Sunday, May 24, 2015

Tokoh muda PAS tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional?

Mat Taib: Ada yang tak kena pada PAS
mk - 23 May 2015

"Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia," kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.
Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

"Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional," katanya.

Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

Itu pun tak tahu

"Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

"Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau," katanya.
Menurut Muhammad, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.

Sementara itu Muhammad juga menyatakan rasa kecewa terhadap pertelingkahan dalam Pakatan kerana gabungan itu sepatutnya menjadi alternatif terbaik menggantikan BN.

Katanya, dengan berpecah-belah, Pakatan terlepas peluang berkenaan.

"Bagus kalau ada sistem dua parti - Pakatan dan BN.

"Mana-mana yang mampu memberikan yang terbaik wajar mentadbir negara," katanya.

4 comments:

  1. Kata kata dari seorang pemakan rasuah. Sudah pasti sehaluan dengan bekas bekas umno dan seankatan

    ReplyDelete
  2. PAS ini kan parti politik GAGAL

    Semua nya Otak Gred 3 saja

    Tengok muks muka pon tshu otak tidak cerdik , untong kalau pass SPM


    Mangsa banjir pun tak msmpu tolong

    Nasib baik sda Cina dan DAP

    Kalau BN tak bagi BR1M tok sah mimpi orang orang kampong nak makan minum pon tak tentu lagi

    Harap Otak Ikang jadi pemimpin , dah tak ikut ajaran NABI SAW

    Apa nak jadi orang orang Melayu sekarang

    Bugis kencing pon di sokong jadi Ketua

    Buat malu TUNKU saja

    ReplyDelete
  3. PAS sepatutnya menyertai program kepimpinan anak muda yang di anjurkan oleh PKR. Sebaik-baiknya PAS sendiri adakan programmnya sendiri.

    Bermodalkan agama dalam dunia politik tak cukup, bukannya tak bagus tapi tak cukup. Dan tanpa ilmu agama tak sempurna untuk jadi se orang pemimpin. Persoalan nya banyak mana mesti ada ilmu agama untuk menjadi pemimpin yang baik dalam Islam?

    TGNA bukan nya ahli politik yang hebat tetapi ilmu agama yang di pegangnya menjadikan dia se orang manusia yang hebat. Samada sebagai MB atau pun sebagai ulama.

    Begitu juga jika Najib amanah dan adil walaupun ilmu agamanya tak sehebat Hj Hadi tapi cukup maka Najib lagi hebat dari Hj Hadi yang lebih tinggi kedudukan nya yang sebagai ulamak. Kerana ulama belum tentu menjadi presiden yang baik. Najib sudah tentu PM yang teruk jika ilmu agamanya tak cukup. Ilmu dimaksudkan ialah yang di amal dengan takwa.

    PAS kalau kalah tapi mempunyai tekad yang kuat untuk mendapatkan kuasa baru lah datang nya keredhaan. Tapi kalau PAS menang sedangkan PAS semata-mata inginkan keredhaan maka dimana kedudukan PAS sebenarnya?

    Umpama kata-kata ustad dalam bulan ramadhan iaotu ramai yang cuma mendapat lapar dan haus ketika berpuasa.




    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa