Monday, June 15, 2015

Biadab: Pemuda MIC Johor mahu Nazri dipecat

Ugut ‘belasah’ TMJ, Pemuda MIC Johor mahu Nazri dipecat 
TMI - Published: 14 June 2015 5:34 PM
Pemuda MIC Johor menggesa supaya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipecat kerana mengugut untuk ‘membelasah’ putera mahkota Johor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz perlu dikenakan tindakan disiplin kerana menggertak untuk "belasah" Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengkritik politik negara, kata S Deva.
Ketua Pemuda MIC Johor itu berkata, pihaknya bimbang budaya biadap itu akan menular di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain jika tiada tindakan tegas diambil.
Katanya, Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati institusi diraja dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan kongsi gelap dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada Tunku Ismail.
"Pemuda MIC Johor mahu kepimpinan BN Pusat mengenakan tindakan disiplin kepada Datuk Seri Nazri.
"Ini selari dengan semangat BN yang sentiasa mendokong prinsip Rukun Negara yang salah satu daripadanya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
"Pemuda MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya menghina dan bersikap biadap terhadap Institusi Diraja di Malaysia akan menular di kalangan para pemimpin BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Nazri juga perlu dipecat daripada jawatan Kabinet kerana gagal dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lalu apabila hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong sedangkan sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong.
"Ini pun sudah jelas membuktikan beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik.
"Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurus tadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘tin kosong’," katanya.
Katanya, Nazri perlu menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Ismail dengan segera.
Katanya, sikap Nazri itu  membuatkan imej perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terus tercalar.
"Pemuda MIC Johor berikrar akan sentiasa berdiri teguh di belakang Institusi Diraja Johor dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini.
"Kami semua adalah anak Johor dan ingatlah hanya Johor yang mengenali Johor," katanya.
Nazri semalam memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program "Nothing To Hide" bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook 'Johor Southern Tigers' membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara.
Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas faktor keselamatan.‎ – 14 Jun, 2015.

12 comments:

  1. Tindakan dia akan dikikuti oleh golongan muda BZn nanti... Sikap ajar dtg dr amno dan bukannya dr bangsa lain..

    ReplyDelete
  2. jeng..jeng..jeng..projek bodek membodek dah bermula! agak2 mesti ada isu besar yg nak di sorok..tterus perbodohkan bani melayu yg sememangnya malas berfikir.

    ReplyDelete
  3. Sebenar nya Nazri Aziz memang sangat kurang ajar, buang je kopiah putih dan jubah tu....kalau tak reti berbahasa. Aku nak tengok Nazri Aziz WHACK TMJ, TMJ dah bagi isyarat pun......tunggu apa lagi Nazri Aziz.......aku kurang ajar ke.....sebab tak sebut gelaran kau.......DATUK......kau dapat gelaran ni dari intitusi mana......apa lah baral, kau ni sama dengan Ahmad Maslan dan beberpa orang menteri bodoh......macam kau(lembu).

    ReplyDelete
  4. sandewaraaa jugak la
    bersedia dengan kenaikan harga barangan
    jangan mudah dicatur oleh pencatur politik
    otak ada mau pakai la sikit

    ReplyDelete
  5. kalau rakyat biasa dah leboh dah.umno boleh menghina raja tak ada masalah.

    ReplyDelete
  6. Hoi....mana pergi semua anak-anak Johor ni. Takkan tengok dan diam aje Tunku kena hina camtu.. Datuk Abdul Rahman jgn jadi tin kosong jer..

    ReplyDelete
  7. Hoi....mana pergi semua anak-anak Johor ni. Takkan tengok dan diam aje Tunku kena hina camtu.. Datuk Abdul Rahman jgn jadi tin kosong jer..

    ReplyDelete
  8. Hoi....mana pergi semua anak-anak Johor ni. Takkan tengok dan diam aje Tunku kena hina camtu.. Datuk Abdul Rahman jgn jadi tin kosong jer..

    ReplyDelete
  9. Alahai, <OIC cuba bersika baik. Nak dapt pingat dan gelaran. Budaya samsseng UMNO datang daripda Budaya samseng MIC yang berakar umbi di Estet-estet. Bila golongan mamak masuk UMNO mereka bawak budaya itu. Eloklah tu.... UMNOL cuba mendisiplinkan kelauarga agn ebrasaswl dari lanun juga.

    ReplyDelete
  10. Ramadan Al mubarak tuan cuti ke dari menulis.

    ReplyDelete
  11. Ulasan yang biadap, maka biadap pulalah yang akan diterima. Tak kira menteri atau anak raja. Sekian

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa