Saturday, January 24, 2015

Perang proksi dalam UMNO dah menjadi semakin gila!

Daim diserang ugutan video seks, tapi tekanan tetap pada Najib
Published: 24 January 2015 7:01 AM
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini diserang dalam media arus perdana dan Internet dengan terbaru, diancam didedahkan video seksnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.

Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).
Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.
"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.
Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks,  tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.
Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.
Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.
Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.
Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi.
"Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.
“Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.
Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan “menikam balik” Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.
Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.
Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.
“Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.
“Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini,” kata Shahbudin.
Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.
Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.
Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.
Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.
Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib.
Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini.
Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.
"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.
"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.  – 24 Januari, 2015.

12 comments:

  1. Abe

    Ini satu perkembangan yang baik untuk kita rakyat dan berita yang mencemaskan bagi segelintir puak PAS yang bermimpin untuk betgabung dengan UMNO.

    Ugutan untuk menyiarkan video sex daim ini menandakan pergaduhan antara kem mahathir dan Najib adalah serius. Disatu segi menunjukkan betapa desperatenya Najib. Serangan terbaru ini juga tidak memberi sebarang pilihan lain kepada kem mahathir terutamanya kepada Daim melainkan terus menyerang balas Najib. Daim dalam usia sekarang sudah memileki semua termasuk maruah dirinya. Saya pasti dia tidak mahu tuduhan ini mencemarkan maruah dirinya setelah dia tiada nanti.

    Kita perlu ingat Mahathir dan Daim adalah fighters yang tidak mahu kalah sekali-kali. Bagi mereka, semua sudah mereka mileki dengan selamat ditangan mereka. Cuma maruah sahaja yang mereka tak boleh kawal jika tercemar. Jika kita faham ini, kita faham nilai maruah diri kepada mereka berdua diusia sekarang, kita tahu mereka berdua tidak akan undur sama sekali.

    Percayalah jika video s3x Daim menjadi peluru puak Najib, kita tahu puak Najib tidak mampu menghadapi mereka berdua. Najib yang memileki kuasa mutlak dinegara kita pun tak dpt menghapuskan Anwar yang hanya ada spender sahaja dengan kuasa yang dimileki, ini pula untuk menghadapi mereka berdua yang mempunyai kekuatan dan pengaruh yang jauh lebih besar dari Anwar.

    Abe...tolong beli popcorn dua....Abe satu ambo satu. Kita tengok thriller menarik ini. 2 cerita dalam 1. Satu drama UMNO dan satu lagi drama tok lebai PAS yang tergila-gila kat UMNO.

    ReplyDelete
  2. Ini semua kerja kerja gila nak menongkat langit

    Raja Abdullah yang kaya raya pun sudah mati sekarang kena seksa kubur.

    Orang orang politik ini tak ber fikir ke ???

    Kechik kechik ada belajar agama , bukan setan tetapi kenapa macam setan bila tua..?

    ReplyDelete
  3. Horrey,,,,,Anwar nak berUG dgn UMNO, padan dgn muka DAP dan PAS. PAS pun lambat sangat nak bersama Umno pada hal perkara ni telah lama dibincangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni monyet umngok ni dah termakan belacan ka...komen melalutlarut macam budak tetencat akal

      Delete
  4. Lancau dhg cerita sensasi politik Hutan ni.aku Dan rakyat Malaysia skarang ni tersepit dgn Harga barang yg melambung Naik.gaji ciput.jgn dok layan cerita yg mengarut ni.korang Pemimpin2 in tumpu pd menjaga harga barang yg mcm Celaka Mahal gila

    ReplyDelete
  5. Lancau dhg cerita sensasi politik Hutan ni.aku Dan rakyat Malaysia skarang ni tersepit dgn Harga barang yg melambung Naik.gaji ciput.jgn dok layan cerita yg mengarut ni.korang Pemimpin2 in tumpu pd menjaga harga barang yg mcm Celaka Mahal gila

    ReplyDelete
  6. camna ko bleh tau dia kena seksa kubur hehe..
    sempoi tol r...

    ReplyDelete
  7. Mengimbau kembali era madey ditahun 1998, najib telah menefaat kan teladan madey dlm usaha menjatuhkan Anwar. Umum ketahui bahawa macai utama dlm plot masa itu ialah daim dan megat. 'Tombak Awang Pulang Ke siti' what goes arround come arround. Yang penting bagi PR ialah konsisten dlm pendirian. Dulu pernyataan Anwar konsisten tentang Daim dan komplot madey, sekarang ni pun Anwar konsisten dgn pendiriaan nya sekiranya SPRM menyiasat. Namun ada puak2 yg menfitnahkan kerjasama dgn Najib. Ape ni? Sebagai rakyat kita mau semua kes disiasat tanpa pilehan......maka biarlah adegan adegan ni berlaku devinely, no human intervention. Perlu diingat bahawa Ameno lebih tua dr madey, maka utuk survive memerlukan pembahruan....jelas najib tidak bijak macam paklah juga, jika tidak berbuat demikian. Mungkin bagi najib sekarang, madey adalah setan yg dikenali, sebagaimana madey nyatakan suatu masa dulu......lagi what goes arround comes arround.......tiada yg sebenar seperti RasullAllah saw dlm hadith nya.

    ReplyDelete
  8. depa ni semua bukan setan tapi jebon ,zup zap zup zap ! apa punya kolom dok ada ! ABU !

    ReplyDelete
  9. Manusia dicipta sejak dari lahir hingga ke baligh dan berakhirnya dengan kain kapan dan talqim.Hanya dua perjuangan yang manusia tidak dapat mengelak dan harus dilalui setiap detik dan setiap kali menikmati keindahan dan kenikmatan ALLAH S.W.T. iaitu perjuangan mengumpul dosa atau mengumpul pahala. Tiada siapa boleh menafikan perkara itu.

    Hidup seharian penuh dengan dugaan Iman samada berpolitik, berkerjaya atau pun pergaulan dan apa saja perkara ianya akan melibatkan melibatkan dosa dan pahala mahu pun besar atau kecil.

    Kehidupan yang dianugerah hendaklah disulami dengan perkara-perkara yang boleh menjana pahala. Buat lah sesuatu perkara yang menjadi kewajipan sebagai umat ISLAM terhadap maha PENCIPTA. Setiap kekusutan ada jalan penyelesaiannya. Kembali lah kepada Al-Quran dan Al-Hadis rujuk lah, Ikut lah dan sanjungilah ayat-ayat Al-Quran jangan sekadar dijadiakan hiasan didinding rumah tanpa penghayatan.

    Krisis yang berlaku sekarang diantara UMNO dan PKR hanyalah bersifat duniawai dan perebutan kuasa dan pangkat. Apabila yang tersungkur rebah maka hilanglah kuasa yang menang pula akan merasa bangga kerana apa yang dimpikan sudah tercapai sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka sebagai umat atau pemimpin.

    Apa-apa permasalahan kamu diatas muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T ini rujukan kamu adalah Al-QURAN dan AL-HADIS. Bukan perlembagaan yang manusia cipta yang menjadi rujukan utama umat Islam. Ukurlah Iman dalam diri masing-masing apakah Iman kita sudah mencukupi? Bertaqwa lah kamu dengan sebenar-benar takwa kerana ia akan menjadi teman yang paling setia bukan saja didunia dan akhirat. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Najib dengan 1MDB ...Mhathir dan Daim dengan bank luar negara.
    Semua projek tak untungkan rakyat.
    Biar lah mereka berantakan....rakyat juga trrtipu.
    Bangkai gajah mana boleh tutup.......
    Kehancuran UMNO tak dapat dielakkan...
    Kalau tak hsncur keyakinan rakyat terhadap UMNO sudah tercalar....
    Bangsa Melayu akan berlagu NO..NO..NO dan UMNO terkubur tak bernesan macam terkuburnya Raja Abdullah.

    ReplyDelete
  11. ya inilah peluang pkr utk berUG dgn umno.........peduli apa dgn pas yg penting pkr untung UG ! UG ! UG! blogger cipan awal2 lg dah isytihar UG dgn umno dan sokong najib..........jom kita semua u turn ........inilah peluang terbaik kita serang dari dalam umno pulak !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa