Thursday, March 26, 2015

Update - Kekeliruan Hudud: Ini penjelasan Hadi

Sapa yang keliru, entahlah...... 
Rakyat memang masih ramai yang keliru
Adakah Hadi juga keliru dengan diri sendiri?
Lain hulu, lain parang
Lain dahulu, lain sekarang - dengar dulu apa yang Hadi kata sebelum ini.......

Hadi perjelas isu hudud yang didakwa dikelirukan

Abdul Hadi Awang|Kemas kini:Mac 26, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 26, 2015 13:34 MYT)


Hadi perjelas isu hudud yang didakwa dikelirukan
Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ain.
SAUDARA dan saudari yang dihormati,

Dengan rasa rendah diri, surat ini saya tujukan kepada semua umat Islam dengan semangat saling ingat memperingati sesama kita.

Ada dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam.

Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti “Siyasah Syari’yyah”, “Maqasid Syari’ah”, “Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” dan lain-lain.

Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakak tua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap.

Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.

“Hudud” ialah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at.

Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secaradetaildan objektif.

Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno - menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat.

Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya تيسير الفقه للمسلم المعاصر [Memudahkan kefahaman (terhadap agama) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan:

Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa:

1- Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid.

2- Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata.

3- Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.

Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma’sum.

Adapun yang lain daripada nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggalkan syariat Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik.

1- Siyasah Syari’yyah
Perkataan “siyasah” daripada bahasa Arab yang bermaksud mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan perkataan politik atau pentadbiran atau panduan.

Dicampur dengan perkataan Syara’ dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti dengan yang lain.

(Sila lihat huraian secara khsus dalam kitab-kitab Ahkam Sultaniyyah Karangan al-Mawardi dan Ghiath karangan Imam Haramain daripada Mazhab Syafei; al-Sair al-Kabir daripada mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim daripada mazhab Hambali dan Muqaddimah Ibnu Khaldun daripada mazahab Maliki).

Tegasnya ialah melaksanakan Syariat dengan betul, bukannya meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain.

2- Maqasid Syari’ah
“Maqasid” bermakna tujuan-tujuan, maksudnya ialah tujuan pelaksanaan syariat.

Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan menolak kemudaratan.

Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syara’ dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut kemampuan akal dan ilmu manusia.

(Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua tokoh ilmu Maqasi: Al Syatibi : Al Muwafaqat : J:2, muka surat 391. Ibnu ‘Asyur: muka surat 19)

Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan pencuri di tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan jenayah secara terdesak.

Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W: “Hukuman Hudud ditolak (kerana adanya syubuhat)”.

Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk dalam ruang Syariat Islam.

Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan.

Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih besar. Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu dihukumkan.

Maqasid Syari’ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan undang-undang Hudud. Maqasid Syari’ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat.

Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana tidak mencapai matlamatnya.

Meninggalkan syariat secara total menghilangkan segala maqasidnya.

Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak menghalangnya.

Mengikut Qaedah الأمور بمقاصدها (Semua perkara dilihat juga kepada tujuannya).

3- Fiqh Aulawiyyat
Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut panduan Syariat).

Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi manusia ialah memelihara (1) Aqidah agama, (2) Nyawa, (3) Akal, (4) Keturunan dan (5) Harta.

Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan daripada memelihara harta.

Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara diutamakan.

Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada hukuman takzir.

Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat.

Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah diganti tanah itu secara yang adil pula.

“Aulawiyyat” itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat.

Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas.

Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama dengan undang – undang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat Islam. (Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman 284-297)

4- Maslahah
“Maslahah” dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada mendapat faedah atau menolak kemudaratan.

Para ulama membahagikan maslahat itu kepada tiga kedudukan :

1- Maslahah Mu’atabarah
Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya.

Maka ada yang diwajibkan dan ada pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat.

Perkara yang diharamkan tetap mendatang mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.

2- Maslahah Mulghah
Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar atau manfaatnya tidak ada.

Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah keluarga.

Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga menimbus segala kebaikannya.

3- Maslahah mursalah atau Masoleh mursalah
Dalam perkara yang didiamkan oleh al-Quran dan Hadis maka ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman.

Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya.

10 comments:

  1. Hadi Awang boleh berputar2 u-turn dan koner baring dgn hujah2 syok sndiri nya itu supaya auta nya masih dpt diterima oleh sibuta yg walaq

    Seolah2 dia sgt2 prasan ilmunya itu tersgt2 tinggi..tetapi dia lupa dan tidak sedar LANGSUNG bagaimana Allah tlh mncampakkan nya kelembah yg paling hina skali dgn..

    khianat serta FITNAH2

    Ponteng maki & mngHALAU ahli

    mnodai/mlanggar JANJI2

    Hadi sggup khianat brbuat FITNAH memaki & mngHALAU ahli hatta mlanggar dan mnodai JANJI semata2 niat gelap utk berhudud dgn SETAN yg dikenali, dan akhirnya kena KENCING serta diperBODOH2kan dgn begitu hina skali

    Dgn IQ yg rendah ttpi maseh prasan pandai tu, tak tahu lah klu2 dia boleh lulus masa dulu2 klu ambil peperiksaan LCE/SRP? Sbb ilmu hisab @ MATEMATIK dia nampak lemah sgt mcm FAILED jer!?


    ReplyDelete
  2. Hadi Awang boleh berputar2 u-turn dan koner baring dgn hujah2 syok sndiri nya itu supaya auta nya masih dpt diterima oleh sibuta yg walaq

    Seolah2 dia sgt2 prasan ilmunya itu tersgt2 tinggi..tetapi dia lupa dan tidak sedar LANGSUNG bagaimana Allah tlh mncampakkan nya kelembah yg paling hina skali dgn..

    khianat serta FITNAH2

    Ponteng maki & mngHALAU ahli

    mnodai/mlanggar JANJI2

    Hadi sggup khianat brbuat FITNAH memaki & mngHALAU ahli hatta mlanggar dan mnodai JANJI semata2 niat gelap utk berhudud dgn SETAN yg dikenali, dan akhirnya kena KENCING serta diperBODOH2kan dgn begitu hina skali

    Dgn IQ yg rendah ttpi maseh prasan pandai tu, tak tahu lah klu2 dia boleh lulus masa dulu2 klu ambil peperiksaan LCE/SRP? Sbb ilmu hisab @ MATEMATIK dia nampak lemah sgt mcm FAILED jer!?

    ReplyDelete
  3. Kenapa selepas dikencing dan sudah berbau busuk baru hendak dibasuh ,bau hancingnya tetap dihidu oleh hidung yang peka degan kebusukan .

    ReplyDelete
  4. dipersilakn pnganut lim guan eng kt atas ni utk cabar keilmuan TGHH..semua maklum TGHH cuma la manusia biasa yg duk kt kg je hobi sbg nelayan..tp nape bberapa penggal jd presiden xde plak suara sumbang yg kata itu n ini kt presiden olh anjing2 dap ni..sbb TGHH tdk berjaya dtundukkn oleh dap yg mane anjing,babi,arak adlh maknan harian depa..anjing2 ni mungkin terlalu taksub dgn pemerinthn ala khalifah guan eng yg serba maksum menurt anjing2 ni..tu je la modal diorg utk jatuhkn haji Hadi..khianat,fitnah langggar janji..kata2 dr tuhan mrk lim guan eng wajib dijadikn modal utk menjatuhkn Haji Hadi tanpa mendpat pejelasn oleh tuan badan..ya kalimah dari tuhan guan eng utk anjing2nya..khianat,fitnah,langgar janji............................

    ReplyDelete
  5. Biar berterus terang aja.. tak ada sape yg tolak hudud.. tapi org tak confiden dgn kredibiliti hadi awang and the geng nak laksana hudud

    mengurus parti kelam kabut.. mengurus perbezaan kelam kabut.. macamana nak urus hudud

    dasar hadi awang.. tak faham isu sebenar

    org bukan tolak hudud..org tolak kamu.. fahamfaham lah sikit

    ReplyDelete
  6. Hadi tiada Kredibiliti dan Munafik

    Hadi ini bagai Jala Dan Ikan Belukong berpisah tiada


    Apa yang di jaja hanya lah untuk kekayaan sendiri


    Apa kah sama Ulamak Sedunia (Pangkat) dengan Ulsmak Mesir ???


    Bahalol saja

    ReplyDelete
  7. Kpd Anon 3:22PM
    yg walaq sgt kat Hadi tu

    Klu lah Guan Eng buat FITNAH pilkuda yg mcm Hadi buat TANPA bukti tu camne lah agaknya kau punya GERAM & emosi?

    Kau sebut anjing babi ttpi mnatang2 tu pon jauh lebih baik drp yg sokong FITNAH merapu2 mcm hadi tu, pikir la sikit jer pon cukup lah

    ReplyDelete
  8. TGHH adalah insan yang tiada daya tarikan bagi manusia yang kekurangan iman.

    TGHH adalah insan yang dipandang hina dan menyusahkan bagi manusia yang kekurangan iman.

    TGHH adalah insan yang menjadi penghalang kepada kemaraan liberalisma dan sosialisma bagi mereka yang kekurangan iman.

    TGHH adalah insan yang boleh menyebabkan ekonomi kafir cina menjadi lembab dan basi bagi mereka yang kekurangan iman dan kafir harbi.

    TGHH adalah insan yang memperjuangkan Islam bagi mereka yang beriman kepada Allah SWT.

    TGHH juga adalah insan yang bergelar Tuan Guru bagi manusia yang ingin mempelajari dan menimba ilmu agama supaya keutuhan iman dan rohani terpelihara.

    ReplyDelete
  9. Anjing lebih mulai dari lge....

    ReplyDelete
  10. Biarlah kita sayang dan benci seseorang tu kerana Allah s.w.t..
    Marah DAP & PKR kerana cuba halang usaha tegakkan hukum Allah, wlupn PAS dah cuba wat program penerangan & seminar hudud sejak sblm enakmen 1993 lg.. Ramai dh ustaz2 yg RTM gam sebab cuba terangkan pasal bab ni..
    Sayang TGHH & ulama sebab terus istiqamah nk tegakkan hukum Allah ni wlupn nmpak mustahil tapi tetap tak putus asa.. Biarla apa org nk keji & fitnah mcm2, kami tetap percaya kepimpinan ulama.. Ulama mmg xmaksum,tp merekalah org yg paling takut dgn Allah, sebab tu mereka terpaksa membelakangkn kawan demi tanggungjawab dan amanah yg lebih besar kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa