Saturday, May 16, 2015

Di manakah kemanusiaan kita ini?!"

Kita sakan 'Selawat Perdana' tetapi tidak mahu selamatkan Rohingya - Dr Maza
Astro Awani |Kemas kini: Mei 16, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 16, 2015 14:07 MYT)

Kita sakan 'Selawat Perdana' tetapi tidak mahu selamatkan Rohingya - Dr Maza
DR MAZA: 'Kita sakan 'Selawat Perdana' tetapi tidak mahu selamatkan Rohingya' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Musibah pelarian Rohingya yang mempertaruhkan nyawa di tengah lautan untuk mencari rezeki di negara berhampiran disifatkan sama seperti isu kehilangan 'rezeki' yang dialami syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, situasi itu dilihat dapat diatasi jika sikap sanggup melihat saudara Muslim mati kehausan dan kelaparan dapat dihapuskan.

"Sedih atas kekejaman sikap muslim yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan. Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita. Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa.

"Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan. Sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela. Kali ini, sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa.

"Jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai. Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan. Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB. Ke mana rezeki itu telah pergi. Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?!" katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

BACA: Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat - Dr Maza

Dr Mohd Asri mengulas laporan media sebelum ini mengatakan terdapat lebih 8,000 pelarian Rohingya dari Myanmar serta Bangladesh dikesan berada di tengah laut dalam cubaan mereka untuk memasuki Malaysia secara haram.

BACA: ASEAN perlu bantu rakyat Rohingya - Naib Ketua Pemuda UMNO

Sebahagian daripada pelarian tersebut bagaimanapun dikesan telah hanyut ke Indonesia, menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengambil langkah memperketatkan kawalan di perairan masing-masing.

BACA: Selamatkan rakyat Rohingya dan Bangladesh - Puteri UMNO

Tegas Dr Mohd Asri, kejadian itu benar-benar membimbangkan seandainya ia mengundang bala tuhan yang menakutkan.

"Sedangkan negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka, kita yang kononnya sakan 'salawat perdana' dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu 'kita muslim terbaik'?!

"Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan. Jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa. Namun, kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. Pohon perlindungan Allah untuk sekelian rakyat yang tidak bersalah," jelasnya.

BACA: "Di mana nilai kemanusiaan kita?"

Dalam pada itu Dr Mohd Asri turut mengucapkan tahniah kerana Acheh menjadi antara daerah yang memberi bantuan kepada pelarian Rohingya.

"Tahniah Acheh atas sikap kemanusiaan anda. Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia. Ketika dunia senyum; 'lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati', kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini," ujarnya.

3 comments:

  1. Islam hanya tuk Kad Pengenalan , mintak Kerja , mintak Loan MARA , mintak BR1M saja.....


    Ini kan orang orang Melayu , anak sendiri di buang di entot , bangsa asing apa ada kesah pon.

    Tengok Hadi , tengok Najib , tengok Ahmad Yaakob ???? Semua gaya LAHANAT saja.

    ReplyDelete
  2. Setuju dr maza. Tak dapat bayang dlm kepala hotak n... kita sanggup biarkan ribuan org mati dalam bot. X kiralah muslim atau non muslim. Hatta yahudi sekalipun wajib atas kita tolong.

    ReplyDelete
  3. Masalah sekrg baik pas baik amno xda bezanya.. Perangai memng jahanam.. Berckp berdegar degar tetapi perbuatan mengalah budak ... Ni le amalan agam sekrg... Byk nampak kesedaran tetapoi semua berckp aja lebih... Perangai mengalah org kafir... Ataranya mendoakan bala utk sesama islam.. Oleh org pas.. Presideng boleh duduk diam mcm patung cendana... Ni kah islam yg hj adi bawak?..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa