Monday, May 18, 2015

Najib tak jawab apa-apa pun!

Dr M: Najib tak jawab apa-apa pun
mk - 6:44PM - 18 May 2015

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah "menjawab" 13 soalan di dalam blognya semalam, namun Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat  ia langsung tidak menjawab soalan yang dibangkitkannya sebelum ini."Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua Surat Kepada Pemimpin Dunia di Putrajaya hari ini.

Malah, Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak dijawab di dalam blog tersebut.

"Itu (Altantuya) mungkin kes lama tetapi hukuman mati diketahui sekarang. Sebab itu saya bangkitkannya. Dia cakap tunggu laporan penuh Laporan Audit, itu bukan jawapan. Sesiapa pun boleh cakap tunggu. Nak tunggu sampai bila," katanya lagi.

Najib semalam di dalam blognya menulis jawapan kepada 13 persoalan tentang isu-isu kontroversi yang turut mengaitkan dirinya.

Antara jawapan yang ditulis adalah mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1MDB.

Mengaju soalan

Sementara itu, ditanya sama ada beliau masih lagi ingin berdebat walaupun Najib telah "menjawab" soalan yang ditimbulkannya di dalam blog, Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk lakukan perkara itu.

Jelasnya, sekiranya perdebatan diadakan, beliau hanya ingin mengajukan soalan kepada Najib untuk dijawab.

"Kalau nak debat boleh, tak ada masalah. Saya cuma nak tanya, kalau nak jawab, jawablah. Kalau dia (Najib) nak tanya saya apa, saya boleh jawab," ujarnya.

Blog pro-Umno: FAQ tak jawab isu Rosmah

Sementara itu, penulis blog pro-Umno juga membangkitkan kenapa FAQ khas Najib tidak menyentuh langsung berhubung “kerenah” Rosmah Mansor, isterinya.

Shahbudin Husin, penulis empat buah buku anti-Najib, mempertikai jawapan pemimpin nombor satu negara yang tidak menyentuh dakwaan Rosmah berlagak seperti perdana menteri yang dibangkitkan Mahathir.

“Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai kerenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah Mansor sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

“Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya,” tulis Shahbudin di blognya hari ini.

Beliau juga berkata Najib juga tidak menyentuh isu melemahkan sokongan pada BN, termasuk susulan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini.

“Yang barangkali tidak disedari Najib ialah apakah di sebalik pelbagai isu yang melanda dirinya, petunjuk makin ketara sokongan kian terhakis, sokongan boleh terus diberikan atau melanjutkan sokongan bermakna menambahkan lagi kerosakan yang ada?” kata Shahbudin. 

2 comments:

  1. Kata si NAJIB ini PENIPU kan

    Maka kalau dah menjadi PENIPU kena lah MENIPU selama lama nya sampai KIOK

    Yang rugi hanya lah OrangOrang Melayu mendapat kuasa dan Ketua yang jaga perut nya saja dan bukan perut Orang Orang Melayu lain , jauh lagi nak jaga Rakyat lain.

    Itu tanda BANGSA MELAYU TIDAK CERDIK dan MAMAK tetap bijak.

    TUN MAHATHIR JUGA YANG PENTINGKAN RAKYAT

    ReplyDelete
  2. Najib memberi jawapan pun hanya menerusi blog dia sendiri. Apakah individu yg menjawap dlm blog itu adalah Najib sendiri? Entah2 Rosmah adalah individu yg menjawap dlm blog tersebut, sebab itulah tiada jawapan kpd persoalan mengenai dirinya itu. Dan sebab itulah juga Najib keberatan untuk bersemuka dgn Tun M, tak kan lah dia hendak berbisik dgn Rosmah terlebih sebelum memberikan jawapan kpd Tun M!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa