Tuesday, May 26, 2015

Dah buat kerja pun tak masuk dek akal.......apa lagi nak diharapkan?

Alasan CEO 1MDB tak masuk akal, kata Bung Mokhtar
 | May 26, 2015
PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Shahrol hadir ke prosiding itu.
bung-moktar-parliament
KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya diadakan pada Selasa (26 Mei).
Beliau berkata, alasan yang diberikan Arul itu tidak masuk akal ketika rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku dalam syarikat 1Malaysia Berhad Development (1MDB).
“Dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC dan polis.
“Dia patut mengetahui mesyuarat itu sangat penting untuk dihadiri dan memberitahu apa yang berlaku dalam 1MDB,” katanya di Parlimen.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi, hadir ke prosiding itu.
Bung Mokhtar berkata, beliau berharap perkara itu diselesaikan segera agar tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.
Manakala bekas CEO 1MDB, Shahrol, pula meminta masa tambahan sehingga bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.
Pada masa sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang turut menyelar tindakan Arul dan Shahrol yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat siasatan PAC itu.
Tegas Kit Siang, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan kepada mesyuarat itu dan bukannya memberi pelbagai alasan.
“Siasatan ini sangat besar dan penting dan tidak seharusnya Arul dan Shahrol memberi alasan sedemikian,” katanya.

7 comments:

  1. Apa lah nak siasat siasat lagi. Dah memang rugi. Dah memang berhutang.

    MAS tak pulak di panggil.

    Ini semua auta. Jazlan kena tunjukkan kekeciwaannya dan jika perlu letak jawatan.

    ReplyDelete
  2. Mereka ini bijak

    Buat buat BODOH ini ajaran NAJIB

    Lama lama semua bosan dan tutup cerita saja


    Mereka kata , ini semua Melayu , mudah lupa!

    Budak India tu pun ketawa ter bahak bahak melihat ke bodohan bangsa Melsyu

    ReplyDelete
  3. Mana dia SUARA .. PEMBODEK BESAR .. TENGKU AZIZ EX DAP..?????

    ReplyDelete
  4. mereka CEO IMDB dah tahu pengerusi PAC takut bertindak, kerana !MDB najib yang berkuasa, PM menjadi penasihat kpg IMDB. apa berani ?

    ReplyDelete
  5. Sbb bersalah lah sbb tu takut nk hadir

    ReplyDelete
  6. kehhh.... lawaknya .. asalkan berkaitan dgn ameno semuanya tindakan lambat mcm kura2... SPRM dok tidurrrrrrrrrrrrrr ke...

    ReplyDelete
  7. lambatnya bergerak... macam kura-kura sakit panjat pokok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa