Friday, May 29, 2015

Sisi hitam pihak penguasa undang-undang terselak

'Polis upah peguam sebab AG enggan bertindak'
mk - 4:54PM - 28 May 2015

Bekas pengarah bahagian jenayah komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusof mendakwa di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menuduh Rosli Dahlan sehari sebelum hari raya pada 2007 untuk mengelakkan peguam itu membantunya.

Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula peguam Chethan Jethwani, Ramli berkata sudah jelas bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail cuba menganiayanya.

Katanya pihak polis menemui Rosli setelah Jabatan Peguam Negara tidak mahu memfailkan draf afidavit beliau dan enam lagi pegawai polis terhadap ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.

Ramli berkata Rosli membantu memfailkan afidavit untuk menentang permohonan habeas corpus Goh.

“Mereka cuba elak Rosli daripada bantu saya dan itu sebabnya mereka dakwa dia dulu. Saya sebenarnya suspek, bukan Rosli.

“Saya saksi utama (kes pengisytiharan aset). Mereka patut tuduh saya di mahkamah sejak awal lagi,” kata bekas pegawai kanan polis itu lagi.


Baca lagiMahkamah arah Gani fail pembelaan dalam 30 hari

2 comments:

  1. Itu lah kerja nya

    Sudah makan gaji gomen Rakyat bayat gaji , di suroh kerja dia main politik pulak

    Melayu itu lah kerja nya , mana nak macam Bangla dan Rohingya

    Tak cerdik macam Bugis dan si Al-Tolol pulak

    Cina India ketawa tengok ketam ber gaduh dalam bakul se belom KIOK dalam WOK

    ReplyDelete
  2. Gani patail tukar namalah.......Gani pakilo pulak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa