Monday, June 8, 2015

Gempa bumi Ranau: 7 perkara yang anda perlu tahu

7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau

Mariah AhmadAstro Awani | Kemas kini:Jun 07, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 07, 2015 13:18 MYT)

7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau
Menurut pakar gegaran kuat yang berlaku pada Jumaat akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya.
KUALA LUMPUR: Sudah tentunya kejadian gempa bumi berukukan 6.0 magnitud yang terjadi di Ranau, Sabah pada Jumaat lalu memang tidak diduga dan memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia.

Menurut laporan Bernama, pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai 11 mayat di kawasan Gunung Kinabalu hari ini, menjadikan 13 jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban setakat 7.50 malam tadi.

Setakat semalam juga melihatkan lebih 30 gempa susulan telah berlaku selepas kejadian gempa bumi di Ranau.

Dalam satu sesi soal jawab Astro AWANI bersama Prof Felix Tongkul Pakar Geologi daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu, beliau memberikan beberapa penjelasan dan perincian mengapa dan bagaimana terjadinya gempa bumi yang diklasifikasikan sederhana magnitudnya ini terjadi lagi sekali di Sabah.

Soalan:  Kejadian gempa bumi di Ranau memang di luar jangkaan, dan umum mengetahui negara kita berada di Garisan Khatulistiwa, dan berada di lingkaran gunung berapi lipat tua. Namun mengapakah terjadinya gempa bumi di Ranau, Sabah? 

Jawapan : Kejadian gempa bumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plet utama.

Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun ke arah barat bertembung dengan Plet Eurasia.

Di bahagian selatan Plet Australia bergerak ke arah utara dengan kelajuan sekitar 7cm per tahun. Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil.

Gempa bumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertemungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini. Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya.

BACABerhadapan gempa? Langkah ini mungkin penyelamat anda

Soalan : Adakah jalur pertemuan plet itu akan memberi kesan di Semenanjung juga? 
Jawapan : Oleh sebab Sabah paling dekat dengan Filipina dan Indonesia (Sulawesi), maka ia menerima kesan yang lebih serius berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung.

Aktivi mampatan di Sumatra yang memberi kesan kepada Semenanjung.

Soalan : Lebih 30 gempa susulan selepas gempa bumi berukuran 6 magnitud pada 7.15 pagi, Jumaat lalu. Apakah yang dimaksudkan gempa susulan ini dan berapa lamagempaini akan berterusan? Adakah ia mengambil masa sebulan, dua bulan, atau tidak tetap?

Jawapan :  Selepas gegaran besar, beberapa gegaran kecil dikenali sebagai aftershock atau gempa susulan berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian.

Gempa susulan boleh berlaku sehingga dua hingga tiga minggu. 

Kadang kadang terdapat gegaran kecil mendahului gegaran besar dikenali sebagai foreshocks.

Soalan : Berikutan gempa bumi ini, orang ramai tertanya-tanya sekiranya akan berlaku letupan gunung berapi pula di Gunung Kinabalu?

Jawapan : Di Ranau, terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet di atas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif.

Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai. Maka itu, Gunung Kinabalu tidak akan meletup.

Gunung berapi hanya terdapat di Tawau dan Semporna, di mana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawah gunung berapi masih kelihatan di Tawau.

Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km).

Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.

Semasa gempa bumi kelmarin, air panas Poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempa bumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap di celah-celah sesar ini. Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.

Runtuhan besar berlaku di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di Sabah hari ini. Seramai 137 pendaki masih terperangkap di atas Gunung Kinabalu berikutan kejadian itu. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. -fotoBERNAMA
Runtuhan besar berlaku di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di Sabah. Gempa bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. -foto BERNAMA 

LIHAT: ALBUM GAMBAR TERKINI GEMPA BUMI DI RANAU 

Soalan :  Adakah akan ada potensi gegaran gempa bumi yang kuat akan berlaku sekali lagi di Sabah?
Jawapan : 
Gegaran kuat seperti yang berlaku akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala.


Dalam kes gempa bumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun. Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3.

Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempa bumi di Sabah belum cukup panjang.

Soalan: Secara amnya,  bagaimana sebenarnya proses kejadian gempa Bumiituberlaku?
Jawapan : Gempa bumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat.

Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi di atas fokus ini dikenali sebagai pusat gempa bumi.

Misalnya pusat gempa bumi kelmarin didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu.  Ini bermakna fokus gempa bumi terletak di bawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah.

Gempa bumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik (elastic rebound).

Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Di Jalur Lingkaran Pasifik, 80% gempa bumi berlaku adalah kerana hasil daripada pertembungan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif. 

Dalam kes gempa di Ranau kelmarin,  ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timur laut-barat daya. Sesar pula ada tiga jenis iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak). 

Gempa bumi di Ranau, Sabah
Menurut pakar geologi, gegaran kuat seperti yang berlaku pada 5 Jun lalu akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya.  - Foto USGS.com

Soalan
Apakah yang dimaksudkan gelombang seismik ?

Jawapan: Seismik merujuk kepada gelombang tenaga yang dilepaskan selepas berlaku gempa bumi.

Ada tiga jenis gelombang seismik, iaitu gelombang mampatan dikenali sebagai P (Primer), gelombang ricih S (Sekunder) dan gelombang permukaan. Gelombang P adalah yang paling laju dan bergerak kedepan dan kebelakang, seperti "spring" kereta.

Ini yang membuat kita merasa terayun dan pening bila gempa sampai di lokasi kita.

Gelombang S pula bergerak turun dan naik, sementara gelombang permukaan bergerak dari kiri dan kanan.

Ketiga-tiga gelombang ini akan dirasai hampir serentak kalau kita berada berdekatan dengan pusat gempa bumi.

 Orang ramai boleh melihat senarai terkini gempa bumi yang berlaku di Malaysia di Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Orang ramai boleh melihat senarai terkini gempa bumi yang berlaku di Malaysia di Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

4 comments:

  1. apa yg dah trjd

    tup2 nampak muhiydin kat sabah dgn hj hadi

    dgn pakatan slalu ponteng lari lari

    dgn umno sampai kat tempt gempa bumi pon hang sggup pi cari

    klu boleh gerenti hang nak coba gelap sembunyi

    takdir tuhan gempa brgegar lg

    tuhan nak bg bukti 'wajah' sebenar hj hadi

    dia sgt gembira brsama setan yg dikenali

    ReplyDelete
  2. apa yg dah trjd

    tup2 nampak muhiydin kat sabah dgn hj hadi

    dgn pakatan slalu ponteng lari lari

    dgn umno sampai kat tempt gempa bumi pon hang sggup pi cari

    klu boleh gerenti hang nak coba gelap sembunyi

    takdir tuhan gempa brgegar lg

    tuhan nak bg bukti 'wajah' sebenar hj hadi

    dia sgt gembira brsama setan yg dikenali

    sbb tu ddlm pakatan asyik2 buat fitnah lg lg lg dan lg

    ReplyDelete
  3. non...

    hang tak tau kah lks pun ada dilihat bersama hj hadi di sabah pasca gempa bumi ranau...

    buat apa lks bersama hj hadi?

    dia pun nak jumpa muhyidin ka?

    ReplyDelete
  4. PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara.

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman barat yabg SKULER (Agama dalam Undang2 Kehidupan di Asingkan).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa