Friday, May 15, 2015

Anak Mamak ni dengar sendiri tak?

Takkan nak ikut bebal sama dengan puak-puak tu kot?

Kit Siang tiada adab, tak layak pertikai hudud

SHAH ALAM - Pemuda Umno mengecam tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat Kelantan berhubung hukum itu dalam ceramah yang berlangsung Ahad lalu.

Exco Pemuda Umno‎, Nazir Hussin Akhtar Hussin mendakwa, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan beliau sebenarnya seorang yang biadab dan tidak tahu adab.

"Kit Siang bukan individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.

"Tindakannya itu sengaja mahu mencetuskan provokasi kerana beliau sebelum ini antara pemimpin DAP yang paling lantang menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana baru-baru ini, Kit Siang menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan dan mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong Pas.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurut Nazir lagi, tindakan Kit Siang itu tidak akan berlaku sekiranya pemimpin atau ahli Pas di kawasan itu tidak membenarkan pemimpin veteran itu memperlekehkan undang-undang Islam di hadapan umum.

"Mohamad Sabu juga sanggup menjadi pak pacak apabila hanya berdiam diri ketika Kit Siang menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan dan beliau sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana menjadi petualang agama.

"Apakah seperti ini yang diharapkan dapat menegakkan syiar Islam kerana beliau sendiri takut atau tunduk dengan kehendak pemimpin DAP yang jelas menentang hukum hudud," katanya lagi.

Mengulas perkara sama, Nazir turut menambah, Pemuda Umno ingin menasihatkan Kit Siang agar tidak bersikap kurang ajar dengan  menyentuh mengenai hukum Islam dan memperlekehkan usaha melaksanakan hukuman itu di negara ini.

Tambah beliau, Pemuda Umno juga mengecam sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pemimpin bukan Islam yang tidak tahu menghorm
ati agama ini dan memberi amaran kepada Kit Siang agar tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud.

10 comments:

  1. Pasma adalah satu ngo didalam Pas yg menyokong pluralisma dan lgbt.

    ReplyDelete
  2. Anon 7.56...
    Jgn jd bodo bro..fkir bia maju ke depan ckit..jgn duk taksub sgt dgn Tok guru kelaut demo tu..kawe tgk.muka hadi awg pn beci ngelih dh..ptut la arwah tgna x sebulu lma dh dgn hadi awg..igt cerdik..Tp Buah x cerdik tu bnyk pda cerdik..klu x panda dlm politik..jgn jd hero..

    ReplyDelete
  3. Aku harap sejarah Raja Mendeliar (keturunan peranakan India) di zaman kesultanan Melaka tidak akan berulang lagi - menjadi tali barut hingga kerajaan MELAYU Melaka tewas di tangan Portugis

    ReplyDelete
  4. Bananana ! Disarankan macai pkr, pasma dan jebon pi jemput tok2 guru depa ....... Orientalis2 dari barat utk ceramah tentang Islam . Depa ni seangkatan dgn tok guru LKS dan LGE dpd DAP serta memenuhi selera macai semua ! Ko guano Abe ?

    ReplyDelete
  5. Bananana ! Disarankan macai pkr, pasma dan jebon pi jemput tok2 guru depa ....... Orientalis2 dari barat utk ceramah tentang Islam . Depa ni seangkatan dgn tok guru LKS dan LGE dpd DAP serta memenuhi selera macai semua ! Ko guano Abe ?

    ReplyDelete
  6. UMNO adalah munafikin sejati di Malaysia yang menghalang pelaksanaan hukum Islam.
    Parti Kapir Munafik UMNO suka mengkambing hitamkan DAP yang memang kapir mengenai HUDUD. Sebab itu Malaysia menjadi negara Kapir Sekular yang melaksanakan hukum Lord Reid dan bukannya hukum Al-Quran.

    ReplyDelete
  7. Kenapa KHORDHING-GHELL ada dalam UMNO ????

    Ini masalah BANGSA.

    Melayu BUKAN Khordhing-ghell kan

    ReplyDelete
  8. PAS nak sungguh konon laksankan hudud sebab sda terlanjur cakap dari dulu mengkafirkan umno yang tidak mahu laksanakan hudud.... walaupun dia tau orang kafir dan umno tetap tidak akan mau...sampai kiamat. Jangan salahkan dap tolak hudud dia bukan islam....salahkan org islam pas dan umno yg hanya tahu berrebut kerusi bergaduh sehingga islam yang cantik jadi hodoh kerana gelagat....ahli2 politik...hingga lupa dakwahkan dap dan kafir kepada islam

    ReplyDelete
  9. umno ni konon tentang org bantah hudud. habis knp dah perintah hampir 60 TAHUN tak laksanakan hudud oi mamak

    ReplyDelete
  10. Cuba kita perhatikan, keturunan Raja Mendeliar dah mula menguasai kepimpinan negara. satu demi satu onar dan duri dicetuskn. Mengapa org2 Melayu tidak menjadikn sejarah lalu sbg cerminan masa depan...berwaspadalah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa