Tuesday, May 19, 2015

Jadi.....kedua-duanya bukan temberanglah?

Pandikar serah surat letak jawatan tapi...
mk - 1:20PM - 19 May 2015

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengaku telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak membuka surat itu dan berjanji untuk menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.

Justeru, Pandikar berkata beliau memutuskan untuk kekal sebagai speaker.

Pandikar berkata demikian dalam sidang media di rumahnya di Kuala Lumpur hari ini.

Pandikar tidak hadir ke Parlimen hari ini walaupun berbuat demikian semalam.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pandikar akan meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar menafikan sebelum ini. Mahathir bagaimanapun tetap berkeras bahawa Pandikar benar-benar memberitahunya perkara itu dalam pertemuan mereka sebelum ini.

5 comments:

  1. SE ORANG SE ORANG JADI BACUL

    Semua nak jaga perut sendiri , hidup mentedarah cukai Rakyat

    Lahanat jugak lah kira nya

    ReplyDelete
  2. namanye sje pandikar tp pengecut nk mampos, nk ltk ltk je le jwtn, gentlmnt le, bru disergah dek najib sikit dh senyap,,,,

    ReplyDelete
  3. Dlm isu ini sahaja, seorang tu memanglah pembohong tetapi telah terbohong tanpa niat nak membohong, manakala seorang lagi itu pula juga memang sifatnya kuat membohong tetapi dlm kes ini dia telah membohong tanpa menyedari kenyataan yg dibuatnya itu adalah satu pembohongan. Manakan tidak, hidup mereka telah sebati dgn selalu sangat berbohong, sama ada di parlimen atau pun dikalayak awam. sehinggakan pakar pembohong pun tidak perasan pihak lagi satu itu sedang berbohong atau tidak.

    Hey!!! Berapa punya banyak bohong daaa....

    ReplyDelete
  4. aku bukan suka sangat dengan
    pandikar yang tak pendikar ini.
    sebagai speaker dia tidak pernah
    berlaku adil kepada pembangkang.
    betul, nak jaga periok nasi aja.
    oleh itu, kalau nak letak jawatan,
    letaklah ni berdolak-dalik pula.
    apa yang berlaku, adalah hukum
    karma yang selama ini dia tidak
    pernah berlaku adil diparlimen.
    pandikar, eloklah kamu letak
    jawatan, dan baliklah ke sabah,
    lagi pun dah terlalu lama duduk
    dikerusi yang empuk itu.
    bagilah peluang pada orang lain,
    orang dari semenanjung pula...

    ReplyDelete
  5. Mentransformasi parlimen apa ke benda?
    Usul TH di tolak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa