Wednesday, January 28, 2015

Zaidi dianianya lagi!

Sudahlah bayangan dibuang sebelum Mahkamah selesai sidang
Gaji pula ditarik balik sebelum dibuang secara rasmi?

Zaidi dakwa gaji 'ditarik balik'
mk - 7:00PM - 27 Jan 2015

Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.

"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.

"Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya pada 22 Januari tetapi dikeluarkan pada hari sama," katanya dalam kenyataan yang dilampirkan dengan penyata tersebut.

Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.


Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.

"Sehingga kini tiada surat rasmi dari tentera udara menyatakan hukuman mahkamah tentera sudah dimuktamadkan.

"Tiada juga sebarang surat menyatakan saya dipecat secara rasmi dari tentera udara," katanya.

Secara sinis, Zaidi berkata beliau kini perlu menoreh getah untuk menyara hidupnya - satu rujukan kepada komen Facebook yang didakwa dibuat oleh seorang ahli mahkamah yang mengadili kesnya.

"Bermula esok, saya mungkin perlu menoreh getah atau menjala ikan untuk menyara keluarga," katanya.

5 comments:

  1. Doa orang yg teraniaya/dizalimi insyaAllah akan cepat dimakbulkan Allah SWT akan permohonannya. Mereka yg menganiaya/menzalimi itu adalah terdiri daripada golongan yg langsung tiada sedikitpun di dalam hatinya takut kpd balasan daripada Allah SWT. Jelas dan nyata sekali bahawa Zaidi serta keluarganya adalah pihak yg teraniaya itu.

    ReplyDelete
  2. Hey there, great website. Keep going the good work.

    ReplyDelete
  3. Allah bersama saudara.sejumlah wang yang sederhana sudah cukup untuk menyara keluarga kerana sdaudara ada;ah manusia mulia,tidak makan rasuah,tidak membazir dan saudara kan di tengangkan hati olaeh Allah yang maha berkuasa.insyallah

    ReplyDelete
  4. Allah bersama saudara.sejumlah wang yang sederhana sudah cukup untuk menyara keluarga kerana sdaudara ada;ah manusia mulia,tidak makan rasuah,tidak membazir dan saudara kan di tengangkan hati olaeh Allah yang maha berkuasa.insyallah

    ReplyDelete
  5. Orang kena aniaya tak rugi

    Doa pada Allah SWT dan sabar

    Lahanat lahanat pasti ter sungkur

    Lahanat itu pun makan gaji dari cukai duit Cina pun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa