Wednesday, May 13, 2015

Cabar Hadi: Kata putus Ahmad Awang esok

Husam bagaimana?
Adakah akan jadi pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru?

Ahmad Awang putuskan esok sama ada cabar Hadi
mk - 8:44AM - 13 May 2015

Pemimpin veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan memutuskan esok sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar.

"Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam.

Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad (kiri) berkata pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.

"Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah.

"Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini.

"Di situlah, kalau tengok lah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengok lah," katanya.

Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah.

"Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya.

10 comments:

  1. Kenyataan Media:

    Pasma dan Jebon Kota Bahru ingin merafakkan perasaan gembira dan terima kasih tidak terkira buat Tuan Guru Lim Kit Siang diatas tazkirah agama Islam yg diberikan baru2 ini. Sesungguhnya tazkirah tersebut meyakinkan lagi kepada kami ketinggian ilmu Islam Tuan Guru Lim Kit Siang. Kami dengar dan kami taat.

    Kami serah bulat2, atas tanda kasih sayang kami kepada Tuan Guru Lim Kit Siang, segala urusan agama kami menepati kehendak surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”

    Maka disini kami menyeru umat2 Islam di Malaysia supaya istiqomah bersama kami membangunkan Islam bersamaTuan Guru Lim Kit Siang yang ikhlas utk menegakkan demokrasi di bumi kita.

    Takbeer…burp…takbeer….burp.

    ReplyDelete
  2. Berita menarik. Semua gang Jebon MESTI bertanding. Setakat melalak-lalak belum cukup lagi.

    ReplyDelete
  3. Pasma adalah sebuah ngo didalam Pas yg mnyokong pluralisma dan lgbt.

    ReplyDelete
  4. HADI ini mesti di tanding dan tukar

    Kalau letak MONYET pun letak

    ISLAM tak ajar Pemimpin BAHALOL di lantik rakyat.

    Ini ajaran NABI SAW ke ????

    Ahmad Awang jsuh lebih bagus dan tidak emosi dari Hadi

    Orang Orang PAS jsngan jadi BODOH

    ReplyDelete
  5. Tak payah tggu esok...
    Cabar jer
    Tak salahpun
    Aka Demokrasi

    ReplyDelete
  6. Cepatnya pencacai-pencacai UMNGOK separuh tiang kat atas buat komen untuk melaga-lagakan dua kumpulan dalam PAS dengan kenyataan bodoh akhbar mereka. UMNGOK ni, pemimpin mereka kerjanya merembat dan menipu rakyat manakala balachi-balachi suruhan mereka pulak menyalak macam anjing kurap mempertahankan penyelewengan tuan mereka agar dicampakkan sedikit tulang.

    ReplyDelete
  7. Ahmad Awang sudah terikat dengan DAP dengan perjanjian Pangkor 2.

    ReplyDelete
  8. Golongan lebai/wala/UG dalam PAS ini sebenarnya adalah saki baki "karat" PAS yang terdahulu. Mereka ini cukup susah menerima perubahan dan kurang pembacaan dan berfahaman Islam hanya untuk bangsa Melayu sahaja, bangsa lain adalah Kafir (pandangan dan pegangan mereka begitu). Di sampin kurang berminat mencari maklumat, mereka ini mudah disogokkan dengan pelbagai doktrin agama yang ekstrimis dan usang. Oleh itu mereka begitu sukar menerima kebenaran dan realiti kehidupan, bagi mereka Allah SWT hanya menjadikan alam akhirat sahaja dan dunia hanyalah awang-awangan (bukan realiti). Mereka ini juga adalah pewaris Melayu "jumud" sekitar tahun 50-an yang tidak tahu asas perjuangan agama Islam itu sendiri dan cukup terpengaruh atas hasutan guru-guru pondok yang menyalahgunakan tafsiran ayat-ayat Al-Furqan bagi kepentingan diri dan kaum keluarga mereka dewasa itu, makanya hasil adalah golongan yang liat dan jumud yang suka melabel saudara seagam dengan pelbagai gelaran dan yang lebih teruk lagi mengelar saudara seagama sebagai "kafir" (engkar) sedangkan merekalah sebenarnya yang engkar dan terkongkong dengan pemikiran konservatif.

    ReplyDelete
  9. Ustaz adalah seekor malaun dalam pas yang menyokong ajaran sesat dan amalan munafik dengan tujuan oecah belahkan pakatan

    ReplyDelete
  10. Hadi tu dah nyanyuk ... Dulu kata lain hal hudu... Sekarag lain... Dulu kata ellection malayisa teruk sekrg lain plk.. Xtetap pendirian.. Dah masuk tahap nyanyuk kot... Pencen aja le.. Tukar le pemimpin baru kalau pasnak ganti amno gak...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa