Friday, June 26, 2015

Hohoo......salah orang jer yang dia nampak?

Haron dah lupa apa yang berlaku di Muktamar?
Aku rasa mereka bukan kecewa kerana kalah tetapi..........cara kotor yang mengalahkan mereka dari geng serban yang membuatkan mereka kecewa

Pada aku tindakan kedua-dua pihak menguntungkan musuh.........tapi siapakah musuh PAS sekarang tak tahulah pula!

Haron: G-18 untungkan musuh
mk - 12:58PM - 26 Jun 2015

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna  ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti berkenaan.

11 comments:

  1. Hah..kambing? Ooo pasal janggut panjang-panjang belaka yek...awak nak jadi kambing jadilah...kita orang tak nak jadi kambing...kita orang nak jadi manusia yang berakhlak mulia. Tak jadi ulamak pun tak apa...buat apa jadi ulama jika jadi ulama ANJING atau KELDAI kah kah kah....

    ReplyDelete
  2. KKAMBING-KAMBING YANG DILANTIK SECARA CAI TU.....ADA MARUAH KA...???

    ReplyDelete
  3. HARON DIN SUDAH TIADA KREDIBILITY SAMA SAJA MACAM AL - TOLOL

    Apa saja keluar dari Haron Din sama kualiti sampah

    PAS akan pupus sebelom PRU14

    ReplyDelete
  4. Jual kin bolehlah ularmak UG .PU 14 Pas can kiss goodbye

    ReplyDelete
  5. Harun jin kube lana baik dok diam2lah.Mursyidul Am PAScai yg tak pernah menang pilihan raya berat nanang tak rok cetong.....ya bukan nak menangkan?

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya Harun ini nasihatkan Hadi terlebih awal ketika Hadi mengusir mereka yg tidak setuju dgn PAS keluar parti sebelum ini. Kenapa ketika itu dia membisu????? Tertelan pil kuda juga kut......

    ReplyDelete
  7. Agak-agaknya kalau geng G18 ni berada di China bersama-sama dengan saudara Islam disana yang dikawal oleh tentera boleh lepas tak kalau mereka mengaku mereka berpuasa?

    ReplyDelete
  8. Jual harakah mula tidak laku.Buat ceramah dekat Seremban tiada sambutan.Lihat lah perkara ini akan berterusan.PASug akan tengelam .Pertanda PAS akan banyak hilang kerusi pada PRU14.

    ReplyDelete
  9. Yg walaon dlm PAs... tn guru harun din kambingkan mereka.
    Kalo PAs nk hancur selepas ni...salah PAs sendri..sbb walaon semua dah jdi kambing.

    ReplyDelete
  10. Bisnes lingkup le lepasni,
    Harap parti G yg baru takde perwakilan macam Pas.guna chai tanpa guna otak.
    Parti baru kena ubah cara permilihan,
    Cara guna perwakilan sama dgn Umno,
    Level serupa , perangai pun takde beza.
    Janji masyuuk,
    Pikir 2 kan ,
    Biar susah camne pun jgn guna perwakilan
    Untuk pemilihan pemimpin,cari alternatif baru, supaya tidak jadi seperti Pas skrg.

    ReplyDelete
  11. Ambo memang turun temurun sejak zaman datuk ambo ayah ambo org kuat PAS.Dlm tahun 80an amanat ayah ping marang timbul....agak sedih jugak sebab bergaduh dgn saudara mara sahabat handai.
    Dulu sampai bergaduh anak beranak kerana amanat ayah ping marang tahun 80an.Sedih kalu ingat gak..nayo ko ayah dgn datuk kawe keno tipu ko hadi tolol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa