Saturday, May 30, 2015

Biar betul? Kesiaan.......siLuncai!

'Kalaulah benar terjadi' - 

Kesiankan?
Dengan kawan bergaduh bertikam lidah, berpencak tidak mahu melangalah
Sesama sendiri riuh rendah........bertekak berselak kain tunggu berantakan
Rakan yang diharapkan hanya tersenyum sinis
Nampaknya kerakusan akan memakan diri!

Umno mempermainkan PAS dalam isu hudud, kata Ahmad Awang 
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 29 May 2015 9:00 AM
Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.
Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.
"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.
Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.
"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.
"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa,” katanya.
Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.
"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.
Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.

"Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.
"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak. 
Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.
Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.
Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR.
Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.
"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.
Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.
Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.
Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.
"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.
"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.
Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.
"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.
Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.
"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.
Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.
Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan. – 29 Mei, 2015.

11 comments:

  1. UMNO bukan mempermainkan PAS tetapi mereka telah mempermainkan hukum Allah swt, tidak kurang juga rakan-rakan pakatan PAS. Mereka sama saja, PAS sajalah yang berusaha kearah memartabatkan syiar Islam. Bergaduh, bertekak dan berpencat dengan rakan tak mahu mengalah kerana mempertahankan hudud. Salah ke PAS mempertahankan hukum Allah swt? PAS berkeras bukan kerana rakan atau musuh, sebenarnya PAS ingin membawa pemimpin-pemimpin Islam untuk menunaikan satu amanah terhadap Allah swt sebagai seorang pemimpin Islam. PAS tidak akan lemah atau rugi sekira tidak mendapat sokongan dari pemimpin Islam diparlimen nanti yang rugi sebenarnya ialah mereka yang tidak menyokong usul tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

      "Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.

      Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.
      AHMAD SENDIRI DAH JELASKAN.JADI ANDA MESTI FAHAM KNP RAMAI BISING2.

      Bukan tolak tetapi UMNO dah tanam kanser jadi makan masa mencari kekuatan

      Delete
  2. cita2 pas nak memerintah sendiri tanpa bantuan bangsa dan agama lain boleh tercapai kalau pas duduk di monggolia atau di negara arab. kalau kat malaysia, cita2 pas tu setakat kelantan aje la....itu pun belum tentu setelah berlakunya banjir besar di negeri tersebut.

    Tak percaya?
    Tungguuuuuuuu..

    ReplyDelete
  3. PAS tidak bijak malang nya Ketua Besar pula Keturunan Bani Arab Al-Tolol

    Susah nak tengok kenal lahanat kerana Bani Al - Tolol terima musoh terangan sebagai kawan

    Itu sebab Ajaran NABI SAW mesti di ikut sepenuhnya bukan setengah setengah

    Apa apa pun salah orang orang PAS pilih Ketua Besar tidak bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar 100%.Kasi Tganu kalah.Perak habis,Kedah habis.Kalau dia dan Haruan Din toko Jincology kekal,Kelantan pun akan hilang.

      Delete
  4. Bangga bebenor puak2 macai pkr ............... disangkanya depa bijak sebijak kaum cina dan yahudi ................ kalau boleh depa nak tipu tuhan mcm yahudi tipu tuhan yg melarang depa tangkap ikan pada hari sabtu.............akhirnya depa jadi beruk ! Samalah si macai ni depa cuba permainkan tuhan , maka hukum tuhan (hudud) dikatakan hukum pas dan hukum tghh sbb tu perangai macai ni pun dah jadi mcm makhluk tadi ............putar sana putar sini pendek kata mmg putar alam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

      "Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.

      Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

      Delete
    2. Hadi kena Belajar perintah negeri dulu.Bukan semudah jadi nelayan

      Delete
  5. Tghh sudah2lah bersara aje lah dibawah kepimpinan kamu terengganu perak kedah hanya satu penggal saja lebih2 lagi di t'ganu kamu MB pun terlepas kamu presiden parti paling lemah.Percayalah silap2 kelantan pun terlepas.

    ReplyDelete
  6. Malim kundang,
    Perak adalah contoh muafakat kerajaan PR. PAS dilantik sebagai MB walaupun Perak mempunyai ramai penduduk yang bukan beragama Islam. Nizar Jamaludin dilantik menjadi MB kerajaan PR, bermesyuarat dibawah pokok bersama speaker.

    DAP dan PKR dilihat begitu percaya terhadap PAS dimata rakyat, hakikatnya PAS hanya menjadi boneka. Nizar tidak bertahan lama apabila ada 3 adun melompat, dirasuah dan dibeli oleh BeEnd dengan begitu mudah sekali.

    Habis tumbang kerajaan PR diPerak, mereka sakan berjoli sedangkan PR tergadai kuasa sehingga bermusyuarat dibawah pokok. Siapa mereka? 2 ekor dari PKR dan sekor dari DAP. Pas tidak ada ke? TGHH juga yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa