Wednesday, March 25, 2015

Tindakan yang akan dilakukan ini agak lucu......

Kancil akan damaikan harimau dan buaya bergaduh?

Isu Hudud: PKR akan damaikan DAP dan PAS
 | March 25, 2015
Pakatan Rakyat diibaratkan seperti tripod, kami tidak boleh hidup tanpa salah satu kaki.
KUALA LUMPUR: PKR membuat keputusan untuk menjadi orang tengah bagi memperbaiki hubungan bergolak antara DAP dan PAS ekoran serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pembentangan dan pelaksanaan hukum Hudud.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat tanpa ketiga-tiga parti dan proses perdamaian itu perlu diutamakan oleh DAP dan PAS.
“Pakatan Rakyat diibaratkan seperti tripod, kami tidak boleh hidup tanpa salah satu kaki. Selain itu, saya merasakan adalah lebih baik untuk ketiga-tiga parti duduk berbincang,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu enggan mengulas lanjut mengenai keputusan sebenar PKR itu kerana ia akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh beberapa hari lagi.
“PKR juga akan menemui PAS dan DAP secara berasingan,” katanya lagi.
Semalam, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, menerusi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya hilang kepercayaan dan keyakinan pada Abdul Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

1 comment:

  1. PKR saja yang professional dan tidak emosi

    PAS penuh dengan emosi bahalol tiada nilai ekonomi

    DAP pulak nak menongkat langit tak habis habis

    Tak boleh salah kan DAP jugak

    Kedai jual kain kapan tu Cina Cina punye jugak , yang jaja jaja agama tu makan gaji buta saja bukan bukak kedai kain jual kain kapan

    PAS Bahalol , DAP Bengap

    PKR saja yang ada Otak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa