya lagi, ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum membuat sebarang keputusan, lapor Sinar Harian Online hari ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya,” katanya seperti dilapor portal berita itu hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat esok seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa Anwar akan menghubungi Abdul Hadi dan pemimpin DAP Lim Kit Siang berhubung isu itu.
 
Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Abdul Hadi antara lain menyuarakan kerisauannya berhubung pilihan raya tempatan itu boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina.

Hadi turut membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum.

Kenyataannya itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk DAP dan NGO.

1 comment:

  1. Sedara Admin,
    Dah hilang sabar ke? Hari nI LKS dan TGHH akan dihubungi Anwar dan berkemungkinan mesyuarat pimpinan Presiden PR akan diadakan dalam masa terdekat? Jangan melatah dulu kita tunggu dan lihat bagaimana Anwar mententeramkan mereka.

    Kehebatan Anwar memang diperlukan disituasi ini. LKS dengan dendam kesumatnya akan memboikot mesyuarat presiden akan datang ekoran tidak bersetuju dengan agenda Hudud PAS. TGHH pula tidak mudah tunduk dengan kehendak LKS. Sejauh mana Anwar dapat merungkaikan masalah ini kita sama-sama tunggu dan lihat.

    Anwar akan menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan yang dianugerahkan olehNYA dengan kejujuran dan keikhlasan terhadap sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat dan tidak terlepas juga dari amanah dan tanggungjawab terhadap sesuatu yang melibatkan Akhirat. Jangan kerana undi cina Anwar menjadi seperti lalang yang tiada teras kekuatan. Gunakan lah kejujuran itu dengan seikhlasnya. Itu lah harapan kami.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa