Monday, March 23, 2015

Sekarang bapa budak ni nak kata apa pula?

Video Hudud 'Persenda Islam' - KPN
PUTRAJAYA: Wartawan BFM Aisyah Tajudin boleh berdepan hukuman sehingga setahun penjara berhubung video hudud di Kelantan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata.

Khalid berkata, ini kali kedua stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris itu mempersendakan agama Islam dengan memuat naik klip video menyindir pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. 

Katanya pada akhir tahun lepas, stesen radio BFM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu wawancara yang dibuatnya bersama sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan berhubung kalimah Allah pada 21 Oktober 2013.

"Saya ingin ingatkan stesen-stesen radio, khususnya BFM supaya lebih berhati-hati kerana sebelum ini mereka pernah dikenakan tindakan berhubung isu kalimah Allah.


"Kini, sekali lagi dia cuba mainkan isu yang sensitif kerana apa yang diucapkan oleh (wartawan BFM) Aisyah (Tajuddin) sebenarnya boleh dianggap mempersendakan agama Islam yang tentunya melukai perasaan ramai orang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Khalid berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tindakan lebih tegas boleh diambil terhadap stesen radio BFM serta mencari kaedah terbaik mengawal penyiaran isu-isu sensitif yang membangkitkan kemarahan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata polis akan memanggil Aisyah, penulis skrip dan pihak yang membuat ugutan terhadap penyampai BFM itu bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan menimbulkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat.

Katanya sehingga kini polis menerima lima laporan berhubung penyiaran video kontroversi itu.

9 comments:

  1. kenapa tak tangkap je....
    yg protes jln kaki tu ble plak tangkap siap tau cari umah kat aman... yg ni dah terang2 balun je la

    ReplyDelete
  2. Naper tak tangkap mantan PM dulu2 termasok skrang yg kerap buat statement anti hukum islam..boleh semak dlm siaran dulu juga akbar2...keh keh keh.ketua polis lawak.amender laaa mamat neh.nmpak sgt berkepenntingan.

    ReplyDelete
  3. Kasihan Agama Islam , pada akhir-akhir ini dipermainkan oleh Orang Islam sendiri. Ya Allah, jika Engkau nak turunkan Bala Mu, turunkan kepada kaum-kaum ini, janganlah Kau tempiaskan kepada kami, sbb Bukan Semua Rakyat Malaysia yang membantyah dan mempermainkannya. Ya Allah. Kami termasuk dikalangan yang sedih dgn keadaan ini. Ampunkan Kami Ya RABB/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hukum Tuhan di ikat dibawah hukum demokrasi sekular@perlembagaan lord reid..?
      hukum Tuhan dibawa meniti di bawah 1 hukum lain?...yg ni ko rasa x sengaja mempermainkan atau keliru?
      sebab tu Allah suruh doa yg baik2 sesama sedara muslim..mana xnye entah2 kita pun sama perangai mcm org yg kita doa buruk tu..cuma kita je x tau..ko tengok la yg aku cakap tu..itu fakta tu..bukan saja wat cite..
      hukum dibawah 1 hukum lain..dan hukum sekular demokrasi itu pula ada peraturan2nya yg mengikat hukum2 lain..ia mewajibkan ko dgn peraturan2nya..contohnya ko wajib dapat izin majoriti manusia2 termasuk penyembah2 berhala di parlimen dulu utk membawa 1 hukum lain di bawahnya..betulkan..?so ko bawak hukum Tuhan meniti di bawah 1 hukum lain(sekular lak tu)?yg ni ko nak kira camne?adakah ko pun sama mempermainkan hukum tuhan?

      ini ko nak kira mcm mana?mestila ko na jawab yg ko sekali2 x mempermainkan kan..yg mempermainkan ialah org lain,keluarga org lain,diri org lain..yg penting bukan ko..kan?hehe

      Delete
  4. Sindiran kpd Islam bukan perkara baru.......sejak zaman rasullallah lagi. Bagi org beriman lihat lah yg betul dan elak lah yg salah.....amal maaruf nahi munkar! Ade ke pula yg nak rogol dan nak bunuh budak ni, islam ke dema? Agama itu nasihat.........kalau bala turun semua akan kena........sebab ostat2 asyik nak menghukum je! Contohnya MB kelantan berkata " Org kritik hudud tak beriman", apa kah kita tak lihat di acheh, penguatkuasa (ostat2 piraun) yg roggol persalah ugama........barulah serupa hamno, yg batil semua boleh atas alasan melayu, raja dan Islam........ini belum masuk hal arab saud dalam bab hudud........sang penguasa semuanya lepas! Apakah kita tak jadi macam ISIS di hari kemudian!..........maka eloklah para ulamak bawa membincang dr yg jahil sampai ke yg level tok wali. Inilah tugas sang ulama pewaris anbiya. Yg kapir pun bukankah kita dah naikan taraf bukan kapair zimmi dgn terlaksana permuapakatan........tak boleh ke kita berhujah secara berakhlak. HH pong nape nak sembunyi2 kan wal hal islam itu terang dan nyata, tiada ragu2.........kalau lah tiada udang sebalik serban! Last nak tanye HH Enekmen hudud tengganu ape cerita.? Atas ni nak pesan kat ulamak sedonia, kalau jatuh satu lubang buat kali kedua........em em em tak beriman le! Jgn nak kata org lain tak beriman kerana iman hanya untuk org yg berakal!

    ReplyDelete
  5. kenapa bodoh sangat kerajaan?? gantungkan saja penyiaran BFM dalam 4,5 bulan untuk tujuan denda dan penyiasatan... kalau 2,3 kali kena gantung, tentunya mereka akan serik.
    Kalaulah para pegawai SKMM dan unit penguatkuasa serta menterinya tu lelaki, tentunya tiada masaalah begini...

    ReplyDelete
  6. Jalan paling selamat untuk tidak dikenakan hukuman adalah dgn menjadi puteri umno, gerenti tidak akan didakwa punyalah!

    ReplyDelete
  7. Hi there, I discovered your web site via Google at the same time as looking for a related subject,
    your website came up, it seems to be good. I've bookmarked it in my google
    bookmarks.
    Hello there, just became aware of your blog thru Google, and located that it's truly informative.
    I am gonna watch out for brussels. I'll be grateful in the event
    you proceed this in future. Lots of other people
    will likely be benefited out plenty of fish dating site of free dating your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete
  8. Hey there! I understand this is sort plenty of fish dating site of free dating off-topic however I had to ask.
    Does building a well-established website such as yours take
    a large amount of work? I am brand new to running a blog however I
    do write in my diary daily. I'd like to start a blog so I can share
    my own experience and feelings online. Please let me know
    if you have any kind of recommendations or tips for brand new aspiring
    bloggers. Appreciate it!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa