Thursday, March 26, 2015

Apabila sejarah memutuskan hakim sebagai jahat

10:30AM Mac 26
oleh Aziz Bari

SUARA LANTANG: Walaupun kita memiliki hakim-hakim yang berjaya memahatkan nama mereka dalam sejarah seperti Ketua Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Marshall, namun kebanyakan masa kita akan bertemu dengan hakim yang akhirnya menjadi jahat.
Malah itulah yang terjadi kepada penggantinya Roger Tanney yang peranannya sebagai Ketua Hakim sering dilupakan ekoran kehakimannya yang membawa Amerika Syarikat kepada perang saudara yang hampir-hampir meruntuhkannya.
Tanney memutuskan bahawa hamba kulit hitam tiada hak yang sama di bawah Perlembagaan, memandangkan mereka adalah harta tuan mereka. Perang saudara yang berlaku selepas itu memberikan kemenangan kepada negeri-negeri utara yang menolak perhambaan dan membuka jalan kepada pindaan Perlembagaan Amerika; yang selama-lamanya mengharamkan perhambaan di negara Uncle Sam itu.
Di sebalik fakta bahawa kehakiman dan hakim sering dikatakan terpisah dan bebas, mereka tetap sebahagian daripada sistem atau mungkin lebih tepat, penguasa.
Tidak, kita tidak bercakap tentang hakim seperti Datuk Augustine Paul yang menjadi terkenal dengan keputusan “tidak relevan” ketika perbicaraan kes Liwat I Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi selepas beliau dipecat Tun Mahathir Mohamad pada 1998. Atau hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan dalam kes Liwat II Anwar.
Kita bercakap tentang hakim yang dianggap “gergasi” dalam sistem, namun entah mengapa gagal memisahkan diri mereka daripada penguasa di saat-saat memerlukan.
Apa lagi yang boleh dikatakan ketika Ketua Hakim Tun James Thomson, ekspatriat yang mengetuai badan kehakiman kita ketika pembentukan Malaysia dicabar di mahkamah pada tahun 1963? Thomson mengabaikan konvensi Perlembagaan untuk meminta pandangan negeri-negeri dan mengesahkan pembentukan Malaysia oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
Senarai ini diteruskan dengan Tun Mohamed Suffian yang menetapkan penahanan tokoh pembangkang Karam Singh adalah sah walaupun didapati ada kelemahan prosedur. Suffian seperti percaya bahawa kerajaan yang diundi mempunyai kuasa untuk menyumbatkan sesiapa ke dalam penjara.
Dan ini disahkan apabila beliau yang mengetuai badan kehakiman sejak 1974 hingga 1982 bersyarah kepada pelajar bahawa mereka tidak sepatutnya menentang kerajaan, kerana tugas utama mereka adalah belajar bersungguh-sungguh.
Saban tahun, kita menyaksikan kes-kes seumpama ini, antaranya keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Universiti Merdeka.
Dalam kes itu, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader menunggang-terbalikkan Perlembagaan dan memutuskan universiti swasta adalah “pihak awam” dan hanya boleh menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pembelajaran. Itulah hujah yang digunakan untuk mengekalkan keputusan Menteri Pendidikan ketika itu Tun Musah Hitam yang menolak penubuhan Universiti Merdeka yang mahu menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa utama pembelajaran. Namun beberapa tahun kemudian, kerajaan menubuhkan Universiti islam Antarabangsa yang menggunakan bahasa Arab dan Inggeris sebagai perantara.
Kemudian kita ada Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan yang menambah hukuman penjara kepada Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah kerana mendedahkan dakwaan salah laku seks bekas Ketua Menteri Melaka. Bekas Ketua Menteri itu didakwa melakukan hubungan seks dengan individu bawah umur. Gopal juga bertanggungjawab menyelamatkan Empangan Bakun di Sarawak yang menjejaskan alam sekitar selepas diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi.
Secara kasar, kita tiada masalah untuk menerima kenyataan oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Rahim Sebli baru-baru ini. Hakim itu mengatakan kebebasan bukan mutlak, dan hukuman lebih berat yang dijatuhkan kepada penunjuk perasaan ketika krisis Kerajaan Perak pada tahun 2009 sebagai pencegahan. Namun apabila dilihat kembali apa yang berlaku yang menjadi latar kepada kes itu, kita tidak dapat mengelak daripada merasakan ia termasuk dalam kategori kes-kes di atas.
Mungkin ada yang masih ingat tentang apa yang dikatakan sebagai rampasan kuasa 2009 di Perak yang bermula dengan tuduhan rasuah terhadap Adun Pakatan Rakyat. Kerajaan Persekutuan yang mengawal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya bertindak selepas krisis itu memihak kepada mereka. Isu rasuah disusuli dengan penculikan tiga Adun Pakatan. Mereka kemudian “melompat” kepada Umno-BN. Ini menyebabkan jumlah Adun kedua-dua pihak dalam Dewan Undangan Negeri adalah sama, namun entah mengapa Sultan enggan menerima permintaan Pakatan agar DUN dibubarkan yang mampu menyelesaikan kebuntuan. Pada masa sama, speaker daripada Pakatan secara fizikal dihalau daripada DUN. Kita tertanya-tanya apakah tindakan polis pada ketika itu.
Itulah keadaan yang mencetuskan protes oleh responden di Mahkamah Rayuan itu. Kita juga tertanya-tanya apakah pencegahan yang dikatakan hakim, apatah lagi krisis Perak itu hanyalah satu lagi siri rampasan kuasa kerajaan Persekutuan; sama seperti Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977. Perinciannya mungkin berbeza, namun pendekatan dan modus operandi pada asasnya sama sahaja. 
Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas pensyarah undang-undang UIA dan kini mengajar di Unisel.

2 comments:

  1. Didlm keadaan umno yg sentiasa mlanggar dan MELAMPAUI garis-garis batas-batas had-had-@HUDUD-@UNDANG2 negara yg mlibatkan isu2 BESAR serta hak2-AWAM..

    Sebaliknya fakeh2 ddlm PAS hanya asyik dgn kes2 @ isu2 KECIL yg mrk anggap serious MELAMPAUI batas-batas had-had-@HUDUD-@UNDANG2 yg cuma mlibatkan kes2 kecil individu2 sprt arak/zina/judi dsbnya

    Mengapa sifakeh2 itu seolah2 BUTA melihat umno terang2 MELAMPAUI batas-batas had-had-@HUDUD-@UNDANG2 ddlm rompakan JENAYAH besar sprt royalti minyak 1MDB PKFZ Felda dll

    Adakah sifakeh cuma NAMPAK ranting2 yg MELAMPAUI-BATAS2-@HUDUD-@undang2?

    Tidakkah mrk mlihat JENAYAH amat besar dr akar TUNJANG/umno yg trsgt2 MELAMPAUI BATAS2-@HUDUD-@UNDANG2 dinegara ini yg terang2 dilakukan oleh umno?

    Mana yg lebih BESAR musibahnya diantara MELAMPAUI batas-HAD negara @ MELAMPAUI batas-HAD individu?

    Rompakan NEGARA @ individu?



    Nota: definasi HUDUD yg diambil drp perkataan HAD atau BATAS

    Batas-HAD = singular
    Batas2-HAD2-HUDUD =plural

    ReplyDelete
  2. Dgn tidak ingin menyebutkan siapakah orang itu, satu drp nama yg terdapat dlm paparan admin di atas ini telah membunuh dirinya sendiri menggunakan sepucuk pistol. Ia adalah hakikat kejadian sebenar, bukannya rekaan. Adalah dipercayai bahawa dia dihantui oleh perasaan bersalah yg pernah dilakukannya sebelum itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa