Wednesday, June 10, 2015

Apa tidaknya....Proksi mereka yang menang dan menguasai!

Mat Sabu pelik Umno gembira keputusan pemilihan PAS, sesuatu bakal berlaku
Published: 10 June 2015 7:54 AM
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu melahirkan rasa hairan dengan reaksi Umno dan media arus perdana yang kelihatan gembira dengan barisan kepimpinan baharu parti yang dianggap janggal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.
Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.
"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.
"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.
"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.
Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama.
Mat Sabu, dalam pemilihan minggu lepas gagal mempertahankan jawatannya apabila hanya mendapat 279 undi berbanding 881 diperoleh lawannya, bekas naib presiden PAS dan penceramah Forum Perdana Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, selama ini, pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS merupakan perkara biasa. Ini terbukti apabila pihak yang kalah dan menang masih boleh berceramah atas pentas sama.
Bagaimanapun menurut Mat Sabu, keadaan berbeza selepas pemilihan kali ini.
"Selepas beberapa penggal sebagai exco Pemuda, saya dipilih sebagai naib ketua Pemuda PAS Pusat di bawah Datuk Abu Bakar Chik. Wan Ismail, sekarang Yang Dipertua PAS Ketereh, mencabar saya.
"Hubungan saya dengan Wan Ismail berjalan baik, bahkan selalu berceramah di pentas yang sama, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan.

"Menjelang 1990, saya pula mencabar Abu Bakar untuk jawatan ketua Pemuda PAS Pusat. Saya tewas, (tetapi) saya terus bersama dengan Abu Bakar dalam berbagai program, sama ada ceramah, demonstrasi atau program dalaman parti," katanya.
Katanya, selepas dua penggal menjawat jawatan naib presiden, pada 2003 beliau memberanikan diri merebut jawatan timbalan presiden PAS.
"Nasharuddin tetap dipilih sebagai timbalan presiden. Walaupun saya kurang gemar cara kepimpinan Nasharuddin, tetapi beliau dipilih secara sah dan bersih melalui muktamar," katanya merujuk kepada seorang lagi bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa.
Menurut Mat Sabu, pada muktamar 2011, beliau sekali lagi cuba menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden dan terpilih dan 2013, beliau berjaya mempertahankan jawatannya itu.
"Sama ada Ustaz Wan Ismail, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nik Amar atau siapa yang biasa bertanding atau berlawan dalam muktamar, lumrah dan biasa – hubungan tetap terjalin terutama melaksanakan keputusan dan program parti," katanya merujuk kepada pencabar yang dikalahkan pada 2013, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muktamar kali ini buat pertama kali selepas lebih 25 tahun, menyaksikan jawatan presiden dipertandingkan di mana penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar Ahmad Awang.
Hadi bagaimanapun berjaya mempertahankan jawatannya.
Ia juga menyaksikan orang kuat PAS dan golongan profesional seperti bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa serta Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Dzulkefly Ahmad tidak terpilih membarisi kepimpinan parti itu. – 10 Jun, 2015.

23 comments:

  1. Sudah-sudah lah mat sabu, umnno gembira ke, kecewa ke itu tiada kena mengena dengan PAS, orang dah tak mahu kamu terima aje lah, cukup lah jadi barua DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAs xlama lagi jdi barua umno

      Delete
    2. Bro dah jadi barua um no dah....dan akan jadi kuda tungangan um no pula.

      Delete
  2. kalau dia menang..sapa lak gembira agaknya?heheheh..pelikan LGE dan LKS..terja sgt ngan pemilihan kali ni ada apa2 ke>

    ReplyDelete
  3. Mat Sabu adalah pejuang Yang berhempas pulas setiap malam memngembangkan pengaruh PAS sehingga sangat dihormati semua kaum. USTAZ-USTAZ yang pro Ulama nie dah tak reti bahasa dan adab dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  4. Amat memalukan parti islam sendiri yg sangup memutuskan silaturahim, wahal bnyk cara rudingan boleh dibuat. Manakah sasiah islam selama ni..Nabi Mohamad SWT, lagi teruk sehingga kan dibunuh, pun boleh bersabar dan masih sangup menyuap nasi kemulut org yg menghina beginda setiap hari. Tak faham aku. Maaf saya pemerhati dari jauh. Tak kena mengenai dengan senerio politik malaysia ni. Frm: NBD

    ReplyDelete
  5. TAK KIRALAH apabila MUKTAMAR sudah menerima usul anggaplah tiada apa lagi hubungan dengan DAP jadi sewajarnya kita BERAMBUS dari pentadbiran mereka dan yg ada kitan dengan mereka. Lain lah kita ini CINTA RINGGIT MELEBIHI CINTA ULAMA dan mula main akal untuk U-TURN.

    DImana maruah kita dimana maruah DEWAN ULAMA, selagi kita bersama dengan pentadbiran mereka menjadikan ULAMA kita kelihatan TOLOL.

    Apa kerana kuasa dan ringgit kita perlu berselindung dengan menunggu MSU berkeputusan, MUKTAMAR dash terima usul maka SAH lah hajat kita untuk berpisah dari DAP, jadi apa tunggu lagi BERAMBUS lah kita dari mereka. lagi lama lagi Nampak kita TOLOL dan CINTA RINGGIT, U-TURN jika berlaku betul betul akan jadi kan kita kelihatan bangsat dan Dewan ulama seperti Ulama Sarkis sahaja,

    ReplyDelete
  6. Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.
    JIKA U-turn MANA MARUAH KITA. Cukuplah patuhilah usul Muktamar dan Dewan Ulama, berambus kita dari bersama mereka dan letak jawatan dengan penuh bermaruah sebagai kita Cinta Ulama melebih Ringgit. Jangan jadikan dewan ulama Nampak tolol.

    Alphad

    ReplyDelete
  7. Apa mat sabu ingat segala jasa dia mencukupi utk menebus dosa mengkhianati perjuangan islam atau dia yakin dosanya akan disucikan serta dihapuskan oleh tuan guru LGE dan LKS ! Mmg inilah pegangan Yahudi dan Kristian yg telah menukarkan dunia ini sebagai syurga dan tempat melampiaskan nafsu serta kejahatan kerana beranggapan mereka 'chosen people' serta tidak masuk neraka kecuali seketika shj !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menghormati presiden pil kuda adalah satu kesilapan besar.

      Delete
    2. Presiding tahap barua umno yg amat terserlah.termasuk juga ularmak2 yg ikut dia.

      Delete
  8. DAP yang begitu kecewa dengan kekalahan Mat Sabu pun nampak pelik jugak, DAP yang bersungguh-sungguh berkempen untuk kamu pun pelik jugak. Kenapa ya Mat Sabu? DAP yang menentang hukum Islam pun dilihat pelik jugak, pasti akan berlaku perkara pelik nanti, contohnya, PasMa akan jadi parti politik dan semua yang kalah dalam pemilihan muktamar baru ni akan diberikan jawatan. Diharap Mat Sabu dilantik sebagai Presiden. Pelik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik sertai PASMA daripada bersama tok guru DAMACAI.

      Delete
  9. Nama saja golongan ulamak, tidak mencontohi bagaimana cara Rasullulah berpolitik. Sepatutnya golongan ulamak boleh bertoleransi, berhubung baik dan menjadi contoh dengan bukan Islam bukannya membenci atau bermusuh dengan mereka. Dengan sikap golongan ulamak sedemikian menjadikan orang bukan Islam semakin menjauhi Islam dan bagaimana nak berdakwah.Setiap muslim wajib berdakwah terutama ulamak. Kesimpulanya : PAS tak sesuai sebagai parti Islam

    ReplyDelete
  10. Hassan,
    Kamu dakwah kat siapa? kat LGE dan LKS? Kahkahkahkah, Mat Sabu dah berbuih mulut berdakwah kat LKS dan LGE didalam satu sel lagi tu, sebaliknya LGE pulak yang dakwahkan Mat Sabu dengan jawatan. Rasulullah SAW tak suruh umatnya tunduk kepada kafir didalam usaha dakwah. Bertoleransi kepada golongan bukan Islam yang berminat dengan Islam bukan bertoleransi dengan mereka yang menentang hukum Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila agaknya hudud dapat dilaksana? Jangan presiden buat u turn sudah lah. Bunga2 untuk buat kerja terkutuk itu sudah ada. Aku mati hidup balik pun tak akan percaya dgn geng UG ini.

      Delete
  11. Xlama lgi pas jdi barua umno

    ReplyDelete
  12. Jadi barua UMNO akan dapat jawatan dlm kabinet. Boleh pakai kereta besar. Barua pun Barua lah...asalkan dapat jawatan.

    ReplyDelete
  13. Kahkahkahkah, macai DAP kepanasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 52% undi sebab benci umno. TGHH nak bawa PAS ke longkang.

      Delete
  14. Orang Orang PAS Otak Cetek BODOH

    Jadi Ulamak pon tak tahu. BAHALOL

    Hadi sudah ber muka muka hendak mengejar dunia biar kaya ber gaya

    Kalau sudah berani jaja jaja Agama Islam tuk cari makan , apa ada takut jadi BARUA tuk hancur kan Islam dalam PAS

    Sekarang PAS sudah jadi Parti Angkot Sampah nak berhenti kerja dalam kerajaan PAS pun takut

    Sudah tak yakin bahawa rezeki milik ALLAH SWT

    Bahalol SAJA

    ReplyDelete
  15. Memang pelik....bila pas tidak pernah berfikiran positif mengadapi serangan umngok.Bukan nak ajar puak terpilih kertas cai, anggaplah Dap perkudakan pas untuk dakwah islam.Pas pula perkudakan Dap untuk perjuangkan demokrasi.pikir macam tu pun tak bolehkah,fikirlah...rakyat yang memberi undi cuma berfikiran semudah ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa