Wednesday, January 14, 2015

Siapa yang gelabah ni?

Zam : Serangan TV3, senjata makan tuan
 | January 14, 2015
TV3 menggunakan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengancam Daim dengan sejarah lamanya hanyalah permainan politik yang kotor, tidak beretika, tidak profesional.
daimPETALING JAYA: Serangan peribadi TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilihat bukanlah suatu permainan politik atau perang saraf yang bijaksana.
Menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, apabila TV3 menggunakan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengancam Daim dengan sejarah lamanya hanyalah permainan politik yang kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah cara dan kualitinya yang tidak sepatutnya datang dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Zainuddin mengakui hak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menjawab semua kritikan terhadap pentadbirannya oleh Daim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times, Datuk A Kadir Jasin.
Bagaimanapun tegas beliau, media yang dianggap sebagai suara rasmi UMNO tidak seharusnya sampai kepada taraf menyerang peribadi dan menampakkan seolah-olah Najib berada dalam keadaan berperang dengan Daim atau Dr.Mahathir.
“Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang Mahathir tetapi saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Tun Daim kerana menyokong pandangan blogger Kadir Jasin dalam posting terbarunya yang melihat bahawa kecaman terhadap Tun Daim oleh Kumpulan Media Prima itu akan menikam balik Datuk Seri Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya,” jelasnya.
Menulis di dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com, beliau percaya Daim dan Dr Mahahtir sebagai pemimpin berwibawa yang dihormati tinggi oleh rakyat Malaysia dan antarabangsa tidak akan menggunakan cara yang paling tidak terhormat untuk mendedahkan maklumat yang lebih menyelerakan mengenai Najib.
Sebelum ini Kadir di dalam blognya menulis: ”Kalau mereka kata mereka ada maklumat ‘juicy’ (menggiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka”.
Zainuddin berkata, sejak awal beliau sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf telah menjangkakan bahawa serangan peribadi TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim pastinya umum akan merujukannya sebagai arahan serta mendapat keizinan dari Najib.
Beliau menambah: ”Dengan mudah orang di tepi jalan pun akan membuat kesimpulan demikian kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa media perdana NST, Berita Harian ,TV3 dan juga Utusan Malaysia adalah di tangan UMNO yang menerima arahan penting dari Jabatan Perdana Menteri atau terus dari Perdana Menteri dari masa ke masa.
“Saya melihat ini semata-mata dari segi profesionalisme dan juga pengalaman masa lalu,” ujarnya.

4 comments:

  1. kata seorang EEE ! kahkahkah ,ABU !

    ReplyDelete
  2. Jubor zam dalam pandangan najib kerana najib memang suka jubur EEEeeeeeeee......pirah mamak pedukang!

    ReplyDelete
  3. Ini bebende bahalol oleh orang orang bahalol dumbno tuk mensasau rakyat.

    Negara nak bankrap ; bankrap kan otak rakyat dulu.

    ReplyDelete
  4. ABU - Asalkan Bukan Umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa