Thursday, May 14, 2015

Nasib menjadi seorang anak Najib!

Baru petang tadi aku sembang tentang 'wang digital Utoken' ni dengan adik ipar aku seorang pilot penerbangan komersial

Anak Najib nafi kaitan dengan skim Ponzi Ufun
Posted 05/14/2015 by Ana Ghoib in Berita Terkini
Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Mohd Nazifuddin, menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan skim Ponzi Ufun Group Bhd Ltd.
Anak kedua perdana menteri itu berkata, syarikat itu telah menggunakan namanya untuk menipu pembeli bagi menggalakkan mereka mendaftar dalam skim Ponzi itu.
Katanya, beliau tidak terbabit langsung dengan kumpulan itu dan telah memaklumkannya kepada pihak polis, Bank Negara Malaysia dan kedutaan mengenainya apabila beliau mendapat tahu tentangnya beberapa tahun yang lalu.
Dalam satu kenyataan, Nazifuddin berkata beliau telah meletak jawatan pengarah dan pengerusi Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd pada 31 Mei, 2012. Sagajuta didakwa ada kaitan dengan Ufun.
Bangkok Post telah dilaporkan sebelum ini bahawa polis Thai menganggarkan Ufun, melalui skim pasaran pelbagai peringkat dan mata wang digital Utoken, telah menipu sekitar 120,000 orang membabitkan sejumlah RM4.1 bilion.
Ahli Ufun menjual Utoken, matawang digital yang didakwa boleh digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan.
Sementara itu, Nazifuddin juga menafikan mengenali tiga orang suspek dari Malaysia di mana waran tangkap telah dikeluarkan di bawah nama mereka – Tay Kim Leng, Lee Kuan Ming dan Ching Wong Hua.
“Saya tidak pernah bertemu atau bercakap dengan orang-orang ini sebelum ini. Beberapa tangkapan telah dibuat dan tindakan keras terhadap skim yang didakwa itu, sedang berjalan.
“Kedua-dua polis Thai dan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan mereka untuk menahan penjenayah dan mereka yang terlibat dalam skim ini,” katanya.
Beliau juga memberi respons kepada segmen yang disiarkan oleh stesen televisyen Thai NOW 26, yang sedang diedarkan di negara itu, melalui WhatsApp, yang mempersoalkan sama ada Ufun ada kaitan dengannya atau sebaliknya.
“Tidak ada bukti kukuh dalam video yang menunjukkan penglibatan saya dengan Ufun (Group Bhd Ltd) dan skim mereka,” katanya.
Nazifuddin berkata, seseorang sedang mengatur serangan fitnah peribadi dengan menyebarkan sebuah video Thai yang mendakwa penglibatannya dengan kumpulan Ufun dalam cubaan untuk memburukkan namanya dan menyerang reputasinya.
Menyifatkanya sebagai satu pengalaman “malang”, Nazifuddin berkata beliau telah secara tidak sengaja menjadi mangsa kepada pembuli siber.
NOW 26 menunjukkan bagaimana Ufun telah melabur dalam projek Gateway Klang yang mana Ufun mendakwa ia mempunyai 30 peratus pegangan.
“Pemaju Gateway Klang – Lagenda Erajuta Sdn Bhd – adalah anak syarikat Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah.
“Pengerusi Eksekutif Sagajuta adalah Nazifuddin,” kata pengendali program tersebut. – Malaysiakini

1 comment:

  1. Keliru jika kata anak Najib.

    Senang kalau kata anak Rosmah atau nak dari bekas isteri Najib yang pertama.

    Tq.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa