Sunday, May 17, 2015

Wow....suara kaki bodek......

Kenapalaa.......Najib terlantik ramai juga menteri bermentaliti begini?
Ampu Najib, bohongi rakyat
Termakankah Najib?

Woww...sudah ada pujian bertaraf antarabangsa buat Najib!! 
12:30PM Mei 17 2015
oleh Shahbudin Husin

SUARA LANTANG: Dalam menghadapi serangan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, masih ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib Datuk Seri Seri Najib akhirnya?

Apakah beliau mampu meloloskan diri daripada cabaran paling getir dalam karier politiknya ini dan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau bakal menjadi mangsa sepertimana nasib Tun Abdullah Badawi juga? 

Bagi pihak yang berkepentingan, satu demi satu mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Perdana Menteri. Daripada MT UMNO, menteri, kepimpinan peringkat negeri, bahagian, orang pencen, NGO dan sebagainya - semuanya tampil meyakinkan Datuk Seri Najib untuk terus menerajui negara sambil menyelesaikan apa juga isu yang berbangkit, khususnya mengenai 1MDB. 

Tetapi dalam sekian banyak sokongan itu, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, barangkali paling luar biasa dan "ummphhh" sekali. 

Dalam mempertahankan daripada tekanan berundur atau meletakkan jawatan, beliau berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib turut dipandang tinggi di peringkat antarabangsa, termasuk oleh Presiden AS Barack Obama.

"Kita di peringkat antarabangsa, dunia mengenali kita. Dunia mengiktiraf kepimpinan kita iaitu Datuk Seri Najib sama ada kita suka atau tidak.

"Obama mempunyai pandangan yang tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Malah juga Presiden China dan Vladimir Putin dari Russia. Ini semua pemimpin dunia, mereka mengiktiraf kita kerana apa yang kita lakukan selari dengan apa yang rakyat mahu," katanya lagi. 

Kalau Datuk Seri Najib seorang yang "makan bodek", tentunya pujian ini yang paling menggembirakannya dan membuatkan hatinya berbunga-bunga. Pujian ini sudah bertaraf "international" sifatnya. Dalam hatinya mungkin berkata, woww! 

Jika pemimpin lain hanya mengatakan Datuk Seri Najib perlu diberi masa menyelesaikan isu-isu yang melanda negara sambil yang lain pula mencabar Tun Mahathir bertanding di Pekan atau dalam pemilihan UMNO yang akan datang daripada berterusan mengkritik secara terbuka,mDatuk Seri Hasan ternyata lebih luar biasa jalur pemikirannnya. 

Beliau, malah mengangkat Datuk Seri Najib sehingga ke bintang kejora dengan Barack Obama, Vladimir Putin dan Xi Jinping juga mengkaguminya. Dalam erti kata lain,  ini bermakna kalau sudah pemimpin utama dunia mengiktiraf Najib, maka tiada sebab lagi untuk kita menyingkirkannya. 

Barangkali juga Datuk Seri Hasan mahu kita "pejam mata" terhadap isu hutang dan pelaburan 1MDB, menelan kemewahan dan pemborosan Datin Seri Rosmah, tersenyum dengan peningkatan hutang negara, mengabaikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bersikap "tidak apa" saja dengan segala macam masalah lainnya dalam negara ketika ini.

Jika hujah menteri ini diterima, maka sentiasa benarlah kata-katanya sebelum ini iaitu "kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam", "bersyukurlah dengan kenaikan harga minyak", "rakyat menerima dengan baik kenaikan harga barang kerana rungutan diterima kementerian semakin berkurangan" dan pelbagi kenyataannya yang lain sebelum ini. 

Dalam kempen pilihanraya Rompin baru-baru ini, Datuk Seri Hasan telah ditempelak sebagai telah mengeluarkan "kenyataan bodoh"  oleh calon BN, Datuk Hasan Ariffin apabila beliau mengatakan pengundi kawasan itu sudah boleh menerima baik perlaksanaan cukai Gst oleh kerajaan. 

Dalam pilihanraya kecil Rompin itu, walaupun BN berjaya mengekalkan kerusinya, tetapi undi yang diterima jelas berkurangan kira-kira 41 peratus berbanding pilihanraya umum lalu di samping beberapa kawasan Felda juga sudah mengalih sokongannya. 

Relevankah pujian bertaraf "antarabangsa" ini dalam membantu Perdana Menteri menyelamatkan diri daripada kerusinya yang semakin bergoyang? Termakankan rakyat dan penentang-penentang yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib dengan hujah Datuk Seri Hasan itu? 

Ahhh...yang pastinya pujian itu mungkin paling berjaya mengekalkan lagi kedudukan Datuk Seri Hasan sebagai menteri di sebalik desas-desus makin bertiup kencang bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi.

8 comments:

  1. Rakyat tidak mampu hidup mewah jika terus papa kedana dengan nilai matawang mengecil

    Realiti nya orang orang membodek NAJIB sudah kaya , malang nya juta juta Melayu masih miskin kerana masih menyokong UMNO

    5 tahun mendatang ekonomi negara merudum banyak tiada kerja , pelabur asing sudah chabut akibat RASUAH dan BARUA Amat Tinggi

    Yang paling papa kedana adalah Orang Orang Melayu saja

    ReplyDelete
  2. KAMI RAKYAT TANG TERASA TERINAYA DIATAS PERBUATAN KAMU NAJIB TIAP TIAP DETIK DAN KETIKA KAMI DOA KAN KAMU DILAKHANAT OLEH ALLAH DIBALA DAN DIBENCANA OLEH ALLAH DIAZAP DAN DIMUSNAH OLEH ALAH DI ATAS PERBUATAN PENGKHIANATAN KAMU TERHADAP RAKYAT AMIN AMIN AMIN.

    ReplyDelete
  3. Sokongan dri TGHH & golongan ulamak pro UG yg bersifat tersirat itu lebih penting dan kunci pd kejayaan DS Najib utk menang PRU14.
    Kekal dlm PR dgn tros mnghentam DAp n PKr bermodal kan Hudud dan Islam

    ReplyDelete
  4. Dlm umno ni membodek byk manfaatnya. Tebal muka sikit tak apa tapi berbaloi. Tak percaya? Tengok sikit hari lagi, yg membodek kuat tu dpt menteri penuh. Kat umno membodek dah jadi kriteria nak naik pangkat. Tak pandai bodek, setakat ketua cawangan sja la

    ReplyDelete
  5. Aku rasa nak bodek hasan malek. Tapi ramai kawan2 aku kata hasan malek tak makan bodek. Dia sangat kenal kaki bodek.

    ReplyDelete
  6. Jika benar Najib pemimpin bertaraf dunia beliau sepatutnya memimpin dunia bukan Malaysia. Begitu juga dengan TGHH ulama bertaraf dunia, sepatutnya memimpin umat sedunia bukan hanya menjadi presiden pas. Berilah orang lain untuk menjadi PM Malaysia & Presiden PAS.

    ReplyDelete
  7. Jangan salah terpa. Bukan semua orang pencen menyokong Ah Jib Gor. Yang menyokong ada lah mereka yang di serap kan ke tempat lain secara kontrek. Kalau tak sokong nanti takut kontrek tak di sambung. Spesis sebegini sebenar nya kurang yakin dan percaya bahawa ALLAH yang menentukan rezeki, bukan dari manusia yang di ampu.

    ReplyDelete
  8. pemimpin dunia taraf dunia lah yang payah nak cari pemimpin yang bole pimpin untuk dunia n akhirat
    pemimpin dunia bersepah dari dulu sampai lani
    di akhirat nanti rakyat akan dibangkitkan bersama pemimpinnya firaun akan dibangkitkan bersama rakyatnya dan akan betengkar sesama sendiri sapa yang salah
    akhirnya firaun n rakyatnya dihumban dalam neraka jahannam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa