Tuesday, March 24, 2015

Kalau tuduhan tidak benar, Mamat ni harus disaman!

Bila salah satu rakan yang bertelagah dibela musuh, apa maknanya?
Tahukah dia yang bukan Zairi seorang sahaja yang tidak suka Hadi bahkan ramai lagi di luar sana juga tidak suka Hadi!

Kalau tuduhan ini tidak benar, tuan empunya bandan seharusnya mengambil tindakan undang-undang kerana ini melibatkan maruah

'Zairil kaki sosial, sebab itu dia tidak suka Abdul Hadi' - Armand
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Mac 23, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 23, 2015 17:01 MYT)
'Zairil kaki sosial, sebab itu dia tidak suka Abdul Hadi' - Armand
ARMAND: 'Zairil kaki sosial, sebab itu dia tidak suka Abdul Hadi' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari disifatkan seorang kaki sosial dan individu yang bermasalah moral sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, penolakan Zairil terhadap pimpinan Abdul Hadi dilihat berpunca daripada beberapa masalah sosial yang ditimbulkannya sendiri sebelum ini.

"Zairil menolak keputusan Abdul Hadi kerana dia tahu dirinya terlibat dalam banyak permasalah moral.

"Zairil ini seperti mana kita tahu seorang yang berpegang cara hidup liberal.

"Selain itu dia juga tidak jujur dengan rakyat apabila mengatakannya anak Khir Johari sedangkan sejarah dan fakta menyatakan dia adalah anak tiri," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Armand mengulas kenyataan Zairil yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak mungkin mempunyai masa depan sekiranya pucuk pimpinan PAS terus diterajui oleh Abdul Hadi.

Zairil berkata demikian berdasarkan pendiriannya bahawa tindak-tanduk Abdul Hadi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 19 Mac lalu.

Sebelum ini, media sosial gempar dengan gambar aksi Zairil yang memaparkan seseorang dengan wajah miripnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya.

Bagaimanapun Zairil menafikan gambar berkenaan selain berkata mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar berkenaan.

Dalam pada itu kata Armand, Zairil kini disifatkan perlu memperbetulkan diri sendiri dan meminta maaf kerana selama ini sudah menipu rakyat terutama di kawasannya Bukit Bendera.

"Bagi saya, baik Zairil perbetulkan dirinya sendiri yang terpalit masalah sosial dan harus bertaubat kerana menipu rakyat tentang dirinya untuk kepentingan politik peribadi.

"Kita tidak perlukan seorang ahli politik yang tidak faham erti budi bahasa dan mempertikai keputusan Abdul Hadi serta kepimpinan tertinggi PAS," jelasnya.

Armand turut menyamakan Zairil seperti pepatah 'Musang Berbulu Ayam' dan tidak terkejut apabila dimaklumkan kawasannya penuh dengan rumah urut dan kelab malam.

"Jadi tidak hairanlah kawasannya di Bukit Bendera dipenuhi dengan rumah urut dan kelab malam kerana Ahli Parlimen mereka seorang yang gemar dengan cara hidup sosial," ujarnya.

Selain tidak bersetuju dengan Abdul Hadi, Zairil turut menyatakan masa depan Pakatan Rakyat akan terus samar dan tidak akan berjaya selagi 'pengkhianat' yang dinyatakannya masih kekal berkuasa di dalam PAS.

12 comments:

  1. Budak suruhan DAP mana ada iman....dah tergadai dah masa angkat sumpah dulu.

    ReplyDelete
  2. Mamat amno ni mcm dia pun ahli social jgk sbb dia knl gengnya... Sepekara JB penuh rumah urut tu sbb shahril pun suka sosial jgk ke?... Jenis amno yg otak udang buat perbandingan mcm budak tadika...

    ReplyDelete
  3. yang duk becakap tu pun tak kan nampak tempat maksiat tempat lain pun beselerak duk ada
    mamat ni pun tak bole pakai jugak

    ReplyDelete
  4. Tak usah di layan apa apa tuduhan orang orang gagal

    Zairil tengok muka pun tahu dia bijak lagi professional


    Armanf pulak budak tak cukup duit memanjang macam meminta sedekah , mal bapak pun boleh di jual nya.

    Budak tiada nilai ekonomi standard lah.

    ReplyDelete
  5. Fakta menunjukkan bahawa orang yg membuat tohmahan tanpa ada sebarang asas bukti, memperlihatkan dakwaannya itu adalah ditujukan kpd dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  6. aku sokong Armand sebab dia sokong hj Hadi,mana ada sekarang ni musuh sokong musuh,kini terbalik semua.Armand ni selalu solat tahajud dengan Hj hadi,dia cuma tak pakai jubah dengan serban je,Apalah kau orang ni ,armand ni warak,lihat pada nama je orang dah tahu dia ni alim.

    ReplyDelete
  7. aku sokong Armand sebab dia sokong hj Hadi,mana ada sekarang ni musuh sokong musuh,kini terbalik semua.Armand ni selalu solat tahajud dengan Hj hadi,dia cuma tak pakai jubah dengan serban je,Apalah kau orang ni ,armand ni warak,lihat pada nama je orang dah tahu dia ni alim.

    ReplyDelete
  8. Laaa, buat apa nak tukar TGHH? Sama je kalau ditukar presiden pun bukannya kamu nak sokong hudud atau dasar perjuangan yang dibawa PAS.

    Tanpa PAS memang lingkup la PR, bukan TGHH yang perlu ditukar sebaliknya perjuangan sosialisma yang kamu bawa tu yang perlu ditukar.

    Sebut je DAP kita semua dah tahu dah siapa DAP, Melayu Islam yang menyokong DAP atau menjadi ahli-ahlinya digesa supaya tanggalkan iman sebelum melangkah masuk ke bahtera DAP.

    ReplyDelete
  9. Simamat nie mengaku PAS semua beriman kot aku rasa diri dia pun tak beriman sebab iman itu hak Allah dia nak bagi ka tak bagi ka hak Dia (Allah) kita siap nak menentukan seseoraang itu beriman atau tidak.

    ReplyDelete
  10. Iman seseorang itu boleh diukur dengan perbuatan, kalau rukun Iman pun nak ditentangnya mana Imannya?



    ReplyDelete
  11. aku xde masaalah dgn hukum hudud. Tapi PAS?. Korang nak bergantung harap pada PAS yg dlm parti sendiri pun dia x berlaku adil. Gila apa. Presideng dia pun dok jaja fitnah pilkuda, komunis, panggil ahli barua la, pastu biarkan ahli2 sendiri melabelkan rakan sejemaah dgn perbagai gelaran dan korang nak dorang ni jadi perlaksana HUDUD?...

    ReplyDelete
  12. Habis tu kau nak suruh LKS dan LGE laksana hudud? Hina Islam, kritik Islam dan mencerca kemuliaan Islam kau masih boleh sabar? Kau melenting bila TGHH kata 'barua', barua tu bermaksud orang tengah apa salahnya dengan perkataan barua? Pil kuda pulak, kau mi orang bukit besi ke? Kalau kau tak tahu tak payah nak cerita la, kita kat Dungun ni boleh kenal siapa calon PKR kat sini, PKR ambil calon tanpa selidik latarbelakang, kat Perak posmen pun jadi calon, tu la PR tumbang kat Perak pasal mudah dibeli.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa