Sunday, January 18, 2015

'Mana komen Lim tentang lantikan isterinya?'

mk - 2:52PM - 18 Jan 2015

Media arus perdana didakwa bersikap berat sebelah dalam laporan berkaitan pelantikan isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

Setiausaha akhbar Lim, Cheong Yin Fan, berkata media arus perdana terus melancarkan “serangan politik BN” terhadap Lim tanpa memuatkan ulasan majikan beliau itu.

Isteri Lim, Betty Chew, bagaimanapun menolak pencalonan PCCC untuk mengetuai jawatankuasa perkhidmatan harta tanah.

Lim kemudian menjelaskan isu konflik kepentingan sama sekali tidak timbul kerana Chew menolak jawatan itu.

“Walaupun media arus perdana mempunyai hak untuk melakukannya termasuk mengambil pendekatan memihak, mereka malangnya gagal berlaku adil dengan mencetak penjelasan penuh ketua menteri,” kata Cheong dalam kenyataannya hari ini.

2 comments:

  1. Apa perlu dirungsingkan, kemukakan saman meminta akhbar arus perdana itu menyiarkan pemberitaan sepenuhnya, jika media itu gagal melakukan dlm tempoh yg diberi, heret ke mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Guan Eng dan Betty Chew bukan orang orang memudharatkan rakyat...

    Orang orang bahalol saja mendatangkan masalah kepada rakyat.

    Mana nak sama orang orang bhalalol dengan bukan bahalol.

    Betty Chew jadi MB Kelantan pun dapat tarik pelabur asing. Pelabur tengok pemimpin bijak dan bukan orang orang Bahalol.

    Myka bahalol sama saja di mana mana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa