Sunday, June 14, 2015

Dia ni jenis samseng bangang ker ape?

Hentam saya depan-depan, cabar Nazri
1:48PM - 14 Jun 2015

Terkenal dengan sikapnya yang lantang, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar pihak yang mengkritiknya melalui media sosial untuk bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik internet.
"Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB).

"Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk komunikasi).

"Sekiranya anda mahu menghentam (saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah,” katanya.

Nazri berkata demikian selepas beliau dibidas dalam media sosial kerana mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan 'dibelasah' kerajaan.

Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini semalam, Nazri berkata beliau tidak mengambil kisah terhadap pendapat negatif pengguna Internet yang ada selepas itu.

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.

“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu,” katanya.

Terdahulu, Nazri mengecam kenyataan dimuatnaik Tengku Mahkota dalam FB yang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir sesi dialog Nothing to Hide pada 5 Jun lalu.

8 comments:

  1. Kesian samseng ni !

    Apabila Tengku Mahkota Johor online kat Sultan Perak ni samseng pasti tak boleh pijak bumi Perak - padam mukaaaa lasaaa !

    ReplyDelete
  2. Hentam depan-depan, jawapnya kau kalau nyawa-nyawa ikan kira baiklah... bolehlah suruh UMNO/BN kawasan dia bersedia untuk prk yang baru.

    ReplyDelete
  3. Sutan,raja dan segalanya bukan patung utk duduk diam je..sesekali mereka perlu bersuara apabila timbul satu2 hal yg melibatkan rakyat biasa...kalu mereka takleh bersuara wat apa kita angkat mereka jadi raja atau sultan.Kalau semuanya nak diserahkan kpd org politik kelas mcm u dan geng2 u...tunggu sajalah akibatnya kpd tanah air ini

    ReplyDelete

  4. aku rasa kalau Nazri ni kerap mengeluarkan kenyataan mencabar TMJ ni, maka dapatlah habuannya kemudian. Mampukah Nedim Si Kaki Betina tu kelak mempertahankan telinga bapanya yang akan tinggal sebelah?

    ReplyDelete
  5. Hang nedim pun berkawan la dgn hang pi mana

    ReplyDelete
  6. Kalu pehak istana tak bersuara pun tak mengapa,kerana mereka ada segala2nya....Mereka bersuara mewakili suara rakyat biasa yg mau tau pekara sebenar...kehidupan hari in makin terhimpit...u dan geng2 u tau ke tak tau keperitan kami ni...adakah hanya bertanya di kira mencampuri urusan politik?

    ReplyDelete
  7. Nazri Aziz adalah menteri paling bodoh.......

    ReplyDelete
  8. Sultan perlu bersuara untuk kepentingan rakyat...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa