Saturday, May 16, 2015

Eh....takkanlah Mahathir suruh Najib tinggalkan Rosmah?

Berdebat dengan Najib? Boleh, kata Dr M
mk - 6:52PM - 16 May 2015

Demi mempertahankan alasannya mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan perdana menteri.

Sambil tersenyum, Dr Mahathir berkata, dia juga mempunyai kebolehan untuk berdebat.

"Saya adalah sikit kebolehan dalam bidang debat ini. Kalau nak debat, OK lah," kata Mahathir sambil mendapat tepukan dan sorakan gemuruk daripada kira-kira 2,000 hadirin yang tekun mendengar ucapannya di Ipoh, Perak hari ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, kesanggupannya itu dibuat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkannya sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bersedia untuk berdebat dengan Najib pada program Bicara Negara di Ipoh petang ini.


Dr Mahathir ajar Najib 'tinggalkan isteri'
mk - 6:37PM - 16 May 2015

"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Dr Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut.  

Kata Dr Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri.

Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.

"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.

1 comment:

  1. Tanggungjawab.

    Itu yang tiada dalam pemimpin kita.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa