Saturday, January 24, 2015

Yu tunggu Jong pecah?

Rakit penyelamat sudah pun disediakan.....

Di sebalik kemelut, DAP ambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’
PETALING JAYA: walaupun pergeseran antara DAP dan PAS semakin jelas kelihatan, dan pada masa sama dengan masalah dalaman PAS sendiri, DAP mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” dalam menghadapinya, berbanding memberikan reaksi yang hanya memburukkan lagi keadaan.
Sumber dalaman DAP pada 21 Januari lalu berkata, “persetujuan bersama” dalam parti itu adalah untuk menunggu keputusan pemilihan PAS - yang dijadualkan berlangsung Jun ini - sebelum mempuat apa-apa keputusan yang mungkin akan mengubah dinamik dalam Pakatan Rakyat.
“Banyak yang berlaku (dalam PAS)…Kami (DAP) secara umumnya setuju untuk menunggu sehingga pemilihan (PAS) dan lihat siapa yang ‘lebih di hadapan’,” katanya, merujuk kepada barisan pemimpin daripada “kumpulan berbeza” dalam parti Islam itu.
“Pada ketika ini, keadaan tidak menentu dan boleh berubah…Saya tidak fikir ada sesiapa yang dapat katakan dengan pasti apa yang sedang berlaku. Persetujuan umum (dalam DAP) adalah untuk membiarkan PAS menyelesaikan isunya sendiri (melalui pemilihan parti),” katanya ketika dihubungi Semut Harian.
Ketika diminta mengulas lawatan delegasi NGO berkaitan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) ke pejabat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam konteks hubungan antara  kem yang wujud dalam kedua-dua parti, beliau hanya berkata: “Kami (DAP) tentunya tidak boleh menolak kunjungan hormat.”
Walaupun menggelarkan diri mereka sebagai NGO berasaskan kebajikan, ahli PasMa lebih dianggap sebagai mewakili kumpulan “baru” dalam PAS, yang mampu memberi kesan ke atas dinamik antara pemimpin kumpulan konservatif dan progresif, malah juga antara parti komponen Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. 
Sebahagian pemerhati mengatakan, pertemuan antara DAP dan PasMa boleh memberi isyarat ada campur tangan dalam politik dalam PAS, atau akan memburukkan lagi konflik DAP-PAS. 
Malah, Presiden PasMa Phahrolrazi Zawawi dalam wawancara bersama Malaysiakini mengakui, kewujudan kumpulan itu boleh “memaksa PAS untuk memutuskan sama ada mahu kekal atau pun meninggalkan Pakatan Rakyat.” 
Dalam wawancara itu, Phahrolrazi juga sekali lagi menegaskan sokongan PasMa agar PAS terus bekerjasama dengan DAP dan PKR. Katanya lagi, ia juga menjadi salah satu sebab sikap “waspada” parti itu terhadap ahli PasMa – yang kebanyakannya adalah ahli PAS dan mungkin akan menjadi perwakilan yang boleh mengundi dalam pemilihan akan datang. 
Ketika ditanya sama ada PasMa dilihat sebagai ancaman kepada PAS, Phahrolrazi dilaporkan berkata: “Anggapan itu hanya pada peringkat Jawatankuasa Pusat, tetapi tidak di peringkat negeri.”
 “Kami adalah kuasa ketiga. Jika ada keperluan untuk kami menyokong Pakatan rakyat ketika pilihan raya, kami akan lakukannya. Jika ada apa-apa kekurangan, kami akan melengkapinya,” kata Adun PAS Pengkalan Kundor itu lagi. 
Berhubung dinamik kumpulan-kumpulan berbeza dalam PAS, Phahrolrazi bertegas bahawa PasMa ditubuhkan sebagai NGO, namun pada masa sama bertindak sebagai “kumpulan pendesak” yang tidak boleh dipandang remeh. 
Sementara itu, sumber dalaman DAP itu juga mendakwa, ada pemimpin PAS daripada Kelantan yang cuba “menduduki tingkat moral yang lebih tinggi” dengan menjuarai isu hudud dan membelakangkan persetujuan bersama dalam Pakatan, dengan harapan dapat menyelamatkan kedudukan mereka atau mendaki hirarki parti dalam pemilihan akan datang.
“Ia adalah pertembungan dalam PAS, dan ada pemimpin yang cuba mendapat kelebihan berbanding seteru mereka (daripada kumpulan progresif) menjelang pemilihan,” katanya lagi. 
Kerajaan PAS Kelantan pada mulanya dijadualkan untuk mengadakan sidang DUN tergempar 29 Desember lalu untuk membentangkan pindaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993. Ia untuk membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang Hudud. Namun sidang itu dibatalkan ekoran banjir besar yang melanda pantai timur.
Ketika itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz adalah antara pemimpin PAS yang secara terbuka mempertahankan langkah tersebut, walaupun dibantah rakan-rakan Pakatan. 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga baru-baru ini menuduh pemimpin DAP sebagai “angkuh” dan “tidak konsisten”. Katanya, ini kerana DAP menolak pelaksanaan hudud PAS namun pada masa sama menyokong rancangan mereka sendiri untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, walaupun kedua-duanya bukanlah termasuk dalam dasar bersama Pakatan Rakyat.
Sebagai reaksi balas, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dalam kenyataan 21 Januari lalu mempersoalkan kesesuaian waktu kenyataan Mustafa itu, dan mengingatkan PAS bahawa wakil tunggalnya di DUN Pulau Pinang tidak mengundi membantah Rang Undang-undang Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 ketika ia dibentang dan diluluskan pada tahun tersebut.

4 comments:

  1. PAS memang bahalol.

    Bagi terengganu pun hancur , Kedah pun hancur. Kelantan kena banjir pun hancur.

    Orang Bahalol PAS jadi ketua , lebih burok dari Unta atau Keldai.

    Itu lah sebab orang orang Melayu rata rata miskin papa kedana ketana malas dan benggap ; di sub con ke pimpinan ke orang orang dungu.

    Apa pun gagal bila si dungu fi ajak bekerja tuk kemajuan.

    Melayu gagal salah kan bangsa lain.

    Bahalol betul gaya nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tak bahalol... yg bahalol cuma org yg memimpin jer...

      Delete
  2. Sedara Bahalol,
    Jangan nak salahkan Melayu....PKR pun Melayu, UMNO pun Melayu...peyokong PKR papa kedana, penyokong UMNO pun papa kedana PAS dah lama papa kedana yang kaya-raya hanyalah pemimpin yang diangkat jadi
    " Taukeh".

    ReplyDelete
  3. Hanya saja rakit yang mampu disediakan oleh PasMa. Berakitlah PasMa ditengah lautan meninggalkan Bahtera PAS, berakitlahlah menuju ke Bahtera DAP dan PKR sebelum taufan melanda.
    Pastikan bekalan yang dibawa mencukupi dan jangan sekali-kali dibawa pejuang atau perjuangan Islam bersama kerana dikhuatiri akan dihalau. Selamat berakit kepada PasMa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa