Wednesday, March 25, 2015

Cirit sendiri pun tak terbasuh, katakan kentut orang lain busuk!

Apa hak orang luar mempertikaikan pendirian Kelantan?

Kelantan belum sedia laksana hudud, kata Mukhriz
Published: 25 March 2015 7:48 PM
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta menganalisis terlebih dahulu tentang apa yang berlaku di negeri Pantai Timur itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.

Kedah berpendapat Kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS masih belum bersedia untuk menguat kuasa serta melaksanakan hukum Hudud.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta menganalisis terlebih dahulu tentang apa yang berlaku di negeri Pantai Timur itu.
"Tak nampak lagi Kelantan bersedia untuk melaksanakan (hukum Hudud), sebab itu kita (Kedah) ambil pendirian tunggu dan lihat. Kita pantau apa yang dilalui Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Kedah di Alor Setar.
Katanya, proses kelulusan bagi pelaksanaan hukum Hudud sebenarnya masih panjang dan mengambil masa yang lama kerana selepas melalui Dewan Undangan Negeri Kelantan, ia masih perlu menempuh beberapa proses lagi di Parlimen.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, untuk dilaksanakan ke atas orang Islam di negeri itu.
Ditanya sama ada kerajaan negeri menyokong tindakan Kelantan meluluskan hukum Hudud, Mukhriz berkata, ia adalah isu dalaman Kelantan yang melibatkan hak dan keputusan mereka sendiri.
"Kita terima hakikat bahawa mereka berhak membuat pilihan sendiri. Jika ini hasrat dan kehendak rakyat Kelantan, siapalah kita untuk menafi hak mereka," kata beliau.
Kerajaan negeri Kedah menurutnya, akan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat Kedah dan tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku di Kelantan atau mencampuri urusan di negeri Pantai Timur itu.
Sementara itu, beliau berkata 155 keluarga yang terlibat dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Bandar Baharu telah bersetuju untuk berpindah ke kawasan penempatan baharu yang disediakan oleh kerajaan negeri. 
Ini membolehkan projek RTB bernilai RM80 juta itu diteruskan, kata Mukhriz.
Terdapat 3 RTB di Kedah ketika ini iaitu di Bandar Baharu, Alor Setar dan Pendang. – Bernama, 25 Mac, 2015 - sumber

1 comment:

  1. Anak Maha Firaoun tamak sakan

    Sapa pulak nak landing kat Kulim Airport tu pon melsin kan Zul Lahanat

    Tapi tak apa , dapat kontrak supply macam2 lah...

    Kaya jangan tak kaya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa