Thursday, March 19, 2015

Agak-agak menteri mana yang sanggup?

Pada aku perkara ini terpulang kepada PM.........tengok apa kenyataannya berkaitan nanti
Kalau PM berpendirian macam YB Alwi, insya Allah akan berjaya

BN sokong hudud Kelantan di Parlimen jika menteri bentang, kata Husam
Published: 19 March 2015 3:28 PM
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa berkata rang undang-undang hudud lebih mudah disokong jika menteri yang bentang di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2015.

Datuk Husam Musa menjelaskan tiada masalah bagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen jika ia dibentangkan menteri Kabinet.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, hukuman hudud yang akan diguna pakai Kelantan tidak wajar memberi ketakutan kepada golongan tertentu kerana hampir keseluruhan enakmen berkenaan mengenai kesalahan syariah.
“Jika ia dibawa oleh menteri, tentulah dengan kuasa whip yang ada, semua ahli Parlimen daripada parti kerajaan baik MCA, MIC, Gerakan dan wakil dari Sabah dan Sarawak wajib menyokong dan ini memudahkan kelulusan walaupun pindaan seperti itu hanya memerlukan majoriti mudah.
“Ia juga tidak menakutkan sesetengah pihak di luar batasan sepatutnya kerana 4 kesalahan yang akan terlibat lebih berbentuk kesalahan syariah 100% dan tidak melibatkan kuasa dan kesalahan di bawah Kanun Kesalahan Jenayah kecuali kesalahan liwat,” kata naib presiden PAS itu.
Husam berkata demikian ketika menyokong usul pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan DUN Kelantan hari ini.
Katanya, majoriti rakyat Kelantan yang mengundi PAS berkali-kali ingin melihat pelaksanaan enakmen ini diangkat penuh bijaksana, cermat dan berjaya.
“Bukan semata-mata kehebohan-kehebohan dan cabar-mencabar melebihi keperluan sebenar, tetapi akhirnya terbantut. Semangat permuafakatan lebih memudahkan laluan berbanding dilihat menonjolkan keangkuhan dan kesombongan.
“Saya juga yakin kita semua mengangkat agenda ini untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya dijadikan satu bola politik semata-mata dalam apa jua cara dan bentuk.
“Jika berbahasa dengan bahasa yang lunak dan tidak sengaja bertujuan menakut-nakutkan, akan mengizinkan umat Islam khususnya rakyat Kelantan di mana majoriti mereka beragama Islam dan sudah melalui proses demokrasi yang diamalkan negara kita, mendapat hak demokratik beramal dengan Islam anutan mereka sepenuhnya,” katanya.
Kerajaan negeri Kelantan hari ini berjaya melakukan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) selepas semua Adun di negeri itu sebulat suara menyokong usul pindaan berkenaan.
Usul pindaan enakmen berkenaan yang dibacakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam mendapat sokongan Adun Kelantan melalui undian suara yang tiada menyatakan bantahan terhadap enakmen berkenaan.
Enakmen yang diluluskan hari ini akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh ahli Parlimen PAS bagi mengusulkan pindaan kepada Akta 355. – 19 Mac, 2014.

3 comments:

  1. hidup sebagai Islam mati pun biarlah dalam kedaan memperjuangkan Islam jangan mati dalam kedaan menentang hukum hukum Islam
    banyak rugi la macam itu

    ReplyDelete
  2. yg X sokongnya adalah pemimpin Melayu PKR yg mengaku Islam aje.

    ReplyDelete
  3. Hudud mesti bukti pada Rasuah dulu.

    Semua BN dan PAS makan rasuah

    Muka2 rasuah sama saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa