Wednesday, January 28, 2015

Nampaknya PAS lebih suka Anwar ke Penjara!

Suara beginikah yang patut dijadikan kawan?
Tak tahulah...dia ni celupar, bodoh atau nyanyuk?
Aku bukan kisahkan apakah keputusan Mahkamah Persekutuan
Itu hak Mahkamahlah...........adil tak adil bukan soal aku.....itu soal mereka dengan Tuhan!
Bagi orang kelantan, mereka telah lama maklum dari datuk nenek lagi bagaimana perangai mereka-mereka dari sebelah sini - harap maaf!

Aku nak ungkit sikitlaa........

Walau masa penubuhan BA dulu PKR ada Wan Azizah dan Almarhum Ust. Fadhil Noor Presiden PAS
Tapi.......hampa tengok sekarang siapa yang menerajui PAS dan siapa pula sebagai Ketua Umum PKR?
Adakah Nakhoda dan pasukan pengemudi PAS sekarang sebijak dan berhikmah sebagaimana Almarhum Ust. Fadhil Noor dan teamnya dulu?
Adakah BA berjaya membawa kejayaan sebagaimana PRU13 dengan bahtera longgar PR?
Yang aku nampak sebenarnya mereka tidak selesa dengan Anwar kerana mereka tidak mampu menyaingi kecerdikan dan kelicikan Anwar dan LKS!

Dan yang di luar sana yang masih belum berparti mungkin ramai tak akan hingin dengan PAS bawaan kepimpinan yang ada sekarang. PKR pun dua kali lima juga cuma tak nampak sangat bodoh-sombongnya.


Jadi korang agaklah parti mana yang akan jadi pilihan mereka (anak muda)?

Aku sedar dengan kata-kataku ini ramai yang akan marah dan balun aku. Tapi tak apa, apa yang lama aku terkilan aku luahkan.......
Adakah Hadi dan Mustafa ini akhirnya akan menurut jejak Arwah Dato' Asri dan Nakhaie?

Pakatan lebih kukuh jika Anwar dipenjara, kata PAS
Published: 28 January 2015 12:19 PM
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara juga PKR masih berjalan, dan tiada masalah sekiranya beliau dihumban ke penjara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2015.

PAS menyifatkan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuan kes Liwat II dan dihumbankan ke penjara, hubungan Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi lebih kukuh.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, semasa penubuhan Barisan Alternatif (BA) sebelum tertubuhnya PR, Anwar ketika itu berada di penjara dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengetuai PKR. 
“Itu bukan sebab, lagi kukuh PR. Sebab kita kena bertanggungjawab meneruskan.
“Tidak ada orang itu pun tidak ada masalah. Waktu kita tubuh BA dulu pun Anwar masih di dalam (penjara)tetapi masih jalan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
“Anwar tiada, Kak Wan ada, Azmin ada, itu pimpinan mereka. Presiden, timbalan. Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang,” katanya merujuk kepada Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Mengulas mengenai perselisihan di antara PAS dan DAP, Mustafa berkata parti Islam itu belum sampai ke tahap mengambil keputusan meninggalkan PR.
“Tak berbangkit isu itu. Jangan cepat sangat.
“Niat tiada siapa tahu, di dalam hati,” katanya sambil tertawa menjawab soalan daripada pemberita. Mustafa turut diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang mendakwa Umno dan PAS mungkin akan membentuk kerajaan perpaduan sekiranya Anwar ke penjara.
“Saya tak pernah berhubung dengan MCA. Tak tahu dia kata apa. Dia pun tak pernah tanya saya,” katanya.
Semalam, Chong mendakwa jika Anwar dipenjarakan, PR akan kehilangan orang penting yang boleh menyatukan parti dalam PR, lapor media.
"PAS dan DAP mungkin berpecah dan kita mungkin menyaksikan Umno dan PAS membentuk gabungan lain di Kelantan.
"Ia berlaku sebelum ini (kerajaan perpaduan) dan ia boleh berlaku lagi.
"Mengapa tidak? Politik adalah dinamik, tetapi halangan sekarang ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyokong (kerajaan perpaduan),” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini. – 28 Januari, 2015.

11 comments:

  1. Sedara Admin,

    Jangan terlampau bergantung harap kepada seseorang kerana ini akan melemahkan sedara. Sedara kena ada jugak pemaim simpanan yang boleh sedara bergantung harap apabila tiba masa kecemasan. Kita tak tahu apa akan jadi semasa perlawanan sedang berlangsung. Mungkin sedara boleh "reserved" LKS sebagai pengganti.

    ReplyDelete
  2. Mustafa Ali semasa jadi timb menteri di tahun 70an duduk dan mkn semeja dgn kaki judi kaki spender dan kaki togok todi di meja umno... Inilah haiwan bernama stopa Ali darah biru bn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan

      Sedikit pembetulan fakta

      Mustafa Ali menjawat jawatan setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan danPerindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977.

      Delete
  3. Budak Bahalol gagal menguasai diri dari nafsu kuat akan membebankan rakan lain yang bijak lagi waras.

    Hanya orang orang Melayu saja mengangkat orang bahalol sebagai pemimpin.

    Nak tahu bijak burok rakyat , tengok saja pada pemimpin nya.

    Apakah Keldai mampu meminpin kawanan kuda ???


    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  4. Sedara Bat8 dan Sedara Admin,

    Belum lagi tunggu la 10 hb dulu jangan cepat melenting. DSAI masih lagi bebas kesana dan kemari. Sebenarnya DSAI ada banyak masa untuk memulihkan PR tapi DSAI tidak berbuat begitu. Kenapa? Permasalahan didalam PR memerlukan perhatian serius dan DSAI tidak berusaha kearah itu. Kenapa mesyuarat presiden PR sudah lama tidak berlangsung? Selagi PAS dengan Hudud, LKS tidak akan hadir ke mesyuarat presiden PR. Siapa lagi boleh pujuk dan berbincang dengan LKS selain dari DSAI? Sama hal juga dengan TGHH yang berkeras mempertahankan teras perjuangan PAS. Siapa berani sentuh dan berbincang dengan TGHH selain dari Anwar? Bagi saya keadaan tidak berubah sekalipun DSAI dipenjara. Permasalahan PR akan berlarutan.

    Mustafa Ali mencabar LGE berdebat mengenai mengenai Hudud dan Pilihanraya PBT supaya masalah sebenar terungkai. Ayuh LGE sahut lah cabaran itu kalau betul kamu anak jantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga LGE sahut cabaran Mustafa Ali untuk berdebat pasal hudud dengan syarat lepas tu kena sambung debat pasal ugama buddha pulak.

      Baru adil. LGE buta hudud dan Mustafa Ali buta pasal ugama buddha.

      Delete
  5. Anon 6:30 PM dan 9:27 PM

    Apa yang saya maksudkan bukanlah bergantung harap kepada seorang pemimpin dan sama ada Anwar akan ke dalam atau tidak bukannya isu penting lagi kerana segala terserah kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.

    Apa yang menjadi isu pada saya sekarang ialah mulut celupar dan nilai persahabatan!

    Saya pernah bekerja di Terengganu dalam temph yang lama juga dan semasa saya kecil saya juga pernah tinggal di Terengganu. Maka saya faham dan rasanya amat arif dengan perangai dan nilai persahabatan di sini.

    ReplyDelete
  6. Sedara Bat8,

    Kita harap debat yang akan diadakan sedikit sebanyak dapat merungkaikan masalah yang berlarutan. Bukan nak debat mengenai kefahaman beragama. Saya pasti LGE dah faham dengan Islam, sudah lama LGE dengan Mat Sabu. Sedara kena lah bersikap matang dalam hal ini. Yang nak didebatkan nanti ialah sikap LGE yang membuat kenyataan tentang pilihanraya PBT yang melibatkan batang tubuh Mustaffa Ali sendiri. Apa yang dinyatakan oleh LGE disanggah oleh tuan punya tubuh. LGE kena berdepan dengan Mustaffa Ali, tunjukkan kejujuran dan nyatakan kebenaran secara berdepan.

    Kedua, pasal Hudud. LGE faham benar dengan Islam kalau nak dibandingkan dengan LKS. LGE pun faham benar kedudukan Hudud dalam Islam. Mat Sabu dah banyak kali menerangkan tentang Islam kepada LGE Kalau LGE berminat kepada Islam tak perlu lagi nak debat dengan Mustaffa Ali, dari dulu lagi dah LGE mengucap. Apa yang nak didebatkan ialah kenapa DAP berkeras dengan Hudud sehinggakan LKS akan memboikot mesyuarat presiden PR, nyatakan sebab-sebabnya biar rakyat menilai apa yang tersirat.

    Satu hal yang sedara Bat8 perlu sedar, Hudud bukan impian PAS atau angan-angan TGHH sebaliknya ia mesti menjadi agenda seluruh umat Islam dan sedara tidak dikecualikan. Apakah yang tersirat disebalik ketegasan LKS terhadap Hudud? Tiada siapa yang tahu selagi yang tersirat tidak diluahkan. LKS bukan saja berhadapan dengan TGHH tapi seluruh umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:42

      Semak balik fakta-fakta sdra, dan letakkan sikap patronising and i am always right ketepi. Saya tak bercadang nak respon kom3n sdra secara detail kerana rasannya tiada benda baru yang saya perlu tambah kepada komen diatas.

      1. Apa bukti LGE faham tentang Islam? Sebab dia be4kawan dengan mat sabu! Siapa mat Sabu....seorang yang mempunyai pengetahuan Islam setaraf TGHH dan TGNA ke?.....biaq betoi sdra nak buat ni sebgai hujah.

      2. Pengetahuan LGE t3ntang Islam masih rendah sebab kalau pengetahuan dia mendalam dia tentu boleh mengulas isu yang melibatkan Islam dengan l3bih detail, misalnya membawa contoh sunnah Nabi atau pendapat2 pendapat ulamak2 tert3ntu.

      3. Hudud tu diluar kerangka Islam ke? Sebab bila LGE be4debat dengan Mustafa Ali atas isu hudud ia takde bersangkut paut dengan ugama orang Islam ke?

      Kalau hudud tu berads diluar Islam betul la alasan sdra buat apa Mustafa Ali perlu berdebat pula pasal ugama buddha sebab ugama buddha itu ugama. Biaq betul logik sdra

      3. Dalam isu pilihanraya PBT ini, yang mula2 menyerang ialah Mustafa Ali atas kapasiti SUA PAS. LGE menjawab juga atas kapasiti SUA DAP.

      Macamana sdra kata LGE serang Mustafa Ali? Siapa sersng siapa dulu. Ke sdra pakai sifir ulamak UG PAS, kita boleh serang depa tapi depa tak boleh jawab balik. Depa kapiq kena terima je serangan kita.

      Itulah apa sdra kata kat atas.

      4. As para akhir komen sdra mengenai hudud, begini je la lantak sdrs la. Sekarang ni dah masuk peringkat PAS mengambil keputusan nak laksana juga kat Kelantan. Isunya ialah yang berkaitan perlaksanaannya sekarang. Soal hudud sapa ni dah basi. Dah patut selesai dan diselesaikan oleh PAS.

      Inilah masaalah orsng melayi nak buat sesuatu selalu tak menjadi. Berdegar2 nak buat tapi sampai bila2 pun dok tempat tu jugak tak bergerak2....

      I rest my case Yang Arif.......zzzzzzzzz......zzzzźzzzzz.....zzzzzzz

      Delete
  7. Sedara Bat8,

    Sedara masih lagi berfikiran kurang matang disini. Tulisan sedara disini sekadar untuk membela apa yang sedara tulis. Nampaknya LGE lebih faham pasal dari sedara Bat8.

    ReplyDelete
  8. Sedara Bat8,

    Betul ke sedara tak nak respon tulisan saya atau sedara sedang mencari alasan? I am always right tu sebenarnya datang dari diri sedara bukan saya. Sedara kena tumpukan soalan pokok bukan mencari alasan.

    Sedara, nak bagitau ni pasal LGE dengan kefahaman Islam macamana. Baca biar faham.

    Diawal LGE menjadi KM beliau begitu menghormati dan meyanjungi pemerintahan Islam sehinggakan beliau mengambil contoh pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan ikutan.Kenapa LGE tidak mengambil contoh Lee Kuan Yew atau Hang Li Po atau sesiapa yang hebat dalam pemerintahan yang boleh beliau kagumi? Tapi LGE memilih Khalifah Umar Abdul Aziz juga dan mengambil contoh pemerintahan Islam. Ini bukti LGE lebih memahami Islam. Nak suburkan Syiar Islam dan berdakwah tak payah nak tunggu Tuan Guru atau Ulamak sedara pun mampu berdakwah kalau hati sedara kearah itu.

    Sedara sudah terkeluar dari isu pokok. Hudud memang berada didalam kerangka Islam bukan Buddha. Isunya disini kenapa Buddha (LKS) bersungguh-sungguh menghalang Islam untuk melaksanakan Hudud diK'tan sehingga nak boikot mesyuarat presiden PR? Ini isu pokok. Saya rasa sedara tak boleh jawab ni hanya LKS yang boleh jawab.

    Masalah LGE dengan Mustaffa Ali biar mereka yang selesaikan. Biar mereka bersemuka dan tiada kaitan dengan sedara.

    Nak laksana hudud kena ada persetujuan diparlimen. Selagi Hudud tak terlaksana selagi tu belum selesai. Hukum Allah tidak akan basi selagi masih ada pejuang Islam yang memperjuangkannya. Ianya akan basi tanpa pejuang Islam dan berusaha separuh jalan seperti sedara yang berhujah hanya separuh dari isu pokok yang sebenar.

    Minta maaf sedara Bat8 kalau saya terkasar bahasa.


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa