Friday, March 27, 2015

Rupanya Hamba masih wujud dan mengejutkan!

Penghambaan laut kejutkan dunia
OLEH SUSUNAN DARIPADA APTHE IRRAWADDYVOA INDONESIA DAN BANGKOK POST

``Jika orang-orang Amerika dan Eropah memakan ikan, mereka harus ingat kami. Tulang-tulang hamba yang terkumpul di dasar laut boleh membentuk sebuah pulau,
``Begitu besar jumlah orang yang terkorban akibat penghambaan di laut," ujar Hlaing Min, 30, yang berjaya melarikan diri daripada penghambaan di kapal nelayan."
Isu hamba yang bekerja siang dan malam di kapal nelayan Thailand bukan isu baharu. Tahun lalu media Malaysia turut melaporkan penemuan beberapa anak kapal asal Myanmar yang hampir mati kelaparan di Pulau Pinang.
Mereka ditinggalkan di Pulau Pinang oleh majikan Thailand selepas dilihat sudah tidak lagi kuat untuk bekerja di kapal nelayan.
Banyak laporan telah dihasilkan mengenai hamba dalam kapal nelayan Thailand yang dipukul hingga cacat atau hilang keupayaan . Tidak kurang bekas hamba yang menceritakan bagaimana mayat rakan mereka dibuang ke dalam laut.
Namun laporan terkini oleh The Associated Press (AP) mendedahkan isu penghambaan di laut bukan membabitkan Thailand semata-mata, malahan ia merupakan satu isu global yang turut melibatkan Indonesia dan Amerika Syarikat.
Siasatan wartawan AP mendapati hamba-hamba yang kebanyakannya berasal dari Myanmar telah dikurung oleh majikan atau `tuan’ mereka di Benjina di Indonesia.
Benjina bukan terletak di Sumatera yang lebih hampir dengan Thailand, tetapi ia terletak di Maluku, berhampiran dengan Pulau Papua.
Hasil tangkapan hamba-hamba ini pula dijual ke pasaran Amerika Syarikat, sebuah negara yang terkenal dengan usaha memerangi penghambaan dan pemerdagangan manusia.
Hamba-hamba yang ditemui di Benjina memberitahu, para kapten di kapal-kapal nelayan memaksa mereka minum air kotor dan bekerja selama 20 hingga 22 jam setiap syif tanpa hari cuti selain disebat atau dipukul.
``Saya ingin pulang, kami semua ingin pulang. Orang tua kami sudah lama tidak mendengar khabar daripada kami, saya percaya mereka sangka kami sudah mati," kata seorang hamba.
Pendedahan melalui siasatan di Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat tersebut segera mencuri perhatian.
Media Indonesia melaporkan, Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti yakin kapal nelayan di Benjina milik orang Thai walaupun dokumen menunjukkan mereka dari Indonesia.
``Saya sangat sedih. Saya kehilangan selera makan, tidak boleh tidur. Mereka melakukan perhambaan, pencurian, pengambilan ikan serta mengakibatkan kemusnahan alam sekitar besar-besaran untuk sepiring makanan laut."
Secara kebetulan, Bangkok Post melaporkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan usaha memerangi pemerdagangan manusia dirombak melalui penyelarasan antara polis, pendakwa raya dan mahkamah.
``Perdana Menteri mahu Thailand menggunakan pendekatan sistematik untuk mengatasi masalah pemerdagangan manusia sehingga ke akar umbi.
``Perdana Menteri mengarahkan polis untuk mengkaji semula serta menyediakan laporan berhubung 280 kes pemerdagangan manusia yang dilaporkan pada 2014," lapor Bangkok Post memetik seorang pegawai kanan.
Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Thailand memainkan tanggungjawab memantau kes pemerdagangan manusia dan kementerian itu akan meminta kerjasama pasukan keselamatan untuk tindakan penguatkuasaan 

1 comment:

  1. Hmm it seems the likes of your web log Ate my commencement point oout
    (it was super long) so I approximaye I'll just now essence it up what
    I wrote and say, I'm thoroughly enjoying youyr
    blog. I too am an aspirant blog author merely I'm unruffled
    raw to the whollly affair. Do you have got whatsoever suggestions
    for father web log writers? I'd genuinely apprize
    it.

    my web blog

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa