Saturday, March 28, 2015

Pulakk.....patutlah ramai yang kata ini Hudud PAS!

Kalau macam ni aku pun mempersoalkan keikhlasan mereka 
Mereka masih lagi redha dan segan penyanjung Lord William Reid

Kalau Naib Presiden sendiri tidak mendapat taklimat tentang RUU Hudud, ahli dan rakyat bawahan apa lagi?

Adakah ini memenuhi Hudud dan yang terhukum akan terlepas di Mahkamah Allah di akhirat nanti?

Husam: RUU dibentang Hadi dihad pada sebatan
mk - 10:20AM - 28 Mar 2015

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa rang undang-undang (RUU) ahli persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, akan menghadkan hukuman hudud di Kelantan kepada sebatan.
 
Katanya, jenayah yang boleh dihukum di bawah cadangan enakmen jenayah syariah Kelantan itu ialah zina, minum arak, dan 'qazaf' (menuduh seseorang melakukan zina).
 
Husam berkata, RUU itu akan menghadkan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.

"Tidak semua dalam enakmen itu dapat dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda (di Parlimen).
 
"(Oleh itu) hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya," kata Husam dalam satu forum awam di Shah Alam malam tadi.
 
Menurutnya lagi, RUU itu tidak akan memasukkan hukuman bagi jenayah yang telah disenaraikan di bawah Kanun Keseksaan, seperti liwat dan mencuri.
 
"(Hukuman hudud yang lain) kekal dalam enakmen itu, tetapi kita tidak boleh melaksanakannya," katanya, merujuk kepada hukuman rejam dengan batu, potong tangan dan kaki.
                                                           
Hubungan antara DAP dan PAS - dua sekutu dalam pembangkang Pakatan Rakyat - terjejas teruk selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 Khamis lepas.
 
Untuk Kelantan melaksanakan hudud di negeri ini, PAS perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Parlimen di mana Hadi merancang melakukannya melalui pembentangan RUU ahli persendirian.
 
DAP telah memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, manakala cawangan parti itu di Sarawak bertindak keluar dari Pakatan.

"Ramai tidak faham mengenai cadangan yang terkandung dalam RUU ahli persendirian presiden PAS ini ... ramai orang tidak melihatnya," kata Husam lagi
 
"Saya yakin apabila satu penjelasan telah diberikan, mereka yang bimbang (mengenai hudud) tidak akan bimbang lagi," katanya.
 
Husam bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin PAS tidak mendapat taklimat mengenai RUU ahli persendirian presiden mereka itu.
 
Beliau hanya mengetahui mengenai butiran RUU itu apabila bertemu dengan Abdul Hadi selepas solat Jumaat semalam.
 
Sementara itu, Husam menggesa Perdana Menteri Datu Seri Najib Abdul Razak menyatakan pendirian beliau mengenai hudud tidak lama lagi.


# Baca selebihnya di sini

6 comments:

  1. Jgn nampak jahil sgt tuan bila berbicara

    ReplyDelete
  2. Ddlm pntadbiran LGE di p.pinang yg dituduh KAFIR & makan babi itu..

    W.pon dia bukan ISLAM ttpi LGE berani mletakkan garis2-batas2-HAD2-@HUDUD trhdp dirinya & EXCO2nya agar mngISTIHARkan HARTA milik mrk..mrk semua disuloh-CAHAYA-audit-ygTERANG agar TIADA & TIADA niat-MEREMBAT hak AWAM/rkyat!

    LGE tak sibuk2 pon sebut pasal HUDUD ttpi dia trlebih dulu tlh pon ISTIQOMAH mletakkan garis2-sepadan2-batas2-HAD2-@HUDUD keatas dirinya trlebih dahulu ddlm soal HARTA agar tiada ssiapa yg BERANI mlanggar aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD-undang2 yg beliau tlh ISTIHARkan itu agar diri nya & exco2nya sentisa disuloh CAHAYA agar tidak mudah-KELEPET duit rkyat!

    Nota:
    Definasi HUDUD drp sebutan HAD-batas yg sgt TERANG lagi sgt MUDAH itu

    Aturan-batas-HAD = singular
    Aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD = plural



    TETAPI..
    Kpd silebai fakeh mrk mudah2 boleh dpt ESOS ratus2 ribu serta ddlm gelap merembat-BALAK sampai gondol dan abis "BANJIR-balak" negeri KERANA mrk mlanggar aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD garis panduan krajaan negeri tanpa sbarang ktegasan & juga SENYAP tanpa sbarang tindakan!

    SEOLAH-OLAH sifakeh2 itu..
    Mrk seolah2 melolong mnjerit2 serta MERAUNG2 hendak2 sgt kpd HUDUD...ttpi mrk dgn terang2-MELANGGAR aturan2-garis2-sempadan2-batas2-HAD2-@HUDUD dinegeri mrk ATAU kpd diri mrk sendiri!



    TERANG & MUDAH

    Alangkah MUDAH-TERANG nya CAHAYA mnyuloh erti/MAKNA/definasi HUDUD itu yg sifakeh2 itu cuba putar & GELAPkan dgn akal KEMETOT serta KEBODOHAN mrk sendiri..

    Tuan2 & puan2 pikior2 ler sndiri..

    aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD..adakah erti/MAKNA/definasi yg lain slain drp itu??

    PIKIOR dgn MUDAH..
    Mrk langgar batas2-HAD2-@HUDUD ddlm JANJI dan prjanjian! BUKAN kah itu bermakna bhw mrk tlh mlanggar hududu'LLAH?

    Mrk langgar batas2-HAD2-@HUDUD dgn brbuat-FITNAH!! BUKAN kah ini juga terang2 mnunjukkan bhw mrk tlh dgn JAHAT mlanggar hududu'LLAH??

    Firman:
    "FITNAH itu lebih besar dosanya drp mmBUNUH"---dan FITNAH mrk kesluruh donia tuu!

    Sapekah yg sbnr2nya bodoh-BACUL-dan-TOLOL yg sgt2TERANG skali tlh pon mlanggar HUDUD..hududu'LLAH itu? ?

    I rest my case my'GOD...peace

    ReplyDelete
  3. bukti lawak2 tentang parti2 jalan sekular demokrasi dan lord reid ni dh terlalu banyak..

    namun bukti hanya asbab,jika "bukti" datang tanpa rahmat/pertolongan Tuhan.."bukti" tu pun x boleh tolong manusia..

    pentaksub2 kepada parti2 politik jalan sekular demokrasi dan lord reid..kamu masih tidak nampakkah alangkah ruginya jika kamu mentaksubkan mereka..

    mereka hanya berlawak..yg jadi masalah mereka sendiri x sedar mereka sedang berlawak..mereka ingat mereka sedang serius..

    walau panjang mana kamu berhujah..faktanya ialah kamu sedang buat hukum/hudud "Tuhan" itu "berhukum" di bawah 1 hukum lain(sekular demokrasi dan lord reid)..

    itulah faktanya biar pun hujah kamu utk membackup itu panjangnya 7kilometer ..

    pandangan peribadi utk di kongsi..mohon jgn mengamok ye..

    insyaAllah..
    wallahuaklam..

    ReplyDelete
  4. Anon 1:54 PM

    Apakah anda faham apa yang saya cuba ketengahkan. Rasa sekiranya orang punya fikiran yang natural/tidak bias mereka boleh faham walau dengan 6 baris ayat

    ReplyDelete
  5. Ularmak ug sdg bersama dgn perompak Negara utk tegakkan halus hudud
    Pelik kan
    Kau pegi Jadi nelayan lai bagus

    ReplyDelete
  6. Statement dari husam very clear
    Ni la pemimpin high level
    Bukan mcm semua penjilat ug tu
    Cakap begegar2 tapi hancusss

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa