Saturday, June 13, 2015

Jawab jerlah......kenapa marah?

Ini urusan politik atau urusan amanah rakyat?

Jangan campuri politik atau kena 'belasah'
mk - 3:18PM - 13 Jun 2015

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.
"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.

3 comments:

  1. Bila amanah Rakyat di per judi kan , Rakyat hanya ada pada Sultan dan Agong untuk minta bantuan menjaga Rakyat

    Betul tindakan Tuanku Mahkota Johor masok campor dalam hal 1MDB

    Najib kalau ber tanggung jawab patut pencen saja tapi anak RAZAK se orang BACUL

    Kesian Arwah TUNKU di aniaya jugak tahun 1969 dulu

    ReplyDelete
  2. Hahaha..whack...whack...sekarang sape derhaka pada Raja Melayu? cina DAP ke? Report cepat..kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. Ni sore menteri .. yang tak harap..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa