Wednesday, May 13, 2015

Senarai baru ‘Kabinet’ hanyalah khbar angin - Najib

Senarai baru ‘Kabinet’ menguatkan khabar angin rombakan yang bakal berlaku 
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG:  Perdana Menteri Najib Razak telah menafikan khabar angin rombakan kabinet terbaru tetapi faktanya kekal wujud yang seseorang telah memikirkan perkara ini dengan mendalam dan mengeluarkan senarai kebarangkalian barisan menterinya yang baru.
Senarai yang berjudul, “Tujuh menteri digugurkan dalam rombakan kabinet Najib” sudah diedarkan di dalam pelbagai pengkalan media sosial.
Berdasarkan kenyataan daripada pejabatnya pada 12 Mei, Najib berkata; “Itu (senarai) hanyalah khabar angin yang diwujudkan oleh pihak tertentu.”
“Sejak semalam (11 Mei), spekulasi di Twitter dan beberapa buah blog telah mencetuskan tarikan media yang cuba membuatkan dia (Najib) untuk mengesahkan khabar angin tersebut.
“ Antara lain, senarai itu menyatakan yang dua timbalan menteri akan diangkat menjadi menteri penuh sementara seorang presiden parti akan dilantik menjadi menteri,” kenyataan itu menyebut.
Menurut senarai yang tersebar itu, tujuh menteri akan dilucutkan daripada Kabinet oleh Najib ialah; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Hasan Malik; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala, Jamil Khir Baharom dan Shahidan Kassim; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Nazri Aziz; Menteri Luar Anifah Aman; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Jailani Johari dan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman.
Lebih menarik juga pihak yang bertanggungjawab menyebarkan senarai itu bukan sahaja memikirkan tentang peranan “baru” kepada enam daripada tujuh orang yang akan digugurkan itu, tetapi juga perubahan portfolio dalam kalangan menteri kabinet sedia ada.
Antara lain, Idris (kiri) akan diberikan tanggungjawab untuk menguruskan 1Malaysia Development Berhad yang kini menangung hutang besar, mungkin kerana disebabkan oleh ‘kejayaannya’ memberikan gambaran baik tentang Malaysia dan ‘menguruskan’ statistik sewaktu berada di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan (kanan) pula akan dinaikkan pangkat untuk mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia- sekali lagi diandaikan kerana kepantasannya ‘mempertahankan’ dirinya dan BN daripada serangan dalam media sosial.
Dalam senarai itu juga terdapat penubuhan semula Menteri Pengajian Tinggi yang buat masa kini digabungkan dengan Menteri Pendidikan- yang akan diketuai oleh bekas naib canselor Nordin Kardi- satu langkah yang dilihat untuk mengembalikan kredibiliti akademik kepada institusi pendidikan tinggi tempatan.
Malah, ini bukanlah kali pertama khabar angin seperti ini tersebar.
Beberapa minggu sebelum rombakan kabinet pertama Najib pada 25 Jun tahun lepas, terdapat khabar angin serupa tentang kemungkinan beberapa menteri digugurkan daripada barisan pentadbirannya.
Bagaimanapun, sebaliknya terjadi apabila berlakunya pembesaran kabinet bagi perlantikan menteri baru daripada MCA dan Gerakan, walaupun terdapat keperluan lain yang lebih utama.
Merujuk kepada kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang menafikan khabar angin yang sedang bertiup kencang, penting untuk dinyatakan yang kenyataan itu turut menyebut “rombakan kabinet boleh dilakukan pada bila-bila masa atau tidak dilakukan langsung.”
Lagipun, ia adalah hak istimewa perdana menteri untuk melakukan begitu. Ataupun ada pihak dalam Umno yang sedang membida kedudukan dan keistimewaan daripada Najib, yang terdesak hendak memperkukuhkan kedudukannya yang makin lemah.
Nyata bahawa hakikat wujud yang sekurang-kurangnya dua kementerian akan dipisahkan berdasarkan senarai kabinet tersebut mencadangkan ada pihak dalam Umno yang sedang mencari keuntungan untuk diri sendiri ketika ini, berharap yang ianya menjadi satu bentuk desakan kepada Najib yang sedang bermasalah.
Buat masa ini, Najib mungkin berupaya menghentikan seketika khabar angin yang dia “akan diminta untuk mengundurkan diri” tetapi nampaknya ada pihak yang beria-ria mahu menguatkan pentadbirannya- dengan atau tanpanya sebagai perdana menteri.

2 comments:

  1. Kenyataan Media:

    Pasma dan Jebon Kota Bahru ingin merafakkan perasaan gembira dan terima kasih tidak terkira buat Tuan Guru Lim Kit Siang diatas tazkirah agama Islam yg diberikan baru2 ini. Sesungguhnya tazkirah tersebut meyakinkan lagi kepada kami ketinggian ilmu Islam Tuan Guru Lim Kit Siang. Kami dengar dan kami taat.

    Kami serah bulat2, atas tanda kasih sayang kami kepada Tuan Guru Lim Kit Siang, segala urusan agama kami menepati surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”

    Maka disini kami menyeru umat2 Islam di Malaysia supaya istiqomah bersama kami membangunkan Islam bersamaTuan Guru Lim Kit Siang.

    Semoga demokrasi kekal lebih mulia dari Islam selama2nya.

    Takbeer…burp…takbeer….burp.

    ReplyDelete
  2. INILAH SALAH SATU SLOT LAKUNAN NAJIB CARA NAK ELAK DARI TEKANAN RAKYAT TERUTAMANYE KES TABUNG HAJI.TAHAP KEMARAHAN RAKYAT TINGGI DAN TIDAK REDA APA YANG BERLAKU TERHADAP TABUNG HAJI.MEREKA SANGGUP MATI DALAM HAL INI.NAJIB DIA TAK PEDULI LAGI APA YANG BERLAKU.CARA UMNO INI MENGELAK SAMA AJE LARI SABAH LE PERGI MILAN LE PENAKUT.MASUK DALAM DEWAN SEMUA TELOR KECUT .ITU SAJA BWZA DGN ANWAR ADA PRINSIP DAN BERANI MENGATAKAN YANG BENAR.SEMOGA SEMUA PENGKHIANAT TABUNG HAJI MAMPOS DGN DASHAT NYE KAMI DOA KAN

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa