Wednesday, March 18, 2015

Betulkah keutamaan dalam perbelanjaan negara?

Beli jet secara rundingan terus, Najib perlu betulkan keutamaan dalam perbelanjaan
08:30PM Mac 17
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Isunya adalah keutamaan dalam perbelanjaan.
Jika gaji bulanan seseorang itu kurang RM3,000, tindakan membeli sepasang kasut berharga RM1,500 mungkin seperti tidak masuk akal, namun masih boleh diabsahkan hanya dengan berkata individu itu sanggup “kebulur” untuk sebulan.
Tidak kira jika dengan jumlah wang yang sama, orang lain mungkin boleh membeli pakaian yang lengkap dengan aksesori yang padan. Malah dengan sedikit baki untuk perbelanjaan lain.
Bukankah itu adalah keputusan individu itu sendiri untuk membelanjakan wang miliknya, walaupun sanggup “tidak makan” untuk berfesyen. Ia bukanlah perbelanjaan kerajaan  - dengan kesan rumit yang jauh lebih luas – yang hanya boleh diluluskan melalui suara majoriti di Parlimen.
Setiap sen dalam tabung kerajaan disumbangkan oleh pembayar cukai, dan ia hanya akan bertambah selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April ini.
Dalam kes ini, kerajaan tidak boleh menggunakan hujah yang sama untuk mengabsahkan pembelian sebuah lagi jet eksekutif, apabila sudah memiliki enam buah – termasuk Airbus ACJ319 yang menjadi tajuk berita utama tahun lalu apabila digunakan untuk percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selama dua minggu.
Apatah lagi apabila nilainya hampir setengah billion wang rakyat, walaupun rakyat sering diberitahu untuk bersabar menempuhi kenaikan kos sara hidup.
Tambahan pula, pembelian itu tidak sepatutnya menggunakan kaedah rundingan terus, apabila arahan perbendaharaan memerlukan pemerolehan kerajaan yang mustahak melalui proses bidaan dan tender terbuka.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan pembelian tersebut pada Ahad lalu. Beliau menunjukkan apa yang sudah jelas terpampang, bahawa ia di saat kerajaan sudah pun terbeban dengan hutang yang menimbun dan menghadapi kesan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Seperti kelazimannya yang membuat pendedahan secara bersiri, Rafizi pada 17 Mac lalu mendedahkan dokumen yang didakwa sebagai perjanian sewa-beli bagi jet Airbus ACJ320 dengan syarikat Premier One, yang menyatakan kos jet tersebut adalah RM465.4 juta untuk tempoh 15 tahun.
Dokumen itu turut menyatakan, sewa pajaknnya berjumlah RM399 juta, servis RM1 juta dan bayaran pra-penghantaran pula RM65 juta.
MP Pandan itu menjelaskan, itu bermakna kerajaan sudah mebayar jumlah deposit berjumlah USD20 juta untuk jet itu, yang bernilai RM65.22 juta ketika urusniaga itu dijalankan pada Desember tahun lalu.
Namun, beliau menyatakan bahawa kadar tukaran sekarang adalah kira-kira RM3.70 (untuk USD1), yang bermakna kerajaan perlu membayar lebih ekoran nilai ringgit yang melemah.
Rafizi pada mulanya mendakwa bahawa kapal terbang itu dibeli untuk kegunaan peribadi Najib, namun kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan 16 Mac lalu menjelaskan ia dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun.
JPM berkata, jet BBJ yang digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan mendapatkannya pada 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, akan dilupuskan untuk membiayai pembelian ACJ320.
“Perbincangan untuk menggantikan BBJ dimulakan dua tahun lalu, selepas melihat kepada peningkatan kos penyenggaraannya atas faktor usia, serta risiko keselamatan.
“Pemerolehan jet ini akan mengurangkan kos pengurusan, penyenggaraan dan operasi kerana kerajaan sudah pun memiliki ACJ319,” kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Rafizi dalam responnya berkata, JPM bersikap “tidak bertanggungjawab” apabila mempergunakan nama Agong untuk mengabsahkan pembelian itu. Katanya lagi, rakyat boleh membandingkan kekerapan perjalanan Agong berbanding Najib, yang dilaporkan menghabiskan RM44 juta pada penggal pertama, bagi semua acara rasmi di luar negara.
Rafizi juga mencabar Najib untuk mendedahkan maklumat penerbangan bagi semua jet peribadi milik kerajaan dan mereka yang menggunakannya, jika benar jet baru itu diperlukan bagi kegunaan Agong.
Rafizi juga menyifatkan jawapan JPM bahawa BBJ perlu digantikan selepas 16 tahun sebagai tidak dapat diterima, memandangkan pesawat komersial Boeing – yang beroperasi dengan kekerapan penerbangan yang lebih tinggi – boleh digunakan sehingga 20-2 tahun dengan penyenggaraan mengikut jadual.
Seorang kawan, adik beradik atau ibubapa yang mengambil berat mungkin tidak boleh terlalu menyekat seseorang indvidu untuk lebih mementingkan fesyen berbanding makanan, namun seorang pembayar cukai tentunya berhak mendesak akauntabiliti dalam perbelanjaan kerajaan.
Bukankah isunya adalah tentang keutamaan, seperti dari “poket” siapakah  semua wang itu diperolehi.
Dalam kes dakwaan jet Najib ini, ia melibatkan “poket” rakyat. Maka mereka layak bersuara tentangnya, sekurang-kurangnya melalui Dewan Rakyat.

8 comments:

  1. Hari ini aku benar2 kecewa. Tak tau pd sapa yg ajukan soalam ini. Terbaca entry tentang Ali Abd Jalil yg jd pelarian diSweden. Benarkah apa yg diperkatakan oleh Ali tentang Anuar seorg Biseksual dan kes dgn Saipol adalah benar? Kenapa ramai yg tahu lebih2 lagi pemimpin2 PAS yg berlandaskan Islam merahsiakannya sehingga ramai rakyat terinaya menyokong sehingga ada yg kehilangan sumber kehidupan, pelajar dibuang Universiti. UMNO tetap aku benci tapi citer Ali Abd Jalil buat akau kecewa dan hilang arah utk bergantung harap kpd PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi serupa dengan Raja Petra. Bila sudah jadi pelarian banyak pulak rahsia nak didedahkan. Wahai orang yang beriman,
      apabila datang kepada kamu berita.....(sambunglah sendiri ayat surah Al Hujurat)

      Delete
    2. perangai monyet...orang bercakap soal pembaziran kerajaan dan keborosan najib engkau cuba memesongkan isu. kalau juboq saifol koyak rabak sekalipun rakyat tak menderita bongok! memang bahlol blogger umngok keparat ni.
      nanti lau tengok anak rosmah nak brrancuk...berapa puluh juta pula duit rakyat kena rembat...malangnya blogger umngok tetap pentingkan jubor saiful yg dijolok plastic toy

      Delete
  2. Bila lahanat jadi ketua maka hancur binasa lah negara dan bangsa itu.

    Itu sebab tanggung jawab berat rakyat memilih ketua.


    Bodoh lah bila manusia mengambil Keldai sebagai ketua mereka.

    ReplyDelete
  3. Hanya di Malaysia aje, PM bole buat sesuka hatinya tanpa rujuk mana2. Tu sbb dia naik lemak termasuklan bini dia. Duit negara dibuat mcm duit mak bapak dia.

    ReplyDelete
  4. salam ayahnda
    saya ada pertanyaan nak di ajukan
    saya dah cuba bantar melalui email
    tapi tak lepas...
    mungkin ada masalah pada emil saya
    jadi saya post saja di blog
    di harap ayahnda sudi sudi la meluangkan masa dan memberi pendapat
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Excellent site you have here but I was wondering if you knew of any forums
    that cover the same topics discussed in this article? I'd
    really like to be a part plenty of fish dating site of free dating online community where I can get advice from
    other experienced people that share the same interest. If you have
    any recommendations, please let me know. Appreciate
    it!

    ReplyDelete
  6. I'm truly enjoying the design and layout plenty of fish dating site of free dating
    your site. It's a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to
    come here and visit more often. Did you hire out a developer to create your
    theme? Superb work!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa