Friday, January 30, 2015

Memang benar telahan saya, bukan?

Tajuk berkaitan sebelumnya  di sini

Mamat di bawah ni pakai media UMNO-Online
Patutlah senada jer........
Ooii.....masuk UMNO terus lagi jelas....takyah nak berselindung!

Soalnya Anwar terlampau politiking atau 
Terlalu sukar mengatasi kelicikan Anwar?
Dan kenapa hanya PAS yang memberontak, tidak DAP?

'Langkah Kajang' -  bukankah PAS dan pimpinannya ikut sama berkempen?
Adakah bodoh sangat PAS ni, melakukan sesuatu tanpa tahu apa yang dibuat?
Tak tanya dan tak nak faham dulu, pakai ikut melulu......kalau gitu betullah yang dihebohkan tu.....dicucuk hidung!
Biasanya kalau binatang, bintang yang kuat tapi bodoh saja yang dicucuk hidung.....

Pemimpin PAS selama ini julang “biawak hidup”
FMT - January 30, 2015
Sikap politiking Anwar sebenarnya telah lama menimbulkan masalah di dalam pakatan pembangkang dan kepimpinan PAS kini telah menyedarinya
Mohamed Hafiz Mohamed NordinPETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali bahawa pakatan akan lebih kuat sekiranya Anwar ke penjara seolah-olah memberi isyarat bahawa sememangnya kepimpinan Anwar telah melemahkan pakatan pembangkang ekoran timbulnya pelbagai masalah hasil permainan politik beliau.
Ujarnya, sikap politiking Anwar sebenarnya telah lama menimbulkan masalah di dalam pakatan pembangkang dan kepimpinan PAS telah menyedari serta mengakui hakikat akan perkara ini.
“Saya kira kepimpinan PAS hari ini baru nampak bahawa sikap Anwarlah yang sebenarnya telah banyak menimbulkan masalah di dalam pakatan pembangkang. ‘Langkah Kajang’ bagi saya merupakan titik permulaan yang memperlihatkan sikap tamak dan diktator Anwar dalam memimpin.
“Setelah ‘Langkah Kajang’ yang dicetuskan oleh Anwar, barulah kepimpinan PAS nampak jelas sikap Anwar kerana banyak perkara diputuskannya sendiri tanpa berbincang terlebih dulu dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain.
“Isu ‘Langkah Kajang’ kemudiannya kepada isu kemelut Menteri Besar Selangor sebenarnya telah membuka mata kepimpinan pakatan pembangkang khususnya PAS terhadap sikap Anwar yang tamak serta memaksa orang lain agar hanya ikut saja apa pandangan dan cadangan beliau,” lapor UMNO-Online hari ini.
Malah kata beliau lagi, ketidakhadiran Presiden PAS di dalam mesyuarat pakatan pembangkang juga adalah disebabkan sikap Anwar yang memimpin secara diktator dan membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dulu dengan kepimpinan pakatan yang lain.
“Kata Haji Hadi, buat apa nak pergi mesyuarat kalau sekadar datang untuk mendengar keputusan yang ditelah diatur dan dicatur tanpa penglibatan kepimpinan yang lain. Itu juga merupakan punca terbesar mengapa Presiden PAS tidak lagi menghadiri mesyuarat kepimpinan pembangkang yang menjadi isu baru-baru ini,” ujarnya.
Begitu juga dengan sikap Anwar yang meletakkan proksi politiknya di dalam parti tersebut yang akhirnya telah menjadikan parti itu berada dalam keadaan konflik perpecahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Dalam isu perpecahan PAS, Anwar jugalah yang menjadi puncanya. Biarpun tidak secara terang-terang, namun agenda politik Anwar yang mahu menguasai PAS dari dalam dengan meletakkan penyokong dan pengikutnya dalam jawatankuasa tertinggi PAS juga adalah faktor terbesar punca perpecahan di dalam PAS.
“Berdasarkan rentetan di atas, apa yang jelas kenyataan Setiausaha Agung PAS itu memberi makna bahawa selama kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang menjadikan pakatan pembangkang semakin lemah, malah PAS sendiri turut bergolak dengan dahsyat malahan tidak pernah terjadi sebelum ini.
“Saya agak lega apabila hari ini kepimpinan PAS sudah membuka mata dengan permainan politik Anwar dan mereka juga telah sedar bahawa selama ini, mereka seolah-olah memikul biawak hidup yang akhirnya merosakkan permuafakatan dan keutuhan di dalam pakatan pembangkang, khususnya di dalam PAS itu sendiri,” akhiri beliau.

13 comments:

  1. Yg sebenarnya menjadi biawak hidup adalah TGHH presiden PAS itu sendiri. Bila bercakap asyik kluk klek, dah tu boleh buat u-turn pula ikut kepala dia. Tidak cukup dgn itu, fitnah pil kuda, meletakkan calon PAS bersama di kerusi PKR vs UMNO, membaruakan pemimpin sendiri, tuduh broker ikut sedap mulut dan bersekongkol dgn UMNO secara bersembunyi. Mesyuarat pemimpin PR dia hanya hantar wakil yg tidak boleh buat keputusan, mengapakah dia sendiri tidak mahu hadir? Oh ya dia ada kuasa veto mengatasi MSU, satu-satunya presiden PAS selama ini yg ada kuasa veto. Tambahan lagi dgn lembabnya dia membuat keputusan, angkuh dan ada lagi jika hendak disenaraikan. Ustaz Hafiz Nordin, kau pikullah biawak hidup itu, jangan kau cuba memperdaya kami dgn menuding punca masalah adalah disebabkan oleh individu lain.

    Ahli PAS,
    Bekas penuntut Ustaz Fadhil Noor.

    ReplyDelete
  2. Hairan kenapa puak2 ni bengong..................patut la pas pulau pinang ade satu kerusi je! Orang melayu dan islam pangkah hamno.......kih kih kih! Kesian kat ust salleh.......nak harap kat puak ni alamat jadi tikus membaiki labu le.........selamat syurrrrrrrr sheikh. Akai tak dak!

    ReplyDelete
  3. Mustapa Ali dan TGHH sekapal.

    ReplyDelete
  4. Asm.Ahli PAS harus membuat keputusan bertahan dengan keputusan Muktamar sejak empat Muktamar yang lepas. Untuk tahun ini dan seterusnya angkatlah Ustaz Tuan Ibrahm Tuan Man sebagai Presiden. Beliau dan Tuan Hj Mat Sabu dan golongan Class Pertama Insya Allah akan mampu meneraju PAS ke tahap yang lebih maju dari zaman Allahyarham Tuan Hj Yusof Rwa, zaman Allahyarham Ustaz Hj Fadzil Nor dan zaman Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz masih aktif, berkuasa dan bertenaga. Presiden semasa bolehlah diangkat menjadi Mursyidul Am. Beliau dan Timbalan MA semasa serta semua ulamak cap ayam bolehlah menganggotai Majlis MA. PAS tidak perlu pemimpin yang tidak faham untuk membahaskan perkara penting seperti Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Amat memalukan mendengar tahap SPR. kerana tak ada Class lah puak-puak ini disokong oleh musuh.Senang dicucuk hidung. Intelligent tahap menengah rendah, performance tahap guru sekolah rendah tapi bercita-cita tinggi, cemburu dan mudah tergoda dengan umpan musuh. Memang Class tidak menepati Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz. Musuh tidak pernah mampu berhadapan atau menggoda beliau. Insya Allah Tuan Ibrahim Tuan Man dan pasukan yang disebut awal tadi mampu, kerana ada Class, intelligence dan performance untuk menjada regu yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan regu dalam PR. Ahli PAS jangan lupa Setiausha Agung, relik kerajaan perpadua dahulukala yan kategori bahan museum itu diberhentikan dan cadang memohon jawatan ketua kampong UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah la lantik hadi sebagai mursyidul am sebab sosok ini tidak sesuai..PERENGUS DAN SUKA PANGGIL ORANG DENGAN GELARAN TIDAK BAIK. Walsupun jadi naib ketua ulama sedunia, perangai beliau macam kepala gangster

      Delete
  5. aduhai pak din...
    1/2 dlm pas nak wujudkan mazhab firaun pulak ke di malaysia ni...
    satu malaysia disalahkan krn pertahankan seorg presiden.
    parti firaun kah ini,sampai tak blh ditegur dan di kritik....
    sanggup fitnah Anwar Ibrahim pulak dah....
    adoiiiiii....
    patutlah Allah tak pernah bg PAS perintah malaysia.baru jd presiden parti pun dah hampir hampir nak jd diktator.
    tulah hikmah rupanya

    ReplyDelete
  6. Saya berfikir sejenak dan terfikir mengapa TGHH selalu ponting mesyuarat. Beliau tidak mampu atau berdaya membawa idea bernas kedalam mesyuarat Presiden. Bila rakan rakannya dalam PR mengutarakan sesuatu cadangan baru kemusyarat,idea yang munkin tidak disukainya, beliau tidak berupaya mematahkan idea itu dengan hujah yang munasabah menyebabkan beliau berasa jemu dan terpinggir barangkali.

    ReplyDelete
  7. Asm. Kepada para ahli dan penyokong PAS belum terlalu lewat tuk bergerak dan bertindak.Dalam Muktamar tahun ini, kekalkan berpegang teguh dengan keputusan yang konsisten untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Politik Bangsa bukan milik sesiapa pun pemimpin DAP, PKR atau PAS. Pemimpin semasa akan pergi bila tiba tempohnya. Yang kekal dan wajib diteruskan adalah wadah perjuangan. Maka pada Muktamar tahun ini ahli PAS wajib mengangkat dan menobatkan Ustaz Hj Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden. beliau adalah tokoh berwibawa yang akan bergerak maju bersama Tuan Hj Mat Sabu dan angkatan lain, membawa PAS menjadi regu mantap, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin DAP dan PKR. Presiden semasa bolehlah diangkat sebagai Mursyidul Am.kumpulan kecil ulamak cap ayam bolehlah join menjadi Ahli Majlis MA, yang hanya bercakap mengenai hukum hakam sahaja. Amat memalukan lagi mengelirukan puak cap ayam ini mengulas dan memberi komen tahap SPR mengenai masalah nasional. Mereka tidak faham apa utu Pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam sistem lperwakilan rakyat negara, memberi komen kelas rendah. Ahli PAS harus sedar bahawa oleh kerana intelligence dan performance mereka rendah, tetapi bernafsu tinngi, yang tidak setimpal dengan Class merekalah puak ini menjadi kerbau tunggangan musuh. Musuh tidak berjaya melemahkan Allahyarham Tuan Hj Mohd Yusof Rawa, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Hj Nik Abdul Azizi. Mereka ini intelligent dan performance Class A. Dan paling utama mereke kuat berpegang kepada Al Quran dan Sunnah teguh taat pada perjuangan dan tidak dapat diumpan musuh. Paling utama mereka menerang jalan dan membina jambatan, bukan cari gaduh dengan kawan dan khianat kawan. Selain dari gulungan low mentaliti ini didalam PAS ada gulungan cerdik pandai yang berlakon dan tipu golongan cap ayam tadi bagi pihak musuh. Timbalan MA semasa adalah contoh terbaik. Saya cabar ahli PAS, apakah kekuatan ilmu politik seorang Presiden yang memerintah Trengganu selama satu penggal sahaja, kehilangan Kedah atas perhitungan kronisma dan hilang wibawa dinegeri lain kerana lok lek dan u turn? Apa kelas Timbalan MA yang berkali-kali tumpas di kampong halaman sendiri? Setiausha Agong kroni yang tumpang sekaki main politik tetapi tidak berani bertanding apa-apa jawatan, tetapi heboh buat statement bodoh, tanpa locus standi, yang setiap kali wajib diselamatkan oleh Tuan Hj Mat Sabu Atau Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sejak dua tahun kebelakangn ini PAS parah dan lemah angkara puan yang ketinggalan zaman dan ulamak setengah masak. takbiiiiir.

    ReplyDelete
  8. Asm. Kepada para ahli dan penyokong PAS belum terlalu lewat tuk bergerak dan bertindak.Dalam Muktamar tahun ini, kekalkan berpegang teguh dengan keputusan yang konsisten untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Politik Bangsa bukan milik sesiapa pun pemimpin DAP, PKR atau PAS. Pemimpin semasa akan pergi bila tiba tempohnya. Yang kekal dan wajib diteruskan adalah wadah perjuangan. Maka pada Muktamar tahun ini ahli PAS wajib mengangkat dan menobatkan Ustaz Hj Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden. beliau adalah tokoh berwibawa yang akan bergerak maju bersama Tuan Hj Mat Sabu dan angkatan lain, membawa PAS menjadi regu mantap, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin DAP dan PKR. Presiden semasa bolehlah diangkat sebagai Mursyidul Am.kumpulan kecil ulamak cap ayam bolehlah join menjadi Ahli Majlis MA, yang hanya bercakap mengenai hukum hakam sahaja. Amat memalukan lagi mengelirukan puak cap ayam ini mengulas dan memberi komen tahap SPR mengenai masalah nasional. Mereka tidak faham apa utu Pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam sistem lperwakilan rakyat negara, memberi komen kelas rendah. Ahli PAS harus sedar bahawa oleh kerana intelligence dan performance mereka rendah, tetapi bernafsu tinngi, yang tidak setimpal dengan Class merekalah puak ini menjadi kerbau tunggangan musuh. Musuh tidak berjaya melemahkan Allahyarham Tuan Hj Mohd Yusof Rawa, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Hj Nik Abdul Azizi. Mereka ini intelligent dan performance Class A. Dan paling utama mereke kuat berpegang kepada Al Quran dan Sunnah teguh taat pada perjuangan dan tidak dapat diumpan musuh. Paling utama mereka menerang jalan dan membina jambatan, bukan cari gaduh dengan kawan dan khianat kawan. Selain dari gulungan low mentaliti ini didalam PAS ada gulungan cerdik pandai yang berlakon dan tipu golongan cap ayam tadi bagi pihak musuh. Timbalan MA semasa adalah contoh terbaik. Saya cabar ahli PAS, apakah kekuatan ilmu politik seorang Presiden yang memerintah Trengganu selama satu penggal sahaja, kehilangan Kedah atas perhitungan kronisma dan hilang wibawa dinegeri lain kerana lok lek dan u turn? Apa kelas Timbalan MA yang berkali-kali tumpas di kampong halaman sendiri? Setiausha Agong kroni yang tumpang sekaki main politik tetapi tidak berani bertanding apa-apa jawatan, tetapi heboh buat statement bodoh, tanpa locus standi, yang setiap kali wajib diselamatkan oleh Tuan Hj Mat Sabu Atau Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sejak dua tahun kebelakangn ini PAS parah dan lemah angkara puan yang ketinggalan zaman dan ulamak setengah masak. takbiiiiir.

    ReplyDelete
  9. aku setuju ngan 2 komen tu tak payah aku nak tambah lagi,bila tambah akan bertambah sakit hati aku ngan yang duk sanjung sangat puak2 UG/GU ni,mata ja celik tapi hati buta,tak leh nak beza nak satu yang betoi.acap kali hj hadi wat statemen yang tak pa2 kadang sakit hati bila dia bersuara 'atas saya nak hadir ke tak' itu lah akhlak salah sorang yang dilantik menjadi ulama dunia.sorang lagu yang jadi duri dalam pas stopa ali tak cakap la wat bertambah sakit hati.yang tukang kondem orang u setat satipol bahri mamat n u setat mokhtar senik ketua dewan ulama pahang,yg duk perli yb husam musa hinggakan disuruh letak jawatan dan kuar dari pas yb sepang dan yb shah alam.bab hukam hakam agama islam aku respek.bab politik hancuz.kita yang ahli biasa setakat cakap kat kopi ja gamaknya sebab puak UG/GU yak akan layan cadangan dan rintihan kita.tengoklah apa yang berlaku kat peguam muda tu?apa kata u setat satisampol tu kat peguam muda tu?bila kritik sikit suruh kuar parti.takkan kemana parti pas ni,takut akan jadi 'HAMPAS'ja kot.tak taulah adakah penumpang yang bukan ISLAM akan masih mahu menumpang bahtera PAS yg berlaksamanakan hj hadi n gang UG/GU tu?....fikir2kanlah!!!!

    ReplyDelete
  10. Elok sangatlah tu anak murid arwah ustz Fadhil pun dah mula bersuara mesti ada sesuatu yang tak betul nie dalam kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuang Presideng TGHHA tu eloklah pengikut PAS buat sesuatu bagi membaikpulih perjuangan PAS seperti asal jangan biarkan semua penyokong Tuang Presideng dari Terang Ga Nu merosakkan lagi keparahan PAS dari merebak sebab sekarang ahli bawahan pun sudah mula celik hati dari buta mata yang selama ini diwalakan dengan kata-kata ulama yang berserban dan pak lebai kopiah puteh.

    ReplyDelete
  11. Anon 10:55 PM

    Sedih....dulu sebelum kemenangan PAS di Kelantan tahun 90' Pak Din dan isteri berkorban tenaga dan wang ringgit kerana PAS kerana percaya kepada keikhlasan pimpinannya tapi malangnya bukan semuanya begitu.

    Salah Anwar adalah terlalu idealis mereka tak terkejar!

    ReplyDelete
  12. Tuan Ibrahim Tuan Man tak boleh... dia pun ada bau UG, malah cakap belit-belit, lain orang cakap, lain yang dia ulas. Kita tak mau UG jadi Presiden sebab darah mereka ada peratusan assabiyah Melayu. Kita mahu individu yang ikhlas pada Islam tetapi pada masa yang sama bijak di dalam menyatukan masyarakat. Cari lagi, pasti ada seseorang yang benar-benar sesuai untuk menjadi Presiden PAS. Mungkin dia tidak berada di barisan kepimpinan kini, tapi dia adalah dihormati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa