Sunday, June 28, 2015

Angan yang membawa aib diri

Berhenti memalukan diri, pesan Zuraida kepada Khalid Ibrahim

 | June 27, 2015
Ahli Parlimen Ampang mendakwa bekas MB Selangor itu gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.
zuraida,Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu untuk memalukan dirinya dengan menawarkan diri untuk kembali memegang jawatan Menteri Besar.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan Khalid tidak sepatutnya bertindak sedemikian.
Hal ini kerana, beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.
“Rakyat Selangor masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara ( KIDEX) dan kes penyelesaian di luar mahkamah dengan Bank Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah Zuraida lagi, adalah lebih baik agar Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasannya terlebih dahulu.
“Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.
Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan, turut menyatakan sejak Azmin Ali mengambil alih Selangor sebagai Menteri Besar, negeri ini telah berkembang dan makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.
“Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.
“Oleh itu, tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula,” kata beliau lagi.

5 comments:

  1. Banyak ke untongan boleh dapat dari jawatan MB Selangor ini

    Banyak untong pada diri MB dari pada Rakyat

    Dengan sokongan BN / UMNO serta PAS , diri MB Selangor boleh se kaya kaya tak ter pikir oleh diri MB Selangor sendiri

    AIB????

    Apa itu AIB bila hidup kaya ber gaya

    Orang Orang se demikian tidak pikir akan AZAB KUBOR setelah KIOK

    Rakyat perlu sedar siapa yang akan di angkat jadi MB Selangor - Manusia Atau pun HANTU?????

    ReplyDelete
  2. Jujur ckp, masa khalid bnk faedah rakyat dpt, tapi sejak azmin ni..hampeh...

    ReplyDelete
  3. joy iman,baguslah masa khaldi kau dapat banyak tapi masa azmin kau dapat juga tapi dapat hampeh.elok dapat hampeh.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik ada langkah kajang.Langkah yang sangat bijak untuk mengenal mana kaca dan permata.Langkah yang menyebabkan ameno be end ketakutan dan menghantar dsai ke penjara, dan telah membuktikan pas tidak boleh dijadikan kawan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa